Monday, January 30, 2012

Ceritera CINTA : Perkara Lebih Mujarab dari I Love U! - part 1




السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



Ok, aku ada baca satu artikel kek satu majalah ni..
Aku rasa, bagus untuk dikongsi2 bersama..

Jom tgk bawah!

SATU
Di suatu pagi hari minggu, bestkan tarik selimut.. pejam mata rapat2.. bangun lambat2 dan bermalas2an.. owhh, owh bestnyaaaa... Tapi, jangan lupa solat Subuh.. pastu sama2 menyarung kasut getah dan berjalan beriringan sambil menghidup udara segar. Nak berlari2 kecilan punnn boleh... Hati rasa nyaman, fikiran pun tenang.. Kasih sayang pun melimpah.. cubalah!

DUA
Kalau malas berjalan kaki, atau belari.. apakata beli sepasang basikal? Langkah pun lebih pantas sambil mencipta momen manis bersama.. hehe

TIGA
Dia sedang bertempur dengan kerja penting di pejabat. Makan tengahari pun entah ada entahkan tidak.. Jadi, apa salahnya kan kalau telefon budak penghantar pizza barang sekotak dua.. Dia pasti terkejut dan gumbira.. malah, rasa terharu dan lebih sayang padamu... perhaps.. :)

EMPAT
Kucup pipi atau tangannya setiap kali sebelum berpamitan. Jadikan ini amalan setiap hari

LIMA
Beri ruang kepada pasangan jika dia sedang berduka. Selagi dia belum bersedia mencurah rasa kepadamu, janganlah sesekali memaksa atau menekannya

ENAM
Semburkan sedikit haruman yang biasa kamu gunakan setiap hari itu ke tulang kolar atau dadanya. Biar dia terigau-igau dan terkenangkan kamu setiap kali aroma itu semerbak! ngeee

TUJUH
Kucup ubun-ubunnya sebelum tidur. Semoga tidurnya nanti bertemankan mimpi indah

LAPAN
Jika kami seorang yang kreatif, buatkan kalendar yang memuatkan foto kamu berdua dengan aksi yang berlainan setiap bulan. Kemudian hadiahkan kepada yang tersayang

SEMBILAN
Senaraikan 10 momen terindah yang tidak bisa dilupakan tatkala kamu berdua-duaan, lalu serahkan senarai itu kepada si dias ebagai tanda kenangan

SEPULUH
Sedang korang bercakap mengenai saluran paip rumah yang bocor, atau sinki yang tersumbat dan harus dibaiki; segera genggam tangannya, minta dia berhenti barang sebentar, lalu renung ke dalam matanya dan cakaplah "i love you". saya takkan berhenti menyintai kamu barang sesaat, dan saya bersyukur kita berdua dijodohkan." dan lihat reaksi dia bagaimana.. samada terharu mahupun terkedu.. mungkin juga dia cakap kamu dah gila.. hehehe!

No comments: