Monday, June 21, 2010

Fake Movie Poster & Sketch Pencil

"Lihatlah sekitar alam...
Dunia luas terbentang..."


Malam ni aku rajin godek2 fb.. pastu terjumpa la few application...
Buat Fake Movie Posters and Sketch by pencils.. So aku godek, and amek la few pics yg aku sesaja-saja jerk try...

Tgk la few hasilnya kt sini.. kikikii...

Tajuk Asal : Meet the Fockers

Tajuk Asal : My Best Friend Wedding

Tajuk Asal : Charlie's Angel

 
Yang ni pulak hasil sketch...




notakakisikukiri HD : Amacam, menarik tak..? so anda ble la melayari laman sesawang yang tertera di gambaq2 tu semua.. okes... ;)

SELAMAT HARI BAPA!!

~~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~~


Ucapan ini yg sepatutnya semalam...
Dah wish dah pada ayah saya...
Tapi nak wish jugak kt sini..

Selamat Hari Bapa, Ayah...
Kaulah sumber inspirasiku..!
Moga dikurniakan kesihatan yang baik
dan berkekalan....

Amin... Muaaahh!

Saturday, June 19, 2010

SMILE




"Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..."


Langit tinggi kebiruan
Pohon-pohon kehijauan..
Hembusan bayu yang menyegarkan....

Dengarkan di sana sini..
Beburung riang menyanyi
Berbunga aneka warna
Tanda kedamaian jiwa..
Ku syukuri nikmat MAHA ESA

**

Begitu berharga.. kehidupan ini
Bagi mereka yang mampu menghargai..

Mengapa terdorong.. oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban.. oohhh hoo..



Tiada yang dapat lari 
Dari masalah diri
Hadapilah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasi dengan keimanan..

***Sekadar buat renungan
Untuk mu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan
Hidup ini usah persiakan...

* *  ulang
*** ulang



SMILE is a Language of LOVE
SMILE is a source to win HEARTS
SMILE is a name of LIVEHOOD
SMILE creates GREATNESS in personality

So... keep SMILE...

Notakakisikukiri : Senyum kan sedekah...
So mari kta semua bersedekah... :)

notakakisikukiri 2 : Ouch, hensemmmm nyeee pakwe ku Baim Wong tersenyum manis di bawah sinin... -i lap u-ahahahhaaa....


Mimpi




~~Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang..~~

Boring-boring.. aku baca thread2 lama kt Sembang Hati kat AMnet sinun..
Pastu terjumpa satu posting pasal mimpi aku neh...
Saja nak tepek kt sini... kelakar weyy..
hahahhaaa...

Quote from: pongee on January 31, 2009, 10:42:09
Quote from: honeydew on January 31, 2009, 10:25:52
aku penah mimpi
ada one guy ala2 Eurasian kot..
kulit cerah, rambut itam n mata ijo
tggi tegap hensem ahh pendek kata
dia nak n suka sangat kat aku...
ikutt je mana aku pi... aku tanak kt dia..
lari2 dari dia...

yg kelakarnya dia ikut aku pi.. foloo je..
situation masa tu cam ala2 kt kolej/u kat obersea
aku tanak dia ikutt je.. pastu nk jadi citer aku lari dari dia
jalan sekitar koridor.. dia ikut... dari tingkat atas ke bawah... dalam satu kelas ternampak cikgu math aku zaman skolah dulu.... citer n ngadu kat dia pasai budak neh... ntah camane mcm takdak kesan.... pastu lari n jalan lagi.. jumpa plak lecturer aku time matriks dulu.. aku ngadu jugak.. pun tak jalan... last2 aku lari masuk taman, dia ikut lagi... nk jadi citer terjumpa Tok Guru Nik Aziz... aku pun ngadu jugak.. budak tuh masih ikut lagi... Pengakhirannya... macam settle tapi tak ingat dah camane.. lama sangat dah... kelakar ingat balik.. wakakaa..

Eh, patut masuk thread mimpi neh kan...?
*Cheesy Tongue*

jaga2...mane tau ni bakal asben honey sok...ekekeke

hahaha gee...
kalo la iya...
makan tak habiss...

waakkakka

#####
akakakaa.. kelakar aku rasa..
nak jenjalan lagi tgk thread lain.
kalo ada menarik nnt i tepek lagi.. auuww!!

notakakisikukiri : Kalau lah betul.. walla... hahaha...

Thursday, June 17, 2010

Ayat "Berpisah"



~~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~~


Howdy! We meet again.. hehe
(Awat ntah tetiba rajin pulak hapdet neh kan..
biasa bersawang ajork... hahah.. caiyok! caiyok!)

Meh aku nak share lagi... few tips...
kotnya hampa nak berpisah la kan..
dah tak sherashi... tapi ayat yang paaaling mulus tulus..
err.. kira paling berlapik la... ekeke..

Lihat sini

Ayat "Berpisah" Tak Masuk Akal

KATANYA
"Kamu patut terima yang lebih baik"
MAKSUDNYA
Saya layak dapat yang lebih baik


KATANYA
"Kita terlalu sama"
MAKSUDNYA
Kamu itu membosankan!


KATANYA
"You just don't get me"
MAKSUDNYA
Saya yang tak mahukan kamu


KATANYA
"Saya tak bersedia untuk perhubungan sebenar"
MAKSUDNYA
Saya tak rasa inilah 'rupanya' perhubungan sebenar


KATANYA
"Saya sayang kamu seperti seorang kawan"
MAKSUDNYA
Sebenarnya, kamu langsung tak mengujakan saya

KATANYA
"Saya perlukan ruang"

MAKSUDNYA
Saya nak pergi jauh dari kamu


KATANYA
"Saya nak fokus pada kerjaya"
MAKSUDNYA
Saya jatuh hati dengan teman sekerja


KATANYA
"Alangkah bagusnya jika segalanya okey antara kita"
MAKSUDNYA
Kan bagus jika kita tidak berbual mengenai perkara ini


KATANYA
"Saya tak mahu jadi penghalang"
MAKSUDNYA
Kamu memang banyak menghalang


KATANYA
"Kita dalam haluan berbeza"
MAKSUDNYA
Kamu tak layak untuk saya


KATANYA
"Perasaan saya terhadapmu sangat kuat, ia sangat menakutkan"
MAKSUDNYA
Saya tiada apa-apa perasaan pun terhadap kamu sebenarnya..



So... ada yang mengenakah..? huhehooo

notakakikiri : berterus terang lebih bagus kan..
(walaupun pahit..... *sigh* )

Wednesday, June 16, 2010

INFO

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



Sekadar perkongsian bersama

BABI SUDAH JELAS HARAMNYA PERHATIAN KEPADA SEMUA UMAT ISLAM RISALAH INI
DIEDARKAN OLEH DR. RASHEED MOS,UNIVERSITI MALAYA KL, PERSATUAN
PENGGUNA MALAYSIA , MAJLIS AGAMA ISLAM MALAYSIA & JABATAN KASTAM MALAYSIA .
KAJIAN TELAH DIBUAT OLEH MAHASISWA UTM, UUM, USM, UM, UKM, & CAP.

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI LEMAK BABI
1. Minyak Masak LAM SOON ( Cap Helang & Buruh )
2. Ubat Pearl Cream Arche ( Thailand )
3. Ajinomoto ( Thailand )
4. Ais Krim Harga RM1.00 ke atas
5.. Semua tauhu buatan Orang Cina
6. Sabun LUX & Lotion Badan Buatan Malaysia , USA , & Thailand
7. Sabun FAB berbuku
8. Lobak Jeruk
9. Mee & Kueteow basah ( buatan Cina)
10. Krim Muka Hazeline Snow

NO 12 tu baca bebetul...wallahuaa lam
SENARAI BARANG YG MENGANDUNGI
(KULIT BABI, URI & BINATANG YANG TIDAK
HALAL)

1. Semua Jenis Serbuk Mee Segera Terutama Maggi
2. Pucuk , Kulit Popia, Fish Cake & Bebola Ikan buatan Orang Cina
3. Daging Burger Import
4.Sardin, Kari Ayam dlm tin & Yong Taufu buatan Orang Cina
5. Kasut Bola Jenis ' Gold Cup'
6. Berus Gigi Jenis ' Reach'
7. Mee Kering ( sanggol )
8. Semua sabun mandi yang diimport
9. Ajinomoto kecuali keluaran Kilang Lot 5710 Jalan Kuchai Lama KL
10. Semua jenis shampoo kecuali keluaran Orang Islam
11. Have Pearl Cream
12. Ramuan Kentucky Fried Chicken & Mc Donald
13. Ubat Kurap buatan Org Cina
14.. Beehon Segera Siam
15. Mee Rebus Tulang&Kiub Perasa Ayam
16. Sabun Mandi Yang Berminyak

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI GELATIN
(LEMAK BABI DAN BINATANG TIDAK HALAL )

1. Bosset Wine Gum
2. Dairy Milk Coklat
3. Coklat Cadbury/ Chewing Gum
4. Sugus Strawberry
5. Passer Doily Mixture
6. Trebo Mint Chewing Gum/ Peppermint
7. Scothes Vikmin
8. Share Extra Atrenght
9. Black Current Jelly
10. Royal Gulaman & Decart Oranges
11. Valvis Gelatin
12. Sarung Kapsul Ubat
13. Ais Krim dalam bekas plastik
14. Gula-gula Fruities
15. Cake Mets Vilber Punch
16 .Coklat Cake
17 .Tepung Kastard Lady's Choice
18 .Semua jenis Jelly
19 .Semua jenis gincu bibir
20 .Keseluruhan Jenis Sheisedo
21 .Lady's Choice Jelly

SENARAI BARANG YANG MENGANDUNGI ALKOHOL UNSUR-UNSURNYA
1. BARANGAN AVON KESELURUHANNYA
2. PEWANGI KETIAK TERUTAMA JENAMA VITALIS & CONCORD
3. MINYAK RAMBUT BRYLCREAM ( HIJAU )
4. RACUN SERANGGA JENIS SPRAY SEPERTI SHELTOX, BAYGON & MORTIN
5. SELURUH UBAT BATUK JENIS SIRAP
6. KESELURUHAN BALL PEN DAKWAT KERING
7. TONIK BAYI GRAPE WATER, TONIK WATERBERRY COMPOUND

Kami dalam keresahan memohon ampun dan maaf terlewat memberitahu perkara di
atas. Pastikan Pakaian anda tidak terkena bahan-bahan diatas terutama
pakaian sembahyang.

TOLONG CETAK DAN EDARKAN RISALAH INI KPD SEMUA SAUDARA ISLAM KITA..

Dr Safurah Hj Jaafar ;
Principal Assistant Director;
Ministry of Health , Malaysia ;
Tel: 03-2540088.(hurm, awat 7 nombor jer ni dek..??)

sumber : email

notakakikiri: banyak giler beb... esp. no. satu tuh... aku guna minyak tu gak rasanya.. adeess dess... tu.. McD, Kepsii sume.. haishhh!!!

Kita dan Tabiat Makan

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang....~


Kita dan makanan tidak dapat dipisahkan...
manakan dapat... kalau dipisahkan pincanglah hidup kita kan..
camane nak idup.. sebab makanan merupakan sumber tenaga dalam kita menjalani kehidupan seharian. Selaku insan yang dilahirkan di Malaysia ini, kita patut amat bersyukur kerana dikurniai negara yg aman damai... cukup makan pakai dan segalanya.. malahan berlebihan pula... So, dipendekkan cerita.. moh kita tgk perihal cara makan/gaya makan kita.. dan maknawi di sebaliknya..
Check it outz here....

1. Orang yang makan sampai habis tidak tinggal sedikit pun makanan walau sebutir nasi di pinggannya
= cermat, tertib, tidak boros.

2. Orang yang makan tetapi di pinggannya masih terdapat sisa makanan dan banyak makanannya yang tidak habis dimakan
= boros, tidak berapa peka, kurang teliti.

3. Orang yang suka makan daging putih (ayam dll)
= sabar, tidak suka marah.

4. Orang yang suka makan daging merah (kambing, lembu dll)
=suka marah, tidak dapat mengawal diri.

5. 80% penyakit berpunca daripada makan.

6. Orang perempuan lebih peka soal makan berbanding lelaki. Atas faktor itu, perempuan lebih panjang umur berbanding lelaki (asbab)

7. Nabi kunyah 40 kali ketika makan.

8. Makanan boleh jadi racun dan boleh jadi ubat. Makan sesuatu makanan hendaklah berpada-pada.

9. Makan yang terbaik adalah sebelum maghrib ketika matahari masih ada.

10. Jangan makan terlalu kenyang kerana nisbah makanan dalam perut adalah 1/3 sahaja. Perut perlu menampung 1/3 makanan, 1/3 air dan 1/3 udara.

11. Tidak baik jika makan tengah malam. Nabi jika lapar tengah malam, nabi minum susu panas.

12. Jangan makan buah selepas makan. Makan buah sebelum makan kerana dapat membantu penghadaman.

13. Makan sewaktu lapar, berhenti sebelum kenyang.

14. Elok makan berjemaah kerana hidayah Tuhan turun mencurah-curah.

15. Di tangan kanan kita mengandungi 18 enzim penghadaman. Jadi makanlah menggunakan tangan.

16. Minum sejam sebelum makan dan sejam selepas makan.

17. Makan hanya 1 lauk saja. Jika makan ikan, ikan saja. Jangan campur ikan, daging, ayam dsb.

info : Nuffnang Ads

notakakikiri: haku pun kena jaga makan gak neh..... badan dah naik sesangat bangat dah neh.. tak selesaa.. uwaaaaaaaa... :p

Sunday, June 13, 2010

Musim Cuti Sekolah dan Majlis

"Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang.."


Cuti sekolah tiba lagi... Tapi, jem jalan macam takde beza sangat la..
Kureng sket jer... apa kess....? bila korang nak cuti berjemaah ni weh..?
Sila la cuti reramai sket. hokay.. senang ai nak pi koje.. ekeke.. :p

Ok, Musim cuti sekolah.. maka bertambah2lah undangan kawen kan...
CUma aku rasa kebelakangan ini sudah agak berkurangan... Maklum, kebanyakan kawan sebaya udah ramai yang lepas kan bertahun tahun dahulu... (kui kui.. :p huuu~~)
Taim sendirik je tak kunjung tiba lagi... adess....

Ok la.. malas nak mukadimah lama2.. (maklum lama tak menulis kan.. har har harrr.. haruuu..) so semalam, aku ada 3 undangan.. 2 kawen (1 ex-osmate, satu anak kawan, dan satu undangan pertunangan kawan se-opisy). Satu dekat Temerloh, satu dekat Kelantan dan satu dekat Ampang.. so aku pilih pergi di Ampang.. Maklum... Sabtu neh ada keje audit mengaudit kan.. so... Ampang la gaya yang paling afdhal utk ku pergi..

So, g sana... sempat ber-snap gambo ngan Susan Menon, hokay.. umah dia sebelah jer ngan kawan aku, Fara neh... Baik sangat... Mustafa Kamal (MK) pun ada sekali.. Tapi tak snap la gambo ngan dia.. Aku tgk depa neh idup serba sederhana... Lepas kenduri tu, Mus neh terus bergerak utk shooting... Anak-anak dia tersangat la wallawey.. comei.. Anak dia yg ex-first wife-Dayang-yang pompuan tu pun comei.. dan ramah gak... Sempat la borak2 ngan dia... pun ngah survey2 tu katanya... tapi belum tau lagi bila nak langsung la... Anak MK yg adik pada yg meninggal jatuh kondo dulu tu pun ada sekali... comei jugak... putihnyaa.. pendek kata sume anaknya lawo2 la.. cuma aku tak snap jer gambo depa.. huhu..


So, petang settle.. so sebelum balik masing2 ada upacara tapau mengtapau.. kelakar giler... bagus betul.. lebih baik dr terbuang begitu sahaja kan.. kan.. hehe.. So, pastu balik aku pi umah adik aku, Ana and wanie... Ana, Nusi dan dua anaknya kuar ke JJ... seb baik ada Wanie tak ikut.. so lepak2... sampai pas Maghrib dia balik... then aku pun beransur... gitu aja la.. takde menarik mana pun....

Apa kesss.....





belah kanan, Dayang.. belah kiri adik yg meninggal tuh


Fara and adik badiknya.... Selamat Menempuh Alam pertunangan, Fara.. Semoga berkekalan sehingga ke jinjang pelaminan... dan berkekalan selamanya..



Saturday, June 12, 2010

Do U know..


"Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..."



1. Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda. ....

2. Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara. ....

3. Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda. ....

4. Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.....

5. Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur....

6. Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.....

7. Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.....

8. Anda seorang yang istimewa dan unik.....

9. Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.....

10. Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah sebaliknya.....

11. Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirkan semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.....

12. Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat laun anda akan memperolehinya.....

13. Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci umpat cela.....

14. Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.....

15. Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik. Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk teman tetap paling setia. walaupn punya harta yang banyak, teman tetap paling berharga.....

Pantun Seloka Uda & Dara.. haiii..~~


"Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..."

Meh kita berkongsi pantun seloka Uda & Dara
sebagai hiburan bersama...

check it outzz.. hehehh..

Tatkala pompuan merindui lelaki
Tido tak lena gelisah di hati
Golek golek kanan dan kiri
Sedar sedar tak lena ke pagi

Lain pulak dengan lelaki
Rindu kat pompuan pun tak henti henti
Tido malam pusing kanan dan kiri
Sedar sedar bukak mata dah tengah hari

Apabila rindu menguasai diri
Pompuan asyik terkenang si lelaki
Leka mengelamun sampai tak mandi mandi
Makan minum pun kadang kadang dah tak peduli


Begitu juga dengan si lelaki
Rindu kat pompuan sampai tak sedar diri
Terbayang wajah hingga tido termimpi mimpi
Silap silap kena mandi wajib bila bangun pagi nanti


Jika rindu sudah bersarang di hati
Kejap kejap pompuan telefon lelaki
Tanya khabar itu dan ini
Walaupun soalan yang sama berkali kali


Lelaki pun juga sama macam tu
Tepon pompuan berkali kali bila dah rindu
Asyik dok cakap i miss you, i love you
Entah betul entah entah dok menipu


Tapi semua ni tak kisah la kan
Baik lelaki atau pun pompuan
Bila rindu, tadak benda lain dalam fikiran
Asyik teringat masing masing punya teman

Kalau boleh nak segera jumpa berdua duaan
Tapi cuma satu saja teman nak pesan
Bila jumpa tu jangan buat benda bukan bukan
Ingat sama kat Tuhan, jangan jadi syaitannnnnn....