Ceritera CINTA : Perkara yang Mungkin Anda Ingin Tahu


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Beberapa hal yang magis berkaitan cinta..

SATU
Cinta mampu mengubah hidup sa-sa-orang dengan sekelip mata, antaranya mampu membuatkan seseorang yang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya

DUA
Hanya dengan cinta seseorang yang tidak pernah senyum, pemarah dan panas baran boleh mengukir senyuman setiap saat.

TIGA
Cinta boleh menjadikan satu saat itu begitu membahagiakan, tetapi cinta juga sebenarnya boleh menjadikan satu saat itu begitu menyakitkan

EMPAT
Apabila berbicara soal cinta, tiada siapa pun yang mampu menjelaskan bagaimana rasanya sebuah cinta

LIMA
Saat mencintai seseorang, jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu sama seperti kamu mencintainya. Ini adalah kerana salah seorang di antara kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang

ENAM
Cinta bukanlah sekadar perasaan sayang-menyayangi semata-mata tetapi apa yang lebih penting, harus juga ada keikhlasan kerana perasaan sayang menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu saja

TUJUH
Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan. Ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam.

LAPAN
Bila saat kamu mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan. Bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan.

SEMBILAN
Kuatnya cinta itu ada kalanya boleh meruntuhkan gunung yang gah, bukit yang tinggi, lautan yang luas... mahupun meruntuhkan satu kerajaan! :)

SEPULUH
Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangan. Kekasih terbaik adalah sahabat yang hebat!

Sumber : Majalah Remaja

NotakakisikukiriHD: That is sooooooo true!

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27