Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan 1432H



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

Besok, bersamaan Isnin 1 Ogos 2011
kita semua akan menjalani ibadah puasa

Salam Ramadhan buat semua rakan2.. semoga ibadah kita ini diberkati dan dirahmatiNya
dan juga, semoga kita berjaya menjalani hingga ke akhirnya dan berjaya menyambut hari kebesaran ummat Islam... Mudahan, aminnnnn...

NotakakisikukiriHD: Salam kemaafan juga dihulurkan buat semua rakan2... ;)

Bilangan Lelaki lebih ramai dari wanita, weh!




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

Macam tak sangka kan?
mungkin kebelakangan ini dan bebebebrapa tahun kebelakangan ini
kadar kelahiran ke atas bayi lelaki adalah melebihi ke atas bayi perempuan..

so, bayi2 perempuan adalah bertuah utk mempunyai lebih pilihan! hahaha..
dan harapannya, bayi2 lelaki itu akan membesar menjadi seorang lelaki yg penuh hemah, penuh tanggungjawaban.. penuh ciri2 yang sesuai menjadi pelindung wanita.. ;)

ok, petikan dari akhbar la sedikit..

KUALA LUMPUR: Lelaki berumur 15 tahun dan ke atas yang belum berkahwin adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding wanita iaitu masing-masing 37.8 peratus dan 32.2 peratus mengikut data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang diumumkan, kelmarin.
Data itu juga menunjukkan penduduk berumur 15 tahun dan ke atas yang belum pernah berkahwin adalah 35.1 peratus manakala yang berkahwin 59.6 peratus.

Namun, perkadaran lelaki dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama, masing-masing 59.8 peratus dan 59.4 peratus.

Umur minimum perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28.0 tahun berbanding 28.6 tahun pada 2000. Sebaliknya, umur bagi perempuan meningkat kepada 25.7 tahun berbanding 25.1 tahun pada 2000.

Mengulas perangkaan itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata aliran lelaki yang belum berkahwin lebih ramai daripada wanita selaras dengan pertambahan golongan itu berbanding wanita.

Katanya, aliran itu sudah lama dikesan dalam setiap bancian pendudukan yang dilakukan di negara ini malah keputusan itu juga lebih kurang sama dengan kebanyakan negara di rantau ini dan peringkat global.
“Hasil bancian LPPKN pada 2004 sudah mengesan trend lelaki kahwin lebih lewat dan hasil bancian 2010 mengesahkan bahawa lelaki berkahwin pada purata umur 28 tahun berbanding wanita 25 tahun,” katanya dihubungi Berita Minggu.

Kelmarin, dilaporkan penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.

Aminah berkata, dari segi kesan sosial, gejala kahwin lambat di kalangan lelaki itu menunjukkan golongan itu akan berkahwin pada usia lebih matang, kukuh dari segi ekonomi untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Kesan negatif pula katanya, tempoh yang lama membujang akan mendedahkan lelaki muda kepada cara gaya hidup yang tidak sihat dan risiko yang berkaitan dengannya.

Perkara itu dipersetujui pakar sosiologi dan antropologi, Prof Dr Abdul Rahim Md Nor yang bimbang jika ia berlarutan akan menyebabkan pertambahan jumlah gejala sosial.

“Dalam satu aspek, saya melihat pertambahan jumlah penduduk lelaki akan membawa kesan negatif kepada masyarakat iaitu kebarangkalian golongan itu terbabit dengan jenayah berat seperti pembunuh dan rompakan selain terbabit gejala sosial seperti samseng jalanan atau mat rempit. Ada kemungkinan juga wujud pertambahan kemalangan jalan raya kerana lelaki biasa memandu dengan agresif, sering timbul masalah di jalan raya dan laju,” katanya.

Dr Abdul Rahim yang juga Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau melihat apabila lelaki lebih ramai maka wanita mempunyai banyak pilihan untuk mencari suami yang lebih berkualiti.

Maka, katanya akan wujud persaingan di antara lelaki dan ini mewujudkan tekanan kepada mereka untuk dipilih menjadi suami.


NotakakisikukiriHD : heheh.. sedikit ke tu..? boleh tahan panjang tuh.. kalo korang berminat, sila la baca untuk kemaslahatan bersama.. info utk diri dan anak2 di masa dapan kekdahnya kan.. hahahaha.. hauu!

Ceritera LELAKI : 8G pada lelaki yang tidak disukai wanita



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

Hi kenkawan, salam menjelang Ramadhan (besok hari kita semua akan berpuasa, Insya Allah). Mudahan diberi keberkatan, dan berjaya menjalani ibadah ini kehujungnya..

ok, sebelum itu, mari kita kongsikan beberapa info... 8 G yang tidak disukai oleh perempuan ke atas seseorang lelaki ittew..

check it out here ;)


1. Garang

( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas
(kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar
(takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain, dsb) Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafaz kan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabra
(tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja) Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada

(langsung tak gentle, p entingkan diri sendiri, ambik kesempatan, dsb) Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal
(bahasa kedah -bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali2.) Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah? Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo

(keterlaluan- lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat, dll)Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal
Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura2 melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia materialistik dan cintakan duit anda sahaja. Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

NotakakisikukiriHD: Ada lagi kot nak tambah.. 9-gelojoh 10-gong (hehe, bengong bak kata oram kelamtam 11-gediks (ini sinonim ngan pompuan, but, ada jugak lelaki yg terover gediks, huhu, yucks!) ok la.. cukup la tu kan.. ke-ke-ke

Friday, July 29, 2011

Lagi Pasal Bola ..



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



Kelayakan Piala Dunia - M'sia vs Spore
28 July 2011

We loose!
secara aggregat 6-4 walaupun seri 1-1 di SBNJ semalam
huhuhu.. tapi takpe la... nk buat camana kan..
bukan rezeki kita utk melangkah ke pusingan yg seterusnya...
kehilangan Safiq Rahim, Mat Yo dan Aidil turut dirasai
what to do kan! bertabah semua, ok.. cheers! ;)

Tapi... ada tapi okeh..
Pemain2 Singapore memang banyak gileerrrrr buat wayang!!!
heh.. sikit2 jatuh, sikit2 sakit..
sikit2 terbaring, sikit2 cium rumput.. bluweekk!

Apapun, kami tetap bersama HARIMAU MALAYA... Auuummmmm!!

Ni sedikit gambo wayang depa.. huhu







Lagi best, Apek a.k.a berada di kedudukan ketiga twiter tuh!
wa wa waaaaa... tahniah oghe kapung kawe.. tahniah jugak buat pemain TRW neh.. ekekeke ;D


man of the match - Khairul Fahmia a.k.a Apex


Ok, ok.. sambung

Meh meh, kita tgk gambo kek bawah neh.... sooo cuteee..



Inspirasi kanak-kanak di Kelantan terhadap bola sepak & The Red Warrior.
Bila Apek, Mat Yo , Piya dijadikan inspirasi. Bukan lagi bintang bola sepak luar negara. Inilah resepi kejayaan anak Kelantan...

Credit to : I ♥ KELANTAN & Kelantan The Red Warriors 2011

NotakakisikukiriHD: Esok Masih Ada.. he-he-hehh

Sunday, July 24, 2011

Ceritera LELAKI : Zodiak dan Indeks Cemburunya



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Menarik tak topik kita kali ini..?
Jika menarik, jom kita layannnn.... ;)

Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama.

Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan.

Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran...

Capricorn
Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lain seperti sukan atau di tempat kerja.
Indeks: xxx


Aquarius

Lelaki Aquarius biasanya akan menggunakan ayat-ayat yang memerli untuk menunjukkan cemburunya. Jangan ingat dia sedang bergurau. Apabila topik perbualannya hanya tertumpu pada seseorang saja, maka ternyatalah bahawa dia sedang cemburu.
Indeks: xxx

Pisces
Lelaki yang paling mulia dan baik hati, lagi kuat cemburunya. Tak lain dan tak bukan adalah lelaki Pisces. Indeks cemburunya amat memeranjatkan. Kalau kekasihnya menderhaka kepadanya, dia akan menjadi seperti wanita meraung-raung. Air matanya juga akan tenggelamkan anda.
Indeks: xxxxx

Aries
Lelaki Aries mempunyai sifat diktator secara semulajadi. Selain seorang yang memerintah, dia juga suka mengawal orang lain. Tidak kira dalam apa jua perkara, dia juga berharap menggunakan tenaga dan kuasanya untuk menyelesaikannya. Apabila berhadapan dengan musuh kekasih, dia akan segera mengambil tindakan untuk menyebabkan pihak lawan undur dari mengurat kekasihnnya.
Indeks: xx

Taurus

Lelaki Taurus adalah lelaki yang peramah dan sangat jujur. Tapi jangan ingat dia tidak tahu cemburu. Dia tidak dapat terima kekasihnya menderhaka kepadanya. sekiranya dia dapat tahu anda keluar makan malam dengan lelaki lain, buatlah persediaan untuk memberi penjelasan kepadanya.
Indeks: xxxx

Gemini
Lelaki Gemini hanya menganggap cemburu itu sebagai satu permainan saja. Dia ialah seorang yang suka bermain-main. Oleh itu, dia paling benci akan cinta secara paksa. Malah dia tidak akan mungkin melepaskan peluang untuk berkenalan dengan wanita lain walaupun sudah memiliki kekasih. Jadi, indeks cemburu lelaki Gemini adalah kurang berbanding dengan lelaki Zodiak lain.
Indeks: xxxx

Cancer
Secara kebetulan lelaki cancer terbalik dengan lelaki Gemini. Dia tidak akan berjauhan dengan kekasih malah selalu berhimpit dengan kekasih. Ini adalah kerana dia mempunyai perasaan kekosongan dan juga perasaan tidak selamat. ( jangan ingat hanya perempuan saja yang mempunyai perasaan tidak selamat.) Bayangkan kalau kekasihnya meninggalkanya, cemburu pasti akan menghuru-harakan dunia ini.
Indeks: xxxxx

Leo
Lelaki Leo sangat ego dan juga sangat tabah. Dia tidak akan cemburu kerana perkara yang remeh temeh. Dia tidak akan menyebabkan air muka dirinya jatuh kerana cemburu. Walaupun kekasihnya telah melakukan perkara yang membuatkannya marah, namun dia tetap akan mengekalkan perasaan yang tenang untuk berbincang dengan kekasihnya.
Indeks: xx

Virgo
Cemburu lelaki Virgo amat memeranjatkan. Lelaki Virgo tidak mempunyai hati yang lapang dan juga pemikiran yang luas. Cemburu telah menjadi perkara biasa dalam kehidupan pasangan ini. Walaupun dia amat mencintai kekasihnya, namun tetap bergaduh besar dengan kekasih kerana cemburu.
Indeks: xxxx

Libra
Lelaki Libra mementingkan imejnya yang bertatatertib. Disebabkan cemburu akan menjejaskan imejnya, maka dia rela mengekalkan penampilan yang baik. Sebenarnya dia tidak ingin menimbulkan perselisihan dengan kekasih akibat cemburu yang akan menjejaskan hubungan mereka.
Indeks:x

Scorpio
Semakin mendalam cinta terhadap kekasih semakin kuat cemburu. Inilah yang boleh menggambarkan lelaki scorpio. Dia menghormati dan cinta sepenuhnya terhadap kekasih. Tetapi cemburunya juga tidak kurang. Sekiranya kekasihnya menunjukkan sebarang kemusykilan, maka dia akan menunjukkan cemburunya.
Indeks: xxxx

Sagitarius
Lelaki Sagitarius juga boleh cemburu. Namun cemburunya datang dengan cepat, pergi juga cepat. Dia selalunya cemburu sebelum mengenal pasti perkara sebenarnya. Apabila mengetahui hal sebenarnya cemburu pun reda. Tapi, apabila dia ada matlamat baru dia akan meninggalkan kekasih yang sering membuatnya cemburu.
Indeks: xxx

NotakakisikukiriHD: jom jom jom telek2.. betul ke tidak..? what say you.. hihihi~

Friday, July 22, 2011

Edisi Jalan-Jalan: Trip di Kota Singa



السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

Hi kawan2... saja jer nak kongsi citer dan gambar sket masa kat Singapore aka Kota Temasek sepanjang minggu lepas... hish, keje dah sampai Jumaat baru nak post, nak haiii..

Trip ni keje sambil belajar.. hehe, bukan ingat sekolah ke lawatan sambil belajar? ini lawatan sambil keje daa.... daku ke sana dari 12 July - 17 July'11. My boss yg sangat baik hati bagi tiket penerbangan pergi balik lak tu... owh tima kasih boss! *tima kasih daun keladi* hihihiiiii~~ aritu pi Phuket den naik Air Asia, aritu lak den naik Tiger Airways... ntah bila masa nak pakai MAS pulak kan... next trip, perhaps.. :P

Aktiviti seharian penuh, sedari sampai sehingga menjelang pulang... a tiring but memorable moment! Best!

Sementelah aku ke sana kebetulan perihal-perihal BERSIH ni baru berlalu kan.. op coz la soklan tu yg paling banyak aku terima.. sedari jejak kaki di airport, sampai la balik ke airport.. dan paling takleh ingat, terjumpa dua budak yg jual jam kat Bugis Street.. kami bercakap2 dalam Bahasa melayu la op course.. pastu tetiba dia cakap, saya sokong BERSIH.. pastu terus laung dan jerit BERSIH! BERSIH! BERSIH! tgh2 org ramai tu... :D hehe, sungguh notty.... katanya dari Ipoh... ramai jugak la aku jumpa org Mesia yg keje kat sana tuh...

Ada jugak untie.. aku rasa org Singapore (maybe) keje cleaner kt Food Republic di Vivo City... tegur cincin besar aku pakai (ai kan suka aksesori, hihi) canteekkkk.. katanyaa.... aku tgk dah dekat 70 plus umurnya.. kagum aku, at that age masih bekerja untuk menyara diri.. plus kagum boleh cakap cantek (Malay word kan.. ekekekek) eh.. atau dia memang orang Malaysia neh? he-he-hehhhh... *icon sengih bergetar* :D

Eh, banyak lagi la kenangan dan cerita.. kalo rajin aku sambung lagi...

layan je la dulu bebebeberapa keping pics yg aku rajin nak tunjuk, hehe


NotakakisikukiriHD: best! best! best!!!!

Day 1

Tiger Airways @ LCCT
awal2 sampai.. di tengahari, aku ke Keypoint dulu ke opis..
pastu after opis hour, check in dulu at Park Royal, On Beah Road
aksi biasa.. self potrait-ing.. hehehe
then kami out to MBS

kami makan2 dulu, pastu tgk light show

antara light show malam itu 




on the way back after light show
(besok keje maaa...)
kami sempat ber-gambar-gambar-gambar lagi hehehe

berlatarkan 'Lotus' kat belakang sana

us, on a very first night at Marina Bay Sands for light show
cuba tengok pemandangan malam di sini
macam kat NY kan...
(macam la aku penah pegi New York.. hahahaa)

On 2nd day

Pemandangan dari tempat Finance Team - buat ubat penat lelah kot
pemandangan ni.. hehe.. tapi kt KL view tak cantek woo.. huhuuu
kat sebelah belakang condo sana boleh nampak kapal2 berlabuh di
Singapore Port! yang nampak sipi belah kanan adalah Concourse Hotel

Ini namanya Arab Street atau Jalan Arab.. Lunch time kitorang makan
kat sini.. Ada kedai barang souvenier murah gilerrrrr kat sini.. sempat la jugak den memborong di sini
hahaha!


Malam, sempat berjalan2 di Orchard Road dan sekitarnya

Marietta, colleague from PH and i am from MY and went to SG - that trip is for us!
thanks you boss and co-SG colleagues, this is our 2nd nite, before went out for jalan2 at Orchard Road

Day 3

 permulaan hari ketiga, kita p.e.a.c.e yoo!! dulu - he-he-heeee


At Marina Mandarin Hotel, office meeting lunch - among of SG, MY, PH office staff
on 3rd day

Malam pula kami ke Clarke Quay, di temani Karen.



 ada belly dance jugak, hokay! hehe
bawah pokok tak ketinggalan
dalam tunnel jugak
tepi Riverside jugak

biasa la.. tiap2 malam sampai bilik almost pukul 12 malam, haih..
penat2 pun bukan selalu dak.. hehe

Day 4

After office hour, amek2 gambar di opis sebab last day kat opis ka...
pastu  kami berkaraoke di (plaza mana ntah, lupa.. hehe)
tapi bersebelahan Stadium dorang la.. sebab kami turun di MRT Stadium Station * wink*
 

 

Day 5

sedikit sedutan di Universal Studio 
Singapore (USS)..



us, riang ria di USS

sempat lalu lalang depan casino neh.. hehe


Pulau Sentosa, day time


sempat layan skyride ;) syiok ooo!

cute!
makan-makan-ing dulu before hangky panky
di Pulau Sentosa ini
 Kami menonton pulak show and lighting movies kat tepi pantai Sentosa ni
- Songs of the Sea-


ok, night time.. nak balik dah.... sampai pukul 11pm kami di sana.. taim ni kami tgh tggu MRT nak balik Vivo City before ambik Circle line to Nicoll Highway station

Day 6

sebelum balik, aku sempat ke sini
 sebelah kiri - flyers, tengah : Lotus,  kanan : MBS (Marina Bay Sands)
amek gambo dekat Merlion kecik la sat
gambar atas, Eunice caka buat tangan camni.. aku jeling2 tengok, hehe
gambar bawah  aku dah ikut wat camtu dah.. ekekek

ok, bawah ini adalah Merlion yang ku amek dari jarak jauh

Bangunan/Monumen ini namanya Esplanade
tapi mereka panggil 'Durian' sebab kubah dia bentuk cam
buah durian, khannnn.... ;)

sebelum balik, singgah hotel dulu amek luggage,
singgah KEYPOINT sat (opis) amek2 gambo, makan
sebab dekat jer office ngan hotel ni.. 5 minit jer jalan kaki


sempat juga jumpa ini - bangunan Shaw Brothers-
lambang kegemilangan perfileman melayu di zaman Tan Sri P. Ramlee
dahulu

Ok, nak balik dah...
di Terminal 3, Changi Airport!
 balik dah.. baiiiii... hehe