Ceritera Lelaki : Fakta Pasal Jejaka




SATU
Q :Apakah lelaki akan perasan jika berat badan si buah hati naik?
A :Lima paun tidak, 10 paun ya!


DUA
Q :Apa perkara yang membuatkan kamu kurang berkeyakinan diri sewaktu "bersama" dengan isteri di kamar?
A : Si dia berlakon yang dia sudah "puas" namun sebenarnya tidak


TIGA
Q : Petanda burukkah jika lelaki enggan membayar sewaktu janji temu pertama?
A: Tidak semestinya - ada jejaka yang menghargai wanita turut berkongsi bil


EMPAT
Q : Bila wanita kata "tidak mengapa, semua okay", lelaki betul2 percayakah?
A : Mungkin tidak. Kajian menunjukkan lelaki kurang sensitif membaca emosi wanita, tetapi ayat kamu itu ibarat 'red flag'


LIMA
Q : Bagaimana nak buat kekasih dan rakan lelaki saya berkawan rapat?
A : Ajak mereka menonton bola, pastikan pasukan yang mereka sokong adalah sama 


ENAM
Q : Bilakah lelaki anggap sesuatu hubungan itu sudah di tahap serius?
A : Bila dia sudah tidak berminat tengok wanita lain


TUJUH
Q : Apakah cara terbaik untuk ceriakan si dia yang sedang murung?
A : Dia mungkin tidak mahu diceriakan, tanya dulu apa yang berlaku. Lupakan jika dia tidak mahu bercerita


LAPAN
Q : Bila dia ajak lepak dengan rakan2nya, itu betul2kan atau ajak2 ayam?
A : Jika dia guna ayat seperti "you bolehlah ikut sama kalau nak" itu ajak2 ayam sahaja namanya okeh..


SEMBILAN
Q : Adakah lelaki suka jika wanita memulakan langkah pertama?
A : Lelaki biasanya suka mengejar!


SEPULUH
Q : Kenapa lelaki tidak berselindung bila perhatikan wanita lain?
A : Dia lebih rela dapat belek susuk tubuh wanita dan 'ditangkap' merenung, daripada sorok-sorok dan tak dapat tengok apa-apa!


SEBELAS
Q : Bila waktu sesuai untuk terus terang kepada si dia yang saya pernah curang?
A : Tidak perlu, kerana pengakuan sebegitu hanya akan membimbangkannya


DUA BELAS
Q :  Kenapa si dia sukar nak perasan jika saya potong rambut?
A :  Dia terlalu fokus kepada keseksianmu dan bukan perkara kecil seperti stail rambutmu


TIGA BELAS
Q : Jadi kenapa pula dia terus perasan bila tali baju dalam saya terlondeh?
A : Kerana itulah bahagian tubuhmu yang dia beri fokus penuh!


EMPAT BELAS
Q : Selepas janji temun pertama, apa yang lelaki akan ceritakan pada kawannya?
A : Jika perhubungan itu tidak bermakna, kesemuanya akan diceritakan. Jika dia beminat untuk perhubungan lebih bermakna - dia akan diamkan sahaja


LIMA BELAS
Q : Adakah ini bermakna selepas lama dalam perhubungan, barulah si dia akan buka cerita pada kawannya?
A : Paling kuat pun, si dia akan bercerita sedikit sahaja. Lebih dari itu akan membuatkan kawannya berminat dengan kamu pula.


ENAM BELAS
Q : Adakah jejaka sedar kekurangan fizikal?
A : Ya - lelaki sering membuat perbandingan


TUJUH BELAS
Q : Buah hati saya tidak gemar bermanja. Perlukah saya risau?
A : Tidak, ini normal, kecuali jika kamu minta dan dia buat bodoh. Ini tandanya dia tidak mementingkan kamu


LAPAN BELAS
Q : Bagaimana nak tahu jika dia dah lupakan perhubungan kecundang yang lalu?
A : Bila dia dapat berterus terang tentang apa yang berlaku


SEMBILAN BELAS
Q : Kenapa si dia pura-pura seperti tiada apa berlaku selepas insiden mood gilanya
A : Berpura-pura lebih mudah daripada kena menjelaskan perasaannya


DUA PULUH
Q : Kenapa susah sangat lelaki nak ingat tarikh lahir atau ulang tahun?
A : Sebab lelaki rasa wanita obses dengan tarikh tersebut, jadi dia tak perlu susah payah ingatkan dirinya



Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27