Bilangan Lelaki lebih ramai dari wanita, weh!




السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

Macam tak sangka kan?
mungkin kebelakangan ini dan bebebebrapa tahun kebelakangan ini
kadar kelahiran ke atas bayi lelaki adalah melebihi ke atas bayi perempuan..

so, bayi2 perempuan adalah bertuah utk mempunyai lebih pilihan! hahaha..
dan harapannya, bayi2 lelaki itu akan membesar menjadi seorang lelaki yg penuh hemah, penuh tanggungjawaban.. penuh ciri2 yang sesuai menjadi pelindung wanita.. ;)

ok, petikan dari akhbar la sedikit..

KUALA LUMPUR: Lelaki berumur 15 tahun dan ke atas yang belum berkahwin adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding wanita iaitu masing-masing 37.8 peratus dan 32.2 peratus mengikut data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang diumumkan, kelmarin.
Data itu juga menunjukkan penduduk berumur 15 tahun dan ke atas yang belum pernah berkahwin adalah 35.1 peratus manakala yang berkahwin 59.6 peratus.

Namun, perkadaran lelaki dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama, masing-masing 59.8 peratus dan 59.4 peratus.

Umur minimum perkahwinan pertama bagi lelaki menurun kepada 28.0 tahun berbanding 28.6 tahun pada 2000. Sebaliknya, umur bagi perempuan meningkat kepada 25.7 tahun berbanding 25.1 tahun pada 2000.

Mengulas perangkaan itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Datuk Aminah Abdul Rahman, berkata aliran lelaki yang belum berkahwin lebih ramai daripada wanita selaras dengan pertambahan golongan itu berbanding wanita.

Katanya, aliran itu sudah lama dikesan dalam setiap bancian pendudukan yang dilakukan di negara ini malah keputusan itu juga lebih kurang sama dengan kebanyakan negara di rantau ini dan peringkat global.
“Hasil bancian LPPKN pada 2004 sudah mengesan trend lelaki kahwin lebih lewat dan hasil bancian 2010 mengesahkan bahawa lelaki berkahwin pada purata umur 28 tahun berbanding wanita 25 tahun,” katanya dihubungi Berita Minggu.

Kelmarin, dilaporkan penduduk Malaysia kini berjumlah 28.3 juta, pertumbuhan dua peratus untuk tempoh 10 tahun lalu dengan bilangan lelaki mencecah 14.56 juta orang, iaitu lebih tinggi berbanding 13.77 juta wanita.

Aminah berkata, dari segi kesan sosial, gejala kahwin lambat di kalangan lelaki itu menunjukkan golongan itu akan berkahwin pada usia lebih matang, kukuh dari segi ekonomi untuk memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

Kesan negatif pula katanya, tempoh yang lama membujang akan mendedahkan lelaki muda kepada cara gaya hidup yang tidak sihat dan risiko yang berkaitan dengannya.

Perkara itu dipersetujui pakar sosiologi dan antropologi, Prof Dr Abdul Rahim Md Nor yang bimbang jika ia berlarutan akan menyebabkan pertambahan jumlah gejala sosial.

“Dalam satu aspek, saya melihat pertambahan jumlah penduduk lelaki akan membawa kesan negatif kepada masyarakat iaitu kebarangkalian golongan itu terbabit dengan jenayah berat seperti pembunuh dan rompakan selain terbabit gejala sosial seperti samseng jalanan atau mat rempit. Ada kemungkinan juga wujud pertambahan kemalangan jalan raya kerana lelaki biasa memandu dengan agresif, sering timbul masalah di jalan raya dan laju,” katanya.

Dr Abdul Rahim yang juga Pengerusi Pusat Pengajian Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu berkata, beliau melihat apabila lelaki lebih ramai maka wanita mempunyai banyak pilihan untuk mencari suami yang lebih berkualiti.

Maka, katanya akan wujud persaingan di antara lelaki dan ini mewujudkan tekanan kepada mereka untuk dipilih menjadi suami.


NotakakisikukiriHD : heheh.. sedikit ke tu..? boleh tahan panjang tuh.. kalo korang berminat, sila la baca untuk kemaslahatan bersama.. info utk diri dan anak2 di masa dapan kekdahnya kan.. hahahaha.. hauu!

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27