Wednesday, February 25, 2009

Cinta Lelaki vs Cinta Wanita

CINTA LELAKI

* Cinta lelaki selalunya manis, kerana lelaki yang bercinta seringkali memberi ucapan dan kata-kata manis. Sering juga menabur janji-janji manis yang melekakan
* Cinta lelaki mudah diagih-agihkan. Buktinya, lihat sahaja lelaki mampu untuk memberi cinta kepada lebih dari seorang perempuan dalam satu-satu masa
* istimewanya cinta lelaki, ia sukar dipamerkan. Cintanya ada dalam hati, untuk dirasai bukan untuk ditontoni. Kerana cinta itu terlalu istimewa dan terlalu peribadi kepada seorang lelaki

CINTA WANITA

* Cinta wanita selalunya pahit. Wanita yang bercinta kadang kala rela menerima janji-janji manis lelaki yang belum tentu ada kebenarannya. Ada masanya sanggup terseksa demi lelaki yang dicintainya
* Cinta wanita pula selalunya setia. Tulus dan romantis. Kerana wanita yang bercinta selalu sangat kudus hatinya
* Cinta wanita terlalu jelas pada pandangan matanya, tingkah lakunya dan juga tutur katanya..

Sunday, February 22, 2009

20 List yg Menyebabkan FonFuan Mencikkk Lelaki..




1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.


6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga!

Saturday, February 21, 2009

Persoalan Hati

~Lihatlah sekitar alam... ~
~Dunia luas terbentang...~

Walaupun bulan Cinta sudah mencapai ke penghujungnya.. (Ya ke.. ingat Februari je ke bulan Vinta.. hbais bulan lain tak payah? camtu.. hehe.. tak la.. sebabnya ya la.. kan February sinonim ngan Valentine.. hari istimewa untuk org dan pasangan konon2nya berkasih sayang.... Bulan lain takde salahnya pown.... kalau hari2 laaagiiii baguih..)

Kadangkala, kita rasa kita sudah membuat keputusan yang tepat... Namun, adakalanya juga.. kebimbangan, keraguan sering bermain di fikiran... Betul ke.. Patut ke.. Atau macam ni.. ataupun begitu... So, kat sini aku nak share la sebarang sedikit dua dikit yang aku dapat melalui pembacaan dan juga pemerhatian..

BUKTIKAN CINTA PADA PASANGAN

Huish, munyik tajuknya pun dah menakutkan... Taboo biasa la kalo bab buktikan neh.. tapi aku tak mboh bicara soal bab bodoh mangan tuh.... so sila la lihat senarai yg aku dapati ittew :

a- Tidak meminta balasan
b- Jangan Menuntut
c- Jangan takut dikecewakan
d- Jadilah penghiburnya
e- Fahami hati sepenuhnya
f- Syukur atas apa yang terjadi
g- Matang dalam tindakan dan fikiran
h- Teguh dalam harapan
i- Padukan kata dan perbuatan

TERUSKAN KEPUTUSAN UNTUK BERUMAHTANGGA JIKA......

i- banyak persamaan
ii- Gentleman' sejati
iii- Tidak takut pada komitment
iv- Kelakar
v- Ingin mengenal diri lebih dekat
vi- Memberi semangat

Aku dan Kenangan.. : Hoh! Nasib baik....

~Lihatlah sekitar alam... ~
~Dunia luas terbentang...~

Kenangan... tiba2 fikiran terimbau pasal kenangan2.. setiap kenangan mempunyai kenangan yang mungkin tak akan padam dari kotak fikiran korang sampai bila2 kan... Sudah semestinya banyak giler nyer la kan.... Tapi, kat sini. aku nak tepek few je yg ada neh lah dahulu.. huhu.... Pasal kenangan, hoh! nasib baik la..... dot dot dot...




Citer Pertama
Ada satu kali masa time aku masih wat matriks tu (years 95/96) aku nak balik kg... Lupa dah balik raya ke.. Cuti sem. Pastu, biasanya aku akan balik naik komuter la.. Dari Makmur Apartment- di Bandar Sunway- (hostel kitorang kat jalan2 dalam sana..) kena cross satu kawasan setinggan dulu area situ utk sampai ke Stesen Komuter Seri Setia atau Setia Jaya (lupa dah)-sebelum stesen Subang Jaya-.. (dulu taim aku dok area situ setinggan2 Kg. Lindungan tak silap, skang dah naik Mentari Court la.. Empire Subang la..). Kena berjalan kaki boleh tahan jauh giler lar jugakk... Dengan beg yang maha berat, pastu aku maleh lah nak pi naik flyover/jambatan yg maha tinggi 3 lapis yang lagi maha jauh nun.. So, kekadang kitorang main lintas macam tu jek lintasan komuter tuh.... =P  So, nak dijadikan citer aku balik sensorang pulak aritu.. dan aku pun buat-buat berani macam biasa je la cross rel komuter dengan beg yg maha berat ittew.. Senget2 bahu.. Sebelum melintas, aku tgk kiri-kanan-kiri-kanan duu... mmg line clear punya.. tadak pape.. So melintaslah daku... Tapi, nak kata... hoh! nasib baik la kan.. sebaik je aku lintas... Zzzoommmm.. komuter pun lalu melepasi aku.... Huh, tergezut aku....! Alhamdulillah.. masih dipanjangkan usiaku.. hu hu hu..

Citer Dua
Kisah ni pulak bila aku baru abis degree. Masa abis tuh, kitorang reramai satu umah (satu course ada 5 org) pakat2 la cari keje.... Tapi, nak katanya that time, asyik la dapat interview yang berkaitan saham2 je manjang..  coffee apa ntah menda2 ntah la lagi.. Tiga empat lima kali gak dapat yg camtu.. Pastu, nak jadik lagi citer, kitowang -masa tu bertiga- dari Serdang pi la Warta Bangi pada suatu hari di awal bulan April (year millennium).. Pastu tengah asyik2 jenjalan, ternampak la satu iklan, Sales Assistant wanted. Kat kedai jual VCD la gitu... Depan CIMB tu dan Pizza Hut tuh.. Pastu, masing2 dapat idea.. Jommm apply. Pastu masing2 dok tolak2 ko la pi tanya.. ko la... Last2 aku yg maleh nak layan sangat aku pun wat selamba je la tanya.. Alih2 cina tu kata ok.. gaji RM600.. Aku cakap aku baru lepas grad, kalo nak benti bila2 masa pun tak kisah ke.. Dia kata ok.. So, dapat la aku keje tu.. sbb aku yg tanya kan.. wakaka..

Ekceli bukan nak keje sangat pun.. tapi, dari dok dapat yg tak tentu hala lagi.. dok kat KL neh sesaja je ngabihkan duit baik la aku layan sat kan... Pastu aku dah dapat, dua lagi kawan aku pun nak carik gak la.. dapat gak la satu kt kedai jam, satu kat kedai menda ntah lagi.. kedai jual barang baby kot.. So start la keje esoknya.. (senang kan) ngess... Kebetulan esoknya tu hari cuti umum Maulidur Rasul kot... memang bizi giler!

Aku enjoy je keje kt kedai VCD tu.. macam2 orang dan ragam yang aku boleh kenal dan jumpa.. Dah jadik cam kawan, Sales2 assistant kat situ pun bukan main baik dan ramah lagi.. pakwe2 kt A & W (time tu) pun asyik dok rickyy jek.. kui kui.. Pastu... nak jadik citer lagi, dua kawan aku tuh ari kedua dah taknak pi keje dah... kata bos garang la.. penat la... -sebab banyak keje di hari pertama tu kan- So, serba salah aku pi la jugak keje sensorang.. Time tu naik motor la lagi.. Keje start pukul 10am sampai 10pm. Hari2 aku pi la sensorang.. sebab keje seronok kan... tup tap tup tap cukup masa.. Esok datang lagi..

Pastu, nk jadi satu cerita hoh! nasib baik laa ni lagi... Suatu malam, waktu aku balik, motor aku tetiba rosak kt satu simpang tu. Aku serba salah, camana la neh... pakwe takdak.. (utk dimintak tolong) wakaka.. Pastu aku plak jenis tak nak nyusahkan org..-padahal boleh jer call housemate aku ngan pakwenya tuh- Camane neh, so aku baru nak call kawan aku ngan balak dia mai tolong.. Tetiba satu motor singgah kt tepi aku.. Jantan. Muda lagi.. Dia tanya napa.. Aku cakap la motor takleh idup.. Dia pun konon2 la buat2 tgk apa ntah pastu cakap.. menda ntah aku dah lupa.. lama sangat dah... Jom naik motor ngan saya.. aku taknak.. Aku dah nak tepon kawan aku dah, tapi ntah camane tak jadi.

Pastu aku lupa dah camane dia buat eks.. yg aku ingat dia kata kt atas bukit sana ada bengkel, jom pegi tgk.. Masa tuh aku pikir... eeiiii.. ble caya ke neh.. macam2 aku pikir dan bermonolog sensorang time tuh... Tapi, dalam takut2 berkira2 tu, aku ikut jugak dia... (giler berani aku time tuh kalo aku pikir skang larr..). Pastu, naik bukit tuh.. dalam gelap giler aku ternampak ada 2 lagi makhluk jantan dok kt tepi.. Darah aku dah berderau.. Macam2 aku dah terbayang.. Habis lah akuu.. habis lah akuu...!! Dorang dah janji dan dah pakat ke..? Ntah2 motor aku rosak pun dorang yg saja plan kan ke apa ni..? Macam2 aku pikir.. Nyesal ngan kebodohan aku ikut dia.. Aku doa banyak2 dalam hati, "Ya Allah.. selamatkan lah aku., dan macam2 lagi lah.." Dada dup dap dup dap jangan cakap lah... Ekor mata tetap ekori depa 2 tuh dan sorang kat depan walau dalam gelap.. Pastu tak jauh kat depan tu, nampak la satu ntah apa bangsal kot tak jauh dari situ, dia kata dah tutup.. pastu turun balik... aku tarik nafas lega.... seb baik...

Dipendekkan citer, aku kena pau ngan mamat tuh dalam RM200. Aku tak kisah la.. janji aku selamat... Lepas daripada tu aku ngan takut2 tepon mak ayah kt kg citer pasal tuh.. (terpaksa beb.. sebab kena mintak balik duhet banje.. huhu). Dan dan tu kena arah balik kg n keje ngan ayah aku. Tak sampai 3 hari ayah aku dah datang amek aku balik kampung dah.... =P  So sempat sebulan je aku keje di situ... Berhenti, betul2 di hari kelahiranku di tahun 2000 tu.. Kebetulan makwe boss same besday ngan aku.. Boss dan makwe dia  belanja lah kami makan pijja hari tu....

Yang penting, walau kena pau.. aku tiada diapa2kan.. Hoh! mmg nasib baik sesangat la... sampai sekarang aku masih tertanya, 2 makhluk di tepi sudut tu adakah kawan2 si mamat itu atau.... (ntah lar). Yang penting aku selamat dari sebarang anasir yg tidak aku ingini.. Aminn...  *siyes, kalau sekarang aku ingatkan balik.. masih terasa perasaan gerun itu*

Citer ketiga
Masa kecik2 dulu, kami adik beradik -bertiga dengan abang dan adik aku- suka balik kampung (belah mak)-kalau cuti sekolah -bukannya jauh pun... dalam tak sampai 30 min pun.. hehe - masih di KB gak.. Selalu main macam2 ngan sepupu sepupu.. macam2 aktiviti la antara sepupu ni... Kitorang beza setahun sorang start from abang aku pastu sepupu pompuan, pastu sepupu pompuan, pastu aku, another sepupu pompuan (adik sepupu pompuan yg ke 3 tu) then last adik aku - kami paling rapat-

Satu hari ntah camane depa plan nak pi main sungai plak.. nak menyeberang katanya.. Kita masing2 pun ikut lah.. Adik aku tak ikut time tu.. time tu aku darjah 2 or 3... kecik lagi... Pastu masing2 masuk la dalam air dan jenjalan la sambil tunjal2 dasar sungai.. henjut2 sket supaya tak la tenggelam sangat. Pastu nak jadi lagi citer, aku terjerlus dalam satu lubang... langsung lemas... depa tak pasan sebab dah ke depan.. Aku gapai2 tangan dari dalam air tu, air dah masuk mulut dan hidung dah.. Ntah camane sepupu atas aku perasan agaknya, dia patah balik dan tarik rambut aku... huhu... Seb baiikkk.. masihh ada lagi aku sampai skang..

NotakakisikukiriHD : kalau bab noh! nasib baik ni memang la terrrrsangat banyak kan kenangan, tapi ni aku copy paste dari posting aku dulu jer... ekekekek... Bab pengalaman memandu, haih! jangan cakap la... terrrsangatttt la banyaknya....

Konvensyen Bumiputera GE

15-16 Feb, 2009 (Sun & Mon)

~Lihatlah sekitar alam... ~
~Dunia luas terbentang...~

Takdak citer yg menariks sangat la kan.. wuuu wuuuuu.. tatau nak kongsi pe... kepala pun dah jadik buntu... lama tak cakap2 jumpa2 n borak2 ngan hampa... wuuuuu.... Aritu, mggu lepas aku telah menghadiri satu konvensyen untuk agen2 bumiputera bagi under GE la kan... aku pun leh attend last minit la.... sbb susah nau nak coti... last minit ok... boss aku kata tempat dah habis... aku tak kisah lah.. at last, dia kata ok.. so tumpang la bilik ngan dua lagi kenkawanku.. seb baik depa tak kisah.... bayaran pun aku tak yah bayau... wooww.... makasih soooo much, korang!

Untuk that konvensyen, Agensi kitorang yg anjurkan.... Walau last minitnya persiapan... majlis tetap wauuu.. grand hooo punya... masing2 naik gak la semangat diri.... aku pun, i think this is my turning point... for my life... and i have to grab it and do 4 my own gud sake.... Kisah tahun lepas teramat la mendukacita dan meletehkan emosi dan fizikal ku.. Moga tahun ini, dgn turning point ini.. aku akan menjadi lebih rajin dalam meningkatkan usahaku... Yesss..... u can do it, Ruzie.... Go gooo gooooo..... Grab it.... And Korea will wait 4 u...... yeaahhhhhhhhh!!!! Aku pun nk

Untuk majlis tu.. walau last minit ble join, aku sempat join sbg committee for registration and audio la.... plus photographer... Akak kan suka ambek mengambek gamba nehh... Ngee....... Konvensyen neh diadakan selama 2 hari (15-16Feb'09) nun di puncak Genting.... dah tak sejuk sangat nak compare dulu... dah lama tak pi sana kan....


Dew : I need to back-up and sustain to achive my dreaaamm. Go go gooo... yeaaahhhh!!!


AJK, ahli juru kalut for REGISTRATION

Lamanyaa Tak hapdet...

~Lihatlah sekitar alam... ~
~Dunia luas terbentang...~

13 Feb,2009 - Fri

Lamanya daku tidak menghapdetkan blogku ini... wuuu... Ok la... nak citer pasai pe eks...
aku tepek le je la gambau dapat sekuntum munge yg dapat waktu ari Vahlentine tu ari.. opismate je yg kasi.. seorang ntah xtau dari negara mana... tapi black colour la.. Ramai jugak yang dapat that day aku tgk... sume dia pi ucap hepi vahlentine walau yg sebenarnya esok ari sbb dia bagi tu di hari jemahat.. Len len, takdak lagi owang nak kasi kan.. wuuuuu....

Monday, February 9, 2009

Karaoke

~Lihatlah sekitar alam... ~
~Dunia luas terbentang...~

8 Feb, 2009 - Sun

Setelah beberapa lama tidak mengasah bakat nyanyian (kui kui), Intan - sepupu Lyana meng-es em-ess kan aku.. Pah.. jom karaoke malam neh.. di bla bla bla pukul bla bla bla.. Aku plak tadap buat apa kan.... ok kan je lah...

Ini merupakan kali ke 2 aku ke situ... Neway KTV tak silap di Pusat Bdr Puchong neh... (opposite IOI Mall Puchong). Kali pertama aritu Lyana and DZnya yang mengajak.. ntah bila.. lupa plak... Oo yaa.. sebelum raya cina aritu.. sesaknya tempat tuh.. nk carik parking pun susah haihh... Akhirnya pi paking jauh, dan naik kete 3 series DZ.. Intan ada sama time tuh.. dia n Lyana anta kami ke tempat tuh then pi carik parking... pastu kt situ jumpa plak sowang lagi kawan Lyana yg dia ajak sama, Iza.. Sempat berkenalan dalam ladies.. wakakak..

Pastu, datang.. so sesi nyanyi2 pun bermula la.. Best jugak la kat sini.. (lagi best sebab tak payah bayar kan.. -haha- utk 3 hrs + buffet -all u can eat- RM35/person... Aku tgk sume makanan ada... Dari Nasi, Mee, Ayam, Pepahat pun ado.. Ketam, udang, sayuran, salads, varities of soups, desert, ice creams, sushi pun, lamb, apa lagi.. pendek kata sume ada lah... Cuma perut je tak larat dan tak muat.. wakakak.. sekali amek je.. kalo pada sapa yang banyak makan memang berbaloi sesangat sangat lah... So, malam tuh, DZ ajak kawan dia Pak Lah... (masing2 org Hie-Tech Village, Subang).. so tak silap, dalam RM 400 plus jugak la aku tgk DZ sign CC dia tuh.. Alah, apa susah... opis bayor gamaknya.. Claim under entertainment.. muaaaahahahha....

Pastu, again, malam tadi.. Pak Lah pulak yg dah gian gamaknya.. Bitau Intan, Intan sms aku.. aku no hal.. Lyana ngan DZ tak mai plak.. Iza ajak sowang lagi osmate dia..Intan datang with Ena (kakak ipar mek Lyana neh) and Pak Lah with sorang kawan dia menjadikan 7 org sumenya.. Samo la jugak... still under the same package... so, semalam aku tgk dalam RM 442.50 Pak Lah plak sign.. hu hu .. lantak laa depa org pangkat besor2 tappa.... leh claim gamaknya kan..
Pastu terus balik balik umah sampai lam kul 11pm....

Buat kenkawan ku.. aku sesaja citer neh.. kalo rerasa berminat sile sile la.. murah yoo tu.. 3 hrs + buffet all u can eat.... macam2 ada.... kui kui....

Tgk la gambo yg sempat aku amek...

Makanan aku semalam.. tu je yg terlarat pun.... Walau banyak sangat, tak larat sangat haihh...
Intan with Pak Lah and kawan Pak Lah.. Ni je le yg aku amek gamba.. maleh sangat haih... Not in mud.. huhu...

Lepaking

~Lihatlah sekitar alam... ~
~Dunia luas terbentang...~

6 Feb, 2009 - Fri

Setelah lama tak lepaking... windu plak rasanya nak berasterok ngan bebudak neh... Masing2 bz ngan kehidupan masing2 sejak dua menjak neh.. termasuklah hakuu.. huhu... So, bila ada masa terluang.... asterok sbg acara perjumpaan.. Tempat biasalah, di Dagang mana lagi...
Janji biasa kul 9pm... aku sampai kul 10 kot.. mueheheh.. balik umah pun dah lambat kan...
Pi sana, dah nampak Gabanz, Jiang, Emaku and JMku dah ada.. Pjku pi jenjalan carik makan ngan Haziqnya.... Ssampai2 je Jiangku kata.. Apasal ko makin kurus..? ye ke nyah..? auww ai likeee.. ai likeeeee... wakakakaa... Tak pasan plak.. aku rasa biasa jek..

Pastu cam biasa la acara makan2.. makanan wajib time lepak, kerang.. either bakar or rebus mmg tak lupa nya lar... Aku hengat nak gak pi order makan... tapi, setelah rasa sotong JM sket.. kuey teow ema sket... terus perut dah kenyang.. pikir2 nak order.. tak tau nak makan pe.. sampai sudah tak order.. huhu... Pastu Azroy Spider datang.. biasa la.. mana lagi kali bukan futsalnya... pastu Afiq plak dari Johor.. apalagi makin betambah la meraban masing2.... gelak kuat tak hengat masing2...

Tapi aal plak masing2 beredar malam tu... Spider tak puas lagi ajak-ajak lagi lepak.. tapi Haziq, putra PJ and Afiq dah mengajak2 Mama dan Papanya balik... (tak tau la kot Mama ngan Papa yg hint soh anak ajak balik kan.. aakakaka..) Masing2 cam biasa la... wat pusingan dan bulatan sebelum beredar... Azroy Spy dah bape kali ajak duduk.. tak puas lagi gamaknya.. kui kui
Akhirnya setelah beberapa kali dah dah tu.. Masing2 kembali ke umah masing2...

Aku sampai dalam kul 3am.. seb baik tadinya dah sempat Isyak.. maka ber zzzz la aku....

Entry Tertunda lagi..

~Lihatlah sekitar alam... ~
~Dunia luas terbentang...~

17-20 Jan 2009


Adik aku Zaid datang ke umah aku ngan bininya, Amrah ngan dua org anak2 buah ku, Amirah dan Adam.... datang sesaja jenjalan.... Sebelum tu dia dah dok kt umah Ana kt Keramat tuh dalam 2 3 hari.. Aku beli la barangan makan siap2... senang aku kuar pi keje dorang dok umah tak la kelaparan dak... Pastu tak sempat sangat la aku nak bawak dorang jenjalan.. hanya masa 19 aku bawak depa round kt Putrajaya je.. dah malam gak la.. balik dari keje terus suruh dorang bersiap sebab besok paginya aku dah nak anta depa balik.. Amek bas pagi plak tuh... nak gi keje lagi.. nak gi anta depa lagi.. dah la jalan ke KL hiway KL-Seremban ke.. Terowong Smart tu ke.. sama je... Tapi seb baik sempat gak ler aku hantar depa ke putra dan berlari ke opis....

tatap je la gambo kek bawah neh..
Wachaaaa... agaknya tu la kata dak AMirah neh mengusik adik dia.. Adam...
Amirah with her Daddy.. Menggoda pose, u... wakkaa... huhu.. umah selerak.. :P

Adam with his Mummy...
Berlari-larian di Dataran Putrajaya

4 Feb, 2009

Ber-San Francisco Steak di KLCC, besday Opismate... an Associate di Legal & Secretarial Dept neh.. pompuan.. dalam 33 tahun kot.. pun lom tawen.. hujung tahun dengar2nya.. Makan dalam 7 orang.. bil yang kena almost RM 451.50.. walla.... lantak, janji depa bayor.. wekekekekk..


Ni makanan yg aku order.... aku kan Fish Lover, so aku order Salmon and Steak Fillet.. ingat nak order Salmon and Cod.. tapi takpe la... yang ni murah sket.. dalam RM 35.80 tak silap... kui kui...

Ini la besday girlnya... Intan Suhana.. org Johor tak silap...
Hepi Besday.. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rejeki lah..

Monday, February 2, 2009

Sepintas Lalu..

11 Jan'09, Sun

~Lihatlah sekitar alam... ~
~Dunia luas terbentang...~

Kenduri hotel Jue & Fadzlie aritu..
So aku attend la jugak kt Sheraton Subang tuh...
tepek gambo je le sket..
Aku, Lyana n Mama & Ayah dia..

Tadaaa...

~Lihatlah sekitar alam... ~
~Dunia luas terbentang...~

huhu.. giler lama aku tak apdet kan...
bizi pun ya... malas tahap gaban cipan pun ya gak...
nnti larr.. ada masa aku hapdet lagi...

btw, bila nak lepak2 asterok2 weh..
winduu...

ada free time ok la kot na..

aagagagaa....

cheers!