Posts

Showing posts from July, 2011

Salam Ramadhan 1432H

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Besok, bersamaan Isnin 1 Ogos 2011 kita semua akan menjalani ibadah puasa Salam Ramadhan buat semua rakan2.. semoga ibadah kita ini diberkati dan dirahmatiNya dan juga, semoga kita berjaya menjalani hingga ke akhirnya dan berjaya menyambut hari kebesaran ummat Islam... Mudahan, aminnnnn... NotakakisikukiriHD: Salam kemaafan juga dihulurkan buat semua rakan2... ;)

Bilangan Lelaki lebih ramai dari wanita, weh!

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Macam tak sangka kan? mungkin kebelakangan ini dan bebebebrapa tahun kebelakangan ini kadar kelahiran ke atas bayi lelaki adalah melebihi ke atas bayi perempuan.. so, bayi2 perempuan adalah bertuah utk mempunyai lebih pilihan! hahaha.. dan harapannya, bayi2 lelaki itu akan membesar menjadi seorang lelaki yg penuh hemah, penuh tanggungjawaban.. penuh ciri2 yang sesuai menjadi pelindung wanita.. ;) ok, petikan dari akhbar la sedikit.. KUALA LUMPUR: Lelaki berumur 15 tahun dan ke atas yang belum berkahwin adalah lebih tinggi jumlahnya berbanding wanita iaitu masing-masing 37.8 peratus dan 32.2 peratus mengikut data muktamad Banci Penduduk dan Perumahan 2010 yang diumumkan, kelmarin. Data itu juga menunjukkan penduduk berumur 15 tahun dan ke atas yang belum pernah berkahwin adalah 35.1 peratus manakala yang berkahwin 59.6 peratus. Namun, perkadaran lelaki dan perempuan yang berkahwin adalah hampir sama, masing-masing 5

Ceritera LELAKI : 8G pada lelaki yang tidak disukai wanita

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Hi kenkawan, salam menjelang Ramadhan (besok hari kita semua akan berpuasa, Insya Allah). Mudahan diberi keberkatan, dan berjaya menjalani ibadah ini kehujungnya.. ok, sebelum itu, mari kita kongsikan beberapa info... 8 G yang tidak disukai oleh perempuan ke atas seseorang lelaki ittew.. check it out here ;) 1. Garang ( garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh… macam ler dia betul semua, dsb) Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut. 2. Ganas (kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya) Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah? Wanita bukan lawan lelaki sebal

Lagi Pasal Bola ..

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Kelayakan Piala Dunia - M'sia vs Spore 28 July 2011 We loose! secara aggregat 6-4 walaupun seri 1-1 di SBNJ semalam huhuhu.. tapi takpe la... nk buat camana kan.. bukan rezeki kita utk melangkah ke pusingan yg seterusnya... kehilangan Safiq Rahim, Mat Yo dan Aidil turut dirasai what to do kan! bertabah semua, ok.. cheers! ;) Tapi... ada tapi okeh.. Pemain2 Singapore memang banyak gileerrrrr buat wayang!!! heh.. sikit2 jatuh, sikit2 sakit.. sikit2 terbaring, sikit2 cium rumput.. bluweekk! Apapun, kami tetap bersama HARIMAU MALAYA... Auuummmmm!! Ni sedikit gambo wayang depa.. huhu Lagi best, Apek a.k.a berada di kedudukan ketiga twiter tuh! wa wa waaaaa... tahniah oghe kapung kawe.. tahniah jugak buat pemain TRW neh.. ekekeke ;D man of the match - Khairul Fahmia a.k.a Apex Ok, ok.. sambung Meh meh, kita tgk gambo kek bawah neh.... sooo cuteee.. Inspirasi kanak-kana

Ceritera LELAKI : Zodiak dan Indeks Cemburunya

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Menarik tak topik kita kali ini..? Jika menarik, jom kita layannnn.... ;) Setiap insan yang dilahirkan pasti mempunyai perasaan cemburu. Tidak kira semasa zaman kanak-kanak, remaja mahupun di kala usia mencecah batas dewasa, perasaan cemburu tetap wujud dalam sanubari manusia. Bagi pasangan yang bercinta, cemburu sentiasa mewarnai hubungan kasih yang disemai bersama. Cemburu sering dikaitkan dengan kaum Hawa. Percaya atau tidak, lelaki juga mempunyai perasaan cemburu yang terselindung di sebalik egonya. Malah tanpa disedari lelaki zaman ini juga ada kalanya menyimpan perasaan cemburu yang mengatasi kaum perempuan. Jom kita lihat indeks cemburu kaum lelaki menurut bintang kelahiran... Capricorn Lelaki Capricorn mempunyai sikap yang pesimistik. Dia merasa rendah diri di dalam kehidupan. Apabila dia berasa cemburu, dia tidak akan tunjukkan pada kekasihnya sebaliknya akan mengeluarkan ketidakpuasan ini pada tempat lai

Edisi Jalan-Jalan: Trip di Kota Singa

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Hi kawan2... saja jer nak kongsi citer dan gambar sket masa kat Singapore aka Kota Temasek sepanjang minggu lepas... hish, keje dah sampai Jumaat baru nak post, nak haiii.. Trip ni keje sambil belajar.. hehe, bukan ingat sekolah ke lawatan sambil belajar? ini lawatan sambil keje daa.... daku ke sana dari 12 July - 17 July'11. My boss yg sangat baik hati bagi tiket penerbangan pergi balik lak tu... owh tima kasih boss! *tima kasih daun keladi* hihihiiiii~~ aritu pi Phuket den naik Air Asia, aritu lak den naik Tiger Airways... ntah bila masa nak pakai MAS pulak kan... next trip, perhaps.. :P Aktiviti seharian penuh, sedari sampai sehingga menjelang pulang... a tiring but memorable moment! Best! Sementelah aku ke sana kebetulan perihal-perihal BERSIH ni baru berlalu kan.. op coz la soklan tu yg paling banyak aku terima.. sedari jejak kaki di airport, sampai la balik ke airport.. dan paling takle