Sunday, January 2, 2011

Salam Tahun Baru 2011 & Berbagan Lalang!



~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Hi!
Selamat Tahun Baru buat semua kawan2...
Semoga tahun baru ini memberi kita lebih kesejahteraan
bertambah keimanan dan seiring kematangan...


Urm, tahun baru... disambut sederhana dengan percutian dan BBQ di Bagan Lalang
ngan biasak lar, asteruk gang.. *senyum* Aku, PJ & Family, Ema, JM & Syamil-anak buah, Tepung, AenYuyut & Yuyutnya... ok la.. quite fun... Kami ambil chalet di Camar Laut, LKIM. RM 120/night.. Ok la kan....

Kami bergerak petang 31 Dec'10. Aku and Tepung drive. Sampai di sana, PJ & Afiq dah siap2 ambik kunci dah.. So, dorang pi layan Ajiq (anak depa) main2 pasir dulu.. Kami ke sana dulu sebelum meneruskan agenda mencari ikan, sotong dan udang dulu untuk tambahan menu (selain ayam marinate hasil tangan Yuyut ~maknya mungkin). Angkut2 barang. Rehat sekejap dan Bersiap. Then kuar berBBQ. Nikmatnyaaa makan BBQ hasil buatan sendiri... Ayam yg best.. Ikan, sotong & udang yg freshhhh..... plus Jagung yang jugak segar dan besar.... Ummphhhhhh....!! Sangat berpuas hati lah!

Sebelum ni, sewaktu bercuti di sini juga pertengahan tahun lepas, kami makan di Restoran Senandung Malam & menginap di Hotel Seri Malaysia. Makan pun best jugak... Namun kali ini sendiri membakor.. lagi dabel best..!!

Pas makan2, lepak2 sambil tgk fireworks dari Sepang Goldcoast. Pastu kami kuar minum2... mula2 macam lemau.. sebab macam dah penat & mengantuk.. Namun, aksi 2 si kecik - AjiQ & Syamil yang chumel 'bertengkar', bertarung dan berbalas idea meledakkan ketawa yg bukan kecik dari kami-kami semua... hahahaa... funny!

Menjelang pukul 2am, kami balik ke Camar Laut semula. Nak tido dan berehatlah pulak kan.. Esoknya, seawal 8 pagi aku menjadik tukang driver ke pantai... Aku, JM, PJ bersama Syamil dan AjiQ yg beria nk bina istana pasir.. Sudahnya... Aku yg bersemangat membina istananya. Mereka masukkan pasir dalam case, aku yg terap. hehe.. siap letak hulubalang katak lagik, tawww.... *ngeeeee...*

Sesambil itu, kami2, JM PJ, Aku pun riang bermain selang seli dgn belon yg JM belikan utk Syamil. Kami turut riang cam bebudaks.. hahaha.. LOLLL.... Maklum, masa kecik dedulu tak rasa nak buat camtu.. Nk buek camano dowh...!! keh keh kehhh....

Pastu, dalam soploh steng, kami balik utk bersiap2 tuk check out pulak... Sebelum pukul satu, kami check out. Pastu menuju lunch di Cyberjaya. Kemudian berkaraoke di Giant Equine. Masa itu, PJ cakap "Betul ke pelakon Faizal Yusuf meninggal dunia..?"
"Apaa...????" kami terkejut... dia cakap dengar dalam radio ketika on the way ke Giant tadi. Uish, muda lagi... Innalillahi wainna Ilahiroji'unnnn... Semoga ditempatkan bersama para mukmininn..

Pastu, mereka sempat bershopping kasut barang sikit. AKu beli majalah jer~Solusi~
Syamil pulak buat perangai, menangis meraung2 sebab nakkan kartun apa ntah. So, aku dan JM balik sebab dia tinggalkan kete di rumahku. Mereka yg lain meneruskan perjalanan makan2 sebelum pulang.

Nice weekend! and happy2 heart!!


NotakakisikukiriHD: cant wait for another trip! yippieee.......












No comments: