Ceritera Bola : Kelantan Juara Piala FA 2012


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


19 May 2012
Bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil

Ok, Klate dah menang dah utk merebut Piala FA 2012 ini setelah mencuba nasib untuk kali ketiga selepas  berjaya bergelar Naib Johan pada tahun 2009 dan 2011 yang lalu.. Yeahh...!! Tahniah! Tahniah TRW! Tahun ini Kelantan berjaya merangkul gelaran Juara setelah menewaskan team dari Kelab Sime Darby dengan kemenangan 1 berbalas 0.

Serius cakap, game final antara TRW dan Sime Darby ini tidak menghiburkan pun, huhu.. tidak seperti yang diharapkan dan dinantikan oleh lebih kurang 100,000 crowds  yang memenuhi hampir kesemua ruang tempat duduk mahupun yang ditonton di kaca TV melalui siaran secara langsung. Malah, game pusingan kedua dengan Lions X11 jauh lebih best la..!

Apapun, Kelantan tetap berjaya menjadi juara kan! Melalui sepakan penalti berjaya disempurnakan dengan tenang oleh pemain import dari Lubnan, Mohamad Ghaddar, pada minit ke 58' setelah seorang lagi pemain import, Nwaheri dijatuhkan dalam kotak penalti.

Permainan di separuh masa pertama agak perlahan, namun agak rancak di separuh masa kedua. Malam itu turut menyaksikan ramai pemain mengalami kekejangan otot oleh kedua belah pasukan. Umpama melihat acara diving di tengah padang la pulokkk ;D  Kelantan sahaja menggunakan kesemua pemain gantian seawal setengah jam pertama lagi setelah pemain pertahanan kental, S. Subramaniam cedera setelah disiku dan dijatuhkan oleh pemain import Sime Darby, Patrick Ronaldinho. Rizal Fahmi Rosid dimasukkan untuk mengganti Subra, kemudian Nurul Azwan Roya dimasukkan untuk menggantikan S.Chanturu dan Farisham menggantikan (lupa dah siapa-nanti ingat ai tulis balik naa, haha) di separuh masa kedua.

Mata berkekalan sehingga tamat permainan dengan masa tambahan 4 minit untuk masa kecederaan. 2 minit sebelum masa tamat dan wisel dibunyikan, hampir kesemua penyokong bangun (termasuk aku, hehe) dan menonton baki perlawanan secara berdiri. Dah tak sabar menunggu wisel penamat dibunyikan.

Selepas wisel penamat ditiup.. stadium riuh rendah dengan sorakan dan gema dari tidak kurang 90,000 penyokong TRW ini-dari pengamatanku-. Selepas itu kami beransur pulang dengan senyuman gumbira, namun tenang. Pendapatku, jikalau kemenangan semalam dengan permainan cantik dan best, aku rasa para penyokong malam tadi akan lebih ceria, gumbira dan beria sesangat! serius!), namun kami memahami kerna keadaan padang yang tidak cantik menyebabkan permainan terbatas, kan kan... he he heeee....

Anyway, aku the 4 beradiks menonton bersama.. bersama beberapa orang kawan2 mereka yang lain.

Jom la layan serba sikit gambau yang berjaya ditangkap pada malam itu. :)

NotakakiHD : Semoga Kelantan juga berjaya mara ke final Piala Malaysia lagi hujung tahun nanti ! dan berjaya merangkul juara Liga Super, dan mendapat tempat paaaaling baekk di Piala AFC nanti. Aminnnn..



perarakan Piala FA di Kelantan
credit to page : Kelantan Darul Naim

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27