Ceritera ILMU : Surah Al-Kausar


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Untuk manfaat kita bersama..

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi. Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad SAW kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah SWT makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah SWT bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah SWT akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

NotakakisikukiriHD : Mudahan diri ini juga sentiasa membasahkan lidah dan hati dan mendapat manfaatnya.. Aminnn

Comments

LoveHaterZ said…
InsyaAllah sama2 kita amalkan. Amin.
HaNi.Dew said…
Insya Allah.. mudahan beb!
Anonymous said…
I am really loving the theme/design of your blog.
Do you ever run into any browser compatibility problems?

A few of my blog visitors have complained about my website not operating correctly in Explorer but
looks great in Safari. Do you have any advice to help fix this issue?


Feel free to visit my site - weightloss clinic
Anonymous said…
Way cool! Some extremely valid points! I appreciate you writing this article plus the rest of the website is extremely good.



My web blog: african bush mango

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27