Tuesday, June 5, 2012

Tip supaya doa mudah makbul.


petikan dari forum AMnet, tulisan saudara (forumer) Tara

Untuk dikongsi bersama

Dari Kuliah tadabbur al Quran KUIS hari ini, dari Ustz. Zaidul Amin. 
 
Satu tips untuk makbul doa. 
Bagaimana agar doa mudah makbul?

Caranya: 
 
Tulis setiap hajat dalm satu kertas. Nyatakan apa hajat, siapa yg dihajatkan, dimana, mengapa dan bila mahukan sesuatu hajat itu. Diakhirnya tuliskan juga ayat begini as contoh: " Ya Allah, terima kasih kerana mendengar doaku dan dan aku yakin Sesungguhnya Engkau Maha mendengar dan Maha mengetahui apa yg sesuai dgn kemampuanku".

Baca doa tersebut setiap hari dalam masa 21 hari atau lebih, sebaiknya selesai solat. Mesti yakin dgn apa yg kita minta. insyaAllah Allah akan kabulkan doa kita sesuai dgn diri kita, atau Allah akan berikan sesuatu yg lain yg sama nilainya dgn apa yg kita minta. Sesungguhnya hanya Allah yg lebih mengetahui apa yg sesuai dan terbaik utk kita. Selamat mencuba dan selamat beramal.

Apa alasannya doa perlu di tulis? nak minta kerja kena ada dokumen bertulis kan? Nak mohon masuk Uni pun kena ada permohonan bertulis kan? Nak suarakan hasrat hati pun kena bertulis kan? Apa2 pun kena ada kenyataan bertulis, dokumen bertulis baru diterima kan? Qada' dan Qadar kehidupan kita pun bertulis dan tertulis dalam kitab Allah, Laoh Mahfuz, so...sebaiknya untuk memohon sasuatu permohonan dari Allah, tulis lah sesuatu dan bacakan selesai sahaja menunaikan solat. insyaAllah....

2 comments:

Randall said...

Salam, Thanks for the tip. It helps me gain confidence on my uncertainties.

HaNi.Dew said...

Wa'alaikum salam, Randall..

Sure, no problem.. Sharing is caring.. Semoga mendapat manfaat bersama.

In Shaa Allah.