Doa Solat Sunat Dhuha
Maknanya :
“Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hambaMu yang soleh.”
Ameen Ya Rabb
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-
Maksudnya :”Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” - Hadis riwayat Al-Bukhari dan MuslimWaktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik. Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu.
Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota
seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap
takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah
(sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat
Dhuha .” – Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. lagi
“Sesiapa mengerjakan solat sunat Dhuha sebyk 12 rakaat, dibaca pada
tiap2 rakaat surah Al-Fatihah sekali, ayat Kursi sekali, Al-Ikhlas
sekali, nescaya turun dari langit 70 ribu malaikat yang membawa
bersama-sama mereka beberapa keping kertas yang putih serta beberapa
pena daripada nur, sampil mereka menulis baginya sejumlah kebaikan
sehingga hari yang ditiupkan sangka kala (kiamat).”
Dinyatakan, waktu mendirikan solat sunat Dhuha
adalah selepas matahari naik sepenggalah atau lebih kurang setengah jam
selepas Syuruq sehingganya masuk waktu Zuhur.
Bilangan rakaat tidak ditetapkan. Boleh 2, 4, 6, 8, 12. Tiap2 dua
rakaat satu salam. Rakaat pertama disarankan membaca Al-Kafirun (selepas
Al-Fatihah) dan rakaat kedua, surah Al-Ikhlas.
Lafaz niat: Usholli sunnatadh dhuhaa rak’ataini lillahi taala
Dan di akhiri dengan doa yang terdapat di atas.
Nota :
Bacaan dalam solat : satu - baca 10x ayat Kursi dirakaat pertama dan 10x surah Qul huwallah selepas Fatihah. Insya Allah akan mendapat keredhaan Allah. Wallahualam.
Bacaan dalam solat : satu - baca 10x ayat Kursi dirakaat pertama dan 10x surah Qul huwallah selepas Fatihah. Insya Allah akan mendapat keredhaan Allah. Wallahualam.
dua - Disunatkan membaca surah (Wadhuha wallaili iza saja atau
Wasyamsiwadhuhaha-)- rakaat pertama, rakaat kedua surah insyirah (alam
nashrah lakasadrak)
tiga - surah al-Waqiah
sumber : Islam Itu Indah
tiga - surah al-Waqiah
sumber : Islam Itu Indah
No comments:
Post a Comment