Monday, January 30, 2012

Ceritera CINTA : Perkara Lebih Mujarab dari I Love U! - part 1




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



Ok, aku ada baca satu artikel kek satu majalah ni..
Aku rasa, bagus untuk dikongsi2 bersama..

Jom tgk bawah!

SATU
Di suatu pagi hari minggu, bestkan tarik selimut.. pejam mata rapat2.. bangun lambat2 dan bermalas2an.. owhh, owh bestnyaaaa... Tapi, jangan lupa solat Subuh.. pastu sama2 menyarung kasut getah dan berjalan beriringan sambil menghidup udara segar. Nak berlari2 kecilan punnn boleh... Hati rasa nyaman, fikiran pun tenang.. Kasih sayang pun melimpah.. cubalah!

DUA
Kalau malas berjalan kaki, atau belari.. apakata beli sepasang basikal? Langkah pun lebih pantas sambil mencipta momen manis bersama.. hehe

TIGA
Dia sedang bertempur dengan kerja penting di pejabat. Makan tengahari pun entah ada entahkan tidak.. Jadi, apa salahnya kan kalau telefon budak penghantar pizza barang sekotak dua.. Dia pasti terkejut dan gumbira.. malah, rasa terharu dan lebih sayang padamu... perhaps.. :)

EMPAT
Kucup pipi atau tangannya setiap kali sebelum berpamitan. Jadikan ini amalan setiap hari

LIMA
Beri ruang kepada pasangan jika dia sedang berduka. Selagi dia belum bersedia mencurah rasa kepadamu, janganlah sesekali memaksa atau menekannya

ENAM
Semburkan sedikit haruman yang biasa kamu gunakan setiap hari itu ke tulang kolar atau dadanya. Biar dia terigau-igau dan terkenangkan kamu setiap kali aroma itu semerbak! ngeee

TUJUH
Kucup ubun-ubunnya sebelum tidur. Semoga tidurnya nanti bertemankan mimpi indah

LAPAN
Jika kami seorang yang kreatif, buatkan kalendar yang memuatkan foto kamu berdua dengan aksi yang berlainan setiap bulan. Kemudian hadiahkan kepada yang tersayang

SEMBILAN
Senaraikan 10 momen terindah yang tidak bisa dilupakan tatkala kamu berdua-duaan, lalu serahkan senarai itu kepada si dias ebagai tanda kenangan

SEPULUH
Sedang korang bercakap mengenai saluran paip rumah yang bocor, atau sinki yang tersumbat dan harus dibaiki; segera genggam tangannya, minta dia berhenti barang sebentar, lalu renung ke dalam matanya dan cakaplah "i love you". saya takkan berhenti menyintai kamu barang sesaat, dan saya bersyukur kita berdua dijodohkan." dan lihat reaksi dia bagaimana.. samada terharu mahupun terkedu.. mungkin juga dia cakap kamu dah gila.. hehehe!

Meraban

Tiap kali pergi pasar malam, mesti habis duit... nyampas..

Ok, seb baik besok lusa aku dah nak balik kampungs sat kan.. jimaaatt la sikit.. kalo tak 2 3 jenis buah dah ada untuk stok di rumah.. :P kononnya la kan.. kadang2 habis.. kadang makan nya sikit.. pastu dibuang, haish..

Ok, mari kita lihat apa hasil buangan dan tidak perlu untuk hari ini

1. Laksam (dengan telur burung dan serunding.. yummyyyy) - RM 4-00
2. Rangka ayam - nak yg garing - RM 2-50
3. Keropok - RM 2-00
4. Tudung bawal two tone (kaler peach) - RM 10-00
5. Anak tudung bawal (hitam, hijau, pink & dark purple) - RM 30-00

hurm.... hurmm... perlu ke beli tudung dan anak tudung tu? perlu ke?
so total up belanja untuk malam ini sahaja di pasar malam=RM 48.50

syabbas bettey! huhuhuu...

welll... itu la pompuan.... menyamfahhhh!!!
sebab tu i hate pergi pasar malam.. (ok, ini alasan semata) ekekekeke.. :P

Ok la.. chiow...

Mari dengar satu cerita : Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.

Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan”
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan:

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”


Sujudlah kepadaNya tanpa alasan

Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.

hasil perkongsian dari : FB dunia macam-macam

Tuesday, January 10, 2012

Ceritera CINTA : Tanda Cinta Semakin Pudar!



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



♥ Malas angkat telefon..
♥ Taip sms pun pendek2 jer..
♥ Dengan orang lain dia boleh cakap ‘single’..!
♥ Bagi alasan.'awak nie terlalu baik untuk saya.saya tak layak untuk awak.'
♥ Bila kita cakap “i love u”, dia balas ‘K” ja..?!!
♥ Ada apa-2 hal asyik cakap malas, malas, malasss ja..
♥ Sudah pandai bergurau secara kasar n menyakitkan hati..
♥ Dia dah x kisah kalau tak jumpa pun..sebulan x jumpa lagi bagus..
♥ Apa kita buat dah tak betul dimata dia..
♥ Dia nampak kelemahan kita lebih dari kebaikan..
♥ Dia dah tak kisah apa yang jadi pada kita..
♥ Susah nak senyum @ gurau2 macam dulu-dulu..
♥ Dulu-dulu asal nak keluar dating jer mesti nak pakai baju matching..sekarang dah taknak.. rimas katanya..poyo plak dah katanya sekarang..
♥ Dulu boleh jer bergayut berjam-jam.. sekarang 5 minit pun susah,..katanya hp cepat panas...

Saturday, January 7, 2012

Mari Layan Lagu : OST DDLJ - Dilwale Dulhania Le Jayenge

Kita layan lagu Hindustan la pulak yek..

Suuuuka sangat lagu ni...
sapa penah nampak muka org tuuuu jer
tgk org lain pun nampak muka dia..?
tgk sana nampak dia... tgk sini pownn nampak dia..
sapa? sapaa....? musti selalu kann, esp. org yg dalam DAP, ngeeeee




update : meh kita tambah lagi lagu2 dari DDLJ ini.. layannnn  <---- update on 23 Apr'12

info : Filem DDLJ ni pertama kali ditayangkan pada tahun 1996... namun kembali 'boom' selepas Kuch Kuch Hota Hai (KKHH) yang meletp pada tahun 1998 - note : aku suka DDLJ lagi,, hehe

































Ceritera CINTA : Cara mengembalikan kemanisan dalam alam rumahtangga




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Ok, tips cinta lagi..
tapi, dalam alam berumah tangga pulak ya..

cekidout!

1. Cuit-cuit
Yang ini boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kalau lihat si dia sibukdan kelihatan tertekan serta tegang semasa sedang membuat kerja,cuit-cuitlah dia sikit. Mungkin cara ini boleh mengurangkan sedikit rasastresnya. Tapi sebelum cuit, tengok dulu kerja apa yang sedangdibuatnya. Kemudian fikirkan, jika semasa anda gangu itu, okey ke tidak?Bukan apa, bimbang nanti kalau tidak kena gayanya, bukan untukmenambahkan kemesraan, tetapi pelempang pula naik ke muka. Bukankah nayanamanya.

2. Kenyit-kenyit.
Satu lagi, sekali sekala kenyit-kenyitlah sedikit mata itu pada yangtersayang. Masakan anda terlupa bagaimana hendak mengenyitkan mata.Buatlah seperti semasa waktu mengurat dulu. Mesti seronok mengusik sidia dengan cara ini. Respons dia juga tenu menggembirakan hati anda.

3. Ops, maaf terpegang.
Tidak salah rasanya kalau minta tolong pasangan ambilkan barang kemudian semasa dihulurkan barangan itu, ambil tangannya, bukan ambil barang itu. Lepas itu, pandai-pandailah minta maaf, ‘ops, maaf terpegang, tak sengaja’. Kalaulah ini anda lakukan, pasti si dia akan melirik manja pada anda. Aduh, boleh cair jadinya.

4. Mandi tanpa tutup rapat pintu bilik air.
Satu lagi cara hendak menarik perhatian si dia. Tetapi sebelum itu,pastikan bahawa tiada orang luar yang berada di rumah anda dan ketika itu anak anda sedang tidur. Jika tidak, susah untuk anda melakukannya. Sekali sekala, semasa mandi, biarkan pintu terbuka sedikit tetapi jangan besar sangat. Bukalah cukup-cukup untuk si dia melihat anda seperti mengendap. Bukan apa, kalau nampak sikit kan lebih menyeronokkan daripada nampak banyak. Kemudian, buatlah macam anda tak perasan pintu tu tak berkunci. Barulah ada ‘ummphhh!’

5. Tersentuh tangan.
Kalau duduk sebelah menyebelah, rajin-rajin gerakkan tangan, kononnya tersentuh. Lepas itu minta maaf seperti anda tidak sengaja. Mesti seronok menyakat si dia dengan cara ini.

6. Urut mengurut.
Sekali sekala, apa kata kalau anda urut-urut manja badan pasangan anda. Lakukanlah pada bila-bila masa sahaja. Misalnya, ketika menonton televisyen atau semasa berbual-bual. .

7. Usik melalui telefon.
Sekali sekala, apa kata jika anda mengusik si dia dengan menelefonnya dan berpura-pura hendak bercakap dengan seseorang. Anggaplah seperti orang salah nombor.. Lepas itu, usik-usiklah dia, biar dia marah. Bila sudah sampai ke kemuncak perbualan dan si dia memang dah marah pada anda perkenalkan lah diri anda.. Tentu menarik. Tetapi perlulah kena gaya dan waktu agar gurauan anda itu boleh diterima. Silap gaya , anda pula dimarahinya.


8. Suapkan makanan.

Bukan anak sahaja makan nak kena suap.. Si dia pun sekali sekala nak juga rasa makan bersuap. Alahai, macam masa makan beradap ketika bersanding dulu. Jadi tunggu apa lagi, suapkanlah si dia. Barulah mesra.

9. Betul-betulkan rambut.
Kadang-kadang terlalu sibuk buat macam-macam kerja, diri sendiri pun kurang terurus. Jadi pandai-pandailah ambil kesempatan. Kalau rambut si dia terjurai sehingga menutup matanya, betul-betulkanlah rambut tu. Buat dengan lembut. Kemdian hadiahkanlah si dia dengan ciuman. Wah, romantiknya........

10. Jalan macam itik pulang petang.
Asyik berjalan laju saja, macamana nak tarik perhatian si dia? Apa kata, cuba ubah cara anda berjalan. Biar lembut dan sedikit melenggok. Barulah terancam si dia memandang.

11. Nak masukkan gear…ops, terpegang tangan.
Walaupun cara ini dah agak basi, tetapi masih relevan untuk diamalkan. Nampak macam drama swasta tak apa. Janji anda bahagia. Alah, apa salahnya kalu terpegang. Dah sah pun.Tetapi pastikan adegan ini hanya dilakukan sewaktu anda berdua sahaja berada di dalam kereta.

12. Ops… tuala terlepas
Jika si dia berada dalam bilik semasa anda ingin salin baju selepas mandi, ambillah kesempatan ini. Buat-buatlah macam tuala terjatuh semasa hendak pakai baju. Pasti terbeliak matanya melihat anda. Bukan tidak biasa tetapi tidak sangka. Lepas itu, terpulanglah kepada anda….

13. Jeling-jeling
Kalau tenung lama-lama nanti oang marah. Dalam masa yang sama, mereka tentu rasa tidak selesa. Untuk tidak menyakit kan hati orang sebaliknya menambat hati si dia, apa kata anda jeling-jeling manja padanya terutamanya ketika dia sedang asyik membaca surat khabar contohnya. Mesti konsentrasinya terganggu. Dan perhantiannya tentulah beralih pula pada anda.

14. Gesel-gesel
Kalau berjalan di tempat sempit, janganlah malu-malu untuk bergesel dengan si dia. Tak payahlah hendak elak-elak. Lagi rapat lagi bagus.Barulah mesra namanya. Selain meningkatkan kemesraan, cara ini juga boleh dijadikan mukadimah untuk hubungan seterusnya…

15. Cubit-cubit
Cubitan itu biarlah cubit-cubit sayang. Janganlah pula melampau sampai merah telinga kawan itu menahan sakit. Bimbang nanti, lain pula jadinya. Elok- elok hendak bermesra, tup tup bertukar jadi perang. Tak ke kes naya jadinya.

16. Hembusan lembut pada telinga.
Walaupun nampak macam biasa, cara begini jarang dipraktikkan. Jika duduk bersebelahan dengan si dia, hembuslah lembut pada telinganya. Pasti hatinya tersentap. Jangan tunggu lama-lama. Apa kata hari ini, balik ke rumah dan anda lakukanlah taktik ini dan pasti pasangan anda terasa dirinya lebih disayangi.

17. Ciuman di dahi
Yang ini, kalau diamalkan pasti ramai yang cemburu. Apa tidaknya. Wah, mesranya pasangan tu. Jadi tunggu apa lagi, buatlah cepat, tidak perlu tunggu- tunggu lagi.

18. Sembur wangian pada bilik.
Bukankah kita semua tahu, rumah adalah syurga sesebuah keluarga. Oleh itu pastikan rumah anda sentiasa bersih dan wangi. Dengan cara ini, setiap kali melangkah kaki masuk ke rumah, hati anda pasti tenang. Bila dah tenang, mudahlah untuk ke adegan yang seterusnya.

19. Tolong betulkan baju
Waktu bersiap untuk ke pejabat adalah antara masa yang paling sibuk.. Tidak dinafikan saat itu memang tegang. Masing-masing terkejar-kejar, takut lambat ke pejabat. Bagi yang inginkan kemesraan suami isteri, ambil peluang saat sedang sibuk itu dengan tolong si dia betul-betulkan pakaiannya. Biar lagi kemas. Barulah boleh digelar pasangan bahagia.

20. Bisikkan kata romantik pada telinganya.
Bisikkan kata-kata romantik pada telinga si dia. Mesti senyum lebar si dia.

Selamat mencuba.

NotakakisikukiriHD : take note! :)

Ceritera ILMU : 7 Sunnah Rasul Yang Perlu dijaga


لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:




Pertama: Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Petikan : Islam Itu Indah

NotakakisikukiriHD : Sesungguhnya selaku seorang insan diri ini seringkali lalai.. Sebagai paparan untuk manfaat kita bersama agar tidak jauh dariNya

Friday, January 6, 2012

Salam Ukhuwah!

Hi, Salam Ukhuwah dan salam tahun baru 2012
dan lepas 6 hari baru nak ucap salam tahun baru kan.. aiyooo...!

Hurm, berubahnya dan beralihnya setahun lagi kita, maka seiringan itu, maka meningkatlah lagi usia kita ke arah dan aras yang lebih matang, mudah-mudahan :)
Alhamdulillah, masih dipanjangkan usia kita..

Apa azam tahun baru? For me, nope.. malas nak berazam ni.. yang akhirnya di brought forward.
so tahun ni, saya start gone with the flow. :) tak perlu nak tunggu tahun baru nak berazam kan..? Janji dalam diri kita sudah tahu apa yang kita mahu... and work for it!

Biasa la, tak mahu bebel panjang2.. We stop for now.

Till we meet again.

Salam.

-Dew-

Thursday, January 5, 2012

Ceritera CINTA




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


♥ Kata Najwa ---->> Cinta Muka Buku ♥

♥ Kata Rangga ---->> Ada Apa Dengan Cinta ♥

♥ Kata Radja ---->> Benci Bilang Cinta ♥

♥ Kata Agnes Monica ---->> Cinta Tak Ada Logika ♥

♥ Kata Polis ---->> Cinta Itu Sukar Ditangkap ♥

♥ Kata Ustaz ---->> Cinta Itu Anugerah ♥

♥ Kata Doktor ---->> Cinta Tak Dapat Diubati ♥

♥ Kata Guru ---->> Cinta Tak Boleh DiPelajari ♥

♥ Kata Hakim ---->> Cinta Tak Boleh Di Hukum ♥

♥ Kata Orang ---->> Cinta Itu Indah ♥

♥ Kata Ulama ---->> Cinta ALLAH Yang Abadi ♥


Sumber : FB Islam Iman Ihsan