Friday, May 4, 2012

Ceritera Bola : Yeayy!! TRW won! 3-0 Kelantan vs LionsX11



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~


Haih, lama tak hapdet pasal bola kan..

Malam ini merupakan perlawanan timbal balik, pusingan kedua Liga Super, Piala Malaysia, antara my favourite team - mana lagi - TRW la.. aka tanah kelahiranku Klate.. hehe dengan Kelab dari Singapore, LionsX11. Sewaktu di pusingan pertama awal musim ini, Kelantan sudah berjaya menewaskan LionsX11 di gelanggang mereka di Stadium Jalan Besar. Kini menang lagi di gelanggang sendiri, di stadium keramat, SSM1V, Kota Bharu.

Babak separuh masa pertama menampilkan perlawanan dan kawalan serta serangan yang mantap dari kedua-dua pasukan. Beberapa percubaan dan babak menarik dari kedua pasukan, tidak dilupakan - 2 kali pergelutan yang sangat-sangat-sangat mencemaskan di depan pintu gol Kelantan - dari LionsX11, namun cam biasa la.. hero kita Khairul Fahmi Che Mat aka Apex membuktikan dia memang penjaga gol no. 1 Kelantan dan jugak Malaysia. Separuh masa pertama berakhir dengan keputusan seri 0-0 sama.

Separuh masa kedua menampilkan aksi menarik dari tuan rumah - my love love love state - Kelantan, yang mana berjaya mendapat 3 gol paling bermakna di minit ke 73' (S. Chanturu) , 77' (Nurfarhan Muhamad), dan 84' (Rizal Fahmi ). Ketiga-tiga gol memang bertaraf 'world class' lah! 

Ekceli, perlawanan malam ini lebih merupakan perlawanan di antara 2 negara (Kelantan yang mewakili Malaysia menangani SingaPura-pura-hehe!). Dengan itu, komen2 dan analisis yang dikomen di channel Astro Arena memang memuji-muji lah aksi Kelantan malam ini! Bak kata seorang kawan.. malu tau.. lemas dengan pujian malam ini.. hahahahaah

Kuat la ngepong klate pengulas 3 orey nih.. Segan i tau! :-)
· · · 32 minutes ago ·

  • You and 2 others like this.

    • Park Chu Vee Meta meney dgn singo poro gak

    • Hani. Dew tau la.. kuat sungguh... :D

    • Ahmad Fadhli Mohd Lube hidung kembey kecut kembey kecut! Ahaks!

    • Suhairi Suhaimin Hahahah... Lemas i.. Cukup2 la tu..

    • Ahmad Fadhli Mohd Well... u deserve it! Tahniah TRW!

    • Park Chu Vee Mlm nie lena molek tidok,esok senyum sape kor telingo terrrrr

    • Suhairi Suhaimin Tido male ni pun sengih x tutup doh mulut.. Hahaha
      23 minutes ago · · 1

    • Wan Zamani Wan Abdullah kalu time aku tok gi stadiung gak bene byk sokmo...:-D
      4 minutes ago ·
      Ok la.. kita saksikan klip goal ini.. bila dah ada yang lain ai update lagi.. jom layannnzzzz


No comments: