Sunday, April 22, 2012

Ceritera CINTA : Cara Untuk Mendapat Cinta Sejati Dari Lelaki


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Hati perempuan takut untuk membuat pilihan, takut tersalah pilih. Namun, mungkin juga perempuan harus mengubah diri dahulu sebelum menerima cinta daripada si lelaki.
Sesetengah sifat mungkin hanya akan menjengkelkan para lelaki, namun ada juga sifat yang boleh menarik perhatian mereka secara tidak langsung.

Pertama : Berhenti Jual Mahal

Untuk membuatkan lelaki yang anda sayang terpikat dengan anda, anda perlu berhenti jual mahal dan beri dia ruang untuk hampiri anda. Lelaki selalunya akan mula jauhi wanita yang selalu jual mahal.
Ada juga yang tidak pernah putus asa tetapi dia akan mula jauhi anda apabila dia terjumpa wanita yang boleh menerima dia. Berikan dia peluang untuk buktikan cinta dia terhadap anda.

Kedua : Jangan Terlalu Berharap Memiliki Lelaki Yang Sempurna

Lelaki yang sempurna tidak wujud tetapi anda boleh wujudkan lelaki sempurna untuk diri anda. Anda boleh bantu lelaki yang anda suka untuk jadi lelaki sempurna buat diri anda.
Dari sini, anda akan dapat cinta yang suci dari pasangan anda.

Ketiga : Sentiasa Menjaga Penampilan Diri

Apabila anda jaga penampilan diri dari segi pakaian dan tutur kata, lelaki akan hormat pada diri anda. Seterusnya lelaki akan mula berminat untuk hampiri anda dan berikan anda cinta yang ikhlas.
Jika anda bersihkan diri dan hati anda, anda pasti akan terima cinta yang suci dari seorang lelaki.

Keempat : Berikan Peluang Pada Setiap Lelaki Yang Ingin Hampiri Anda

Apabila ada lelaki yang ingin hampiri diri anda, berikan dia peluang untuk kenali diri anda. Saya pasti, akhirnya anda akan dapat menemui cinta sejati dari lelaki yang benar–benar ikhlas ingin menjaga dan mencintai diri anda.
Apa yang pasti, wanita harus tahu apa yang diinginkan oleh diri mereka. Seterusnya barulah mereka boleh membuat pilihan yang tepat dalam memilih pasangan hidup akan lelaki yang benar-benar mencintai mereka.

No comments: