Saturday, June 12, 2010

Pantun Seloka Uda & Dara.. haiii..~~


"Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..."

Meh kita berkongsi pantun seloka Uda & Dara
sebagai hiburan bersama...

check it outzz.. hehehh..

Tatkala pompuan merindui lelaki
Tido tak lena gelisah di hati
Golek golek kanan dan kiri
Sedar sedar tak lena ke pagi

Lain pulak dengan lelaki
Rindu kat pompuan pun tak henti henti
Tido malam pusing kanan dan kiri
Sedar sedar bukak mata dah tengah hari

Apabila rindu menguasai diri
Pompuan asyik terkenang si lelaki
Leka mengelamun sampai tak mandi mandi
Makan minum pun kadang kadang dah tak peduli


Begitu juga dengan si lelaki
Rindu kat pompuan sampai tak sedar diri
Terbayang wajah hingga tido termimpi mimpi
Silap silap kena mandi wajib bila bangun pagi nanti


Jika rindu sudah bersarang di hati
Kejap kejap pompuan telefon lelaki
Tanya khabar itu dan ini
Walaupun soalan yang sama berkali kali


Lelaki pun juga sama macam tu
Tepon pompuan berkali kali bila dah rindu
Asyik dok cakap i miss you, i love you
Entah betul entah entah dok menipu


Tapi semua ni tak kisah la kan
Baik lelaki atau pun pompuan
Bila rindu, tadak benda lain dalam fikiran
Asyik teringat masing masing punya teman

Kalau boleh nak segera jumpa berdua duaan
Tapi cuma satu saja teman nak pesan
Bila jumpa tu jangan buat benda bukan bukan
Ingat sama kat Tuhan, jangan jadi syaitannnnnn....

No comments: