Saturday, June 16, 2012

5 Bahasa Tubuh Yang Menjadikan Seseorang Menarik


~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



1. TAMPILKAN keyakinan walaupun perasaan takut didalam- Sesiapa yang berkeyakinan pasti akan menarik minat pada sesiapa yang melihatnya. Seseorang yang berkeyakinan selalunya berdiri tegak, bahu yang sedikit terangkat dan dada yang terbuka. Mereka juga akan berjalan lebih laju sedikit daripada orang kebiasaan. Selain daripada itu orang yang berkeyakinan akan kurang mengerdip mata mereka. Pada kebiasaannya seseorang akan mengerdip mata anta 8 hingga 16 kali setiap minit. Ada pendapat pakar menyatakan sekiranya mengerdip mata sebanyak kurang daripada 6 kali, ia menunjukkan mereka seorang yang tenang.

2. Kenali isyarat yang menunjukkan seseorang tertarik pada anda- Walaupun tidak diluahkan dengan kata-kata, tetapi anda pasti dapat mengagak pada seseorang yang tertarik pada anda melalui tingkahlaku mereka. Beberapa contoh yang menunjukkan seseorang berminat adalah seperti mengambil berat, cuba dapatkan perhatian dari seseorang, dan sebagainya. Tanda-tanda ini mungkin kelihatan jelas, mereka mungkin ingin menyampaikan sesuatu objektif secara tersirat. Ianya amat penting khususnya lelaki dan akan membuatkan mereka lebih menarik.

3. Elakkan membuat isyarat yang membuatkan orang lain tidak selesa- Sebagai contoh adalah ketika seseorang sedang bercerita atau meluahkan sesuatu perasaan, jangan membuat kerja lain yang akan membuatkan mereka tidak selesa. Mereka mungkin akan merasakan kehadiran mereka mengganggu anda. Sekiranya anda betul-betul tidak ingin diganggu berterus terang sahaja daripada melakukan isyarat yang menyinggung perasaan. Ini kerana dengan menunjukkan isyarat akan memberi kesan lebih mendalam daripada anda berterus terang.

4. Jangan tunjukkan anda seorang yang gelojoh atau terdesak- Seseorang yang gelojoh atau terdesak untuk mendapatkan sesuatu pasti dapat dikesan. Ini kerana kebiasaannya mereka akan cuba dengan cara memaksa tanpa mereka sendiri sedari. Ia juga menunjukkan gambaran awal pada orang lain bahawa mereka adalah golongan yang kurang mendapat perhatian dan kasih sayang. Walaupun anda terlalu minat terhadap sesuatu jangan sesekali tunjukkan gelojoh atau terdesak kerana dikhuatiri anda pula akan dimanipulasi oleh orang lain yang mengmbil kesempatan terhadap keterdesakan anda.
 
5. Senyum- Ini merupakan cara paling mudah untuk seseorang kelihatan menarik. Dengan hanya memberi senyuman sudah cukup untuk membuatkan orang lain tertarik pada anda. Ini kerana dengan senyuman dapat memberi seribu satu tanggapan positif terhadap orang lain. Ia bukannya hanya untuk diri sendiri kelihatan menarik, malah mampu juga untuk memberikan keyakinan kepada orang lain.

No comments: