Saturday, July 28, 2012

Perihal Kaum Adam : Tiga Perkara Yang Lelaki Mahukan Dari Teman Wanita Mereka





Menjadi Pendengar Yang Setia 

Seperti mana seorang lelaki sedia menjadi pendengar yang setia, mereka juga mahukan teman wanita mereka menjadi seorang pendengar yang setia.


Lelaki sangat sukar untuk meluahkan sesuatu melainkan pada orang yang mereka percaya sahaja. Jadi, mereka sentiasa mahu luahkan sesuatu pada teman wanitanya.


Ingat Perkara Penting

Fikiran lelaki amat berbeza dari wanita. Lelaki lebih fokuskan fikiran mereka pada wang ,kuasa dan keseluruhan perkara. Berbanding wanita yang fokus pada kasih sayang dan memikirkan satu perkara secara satu persatu.

Jadi, lelaki amat pelupa mengingati perkara–perkara kecil yang penting kerana mereka selalu memikirkan sesuatau secara keseluruhan iaitu teras. Lelaki amat perlukan pertolongan dari teman wanitanya untuk membantu mereka ingat perkara–perkara kecil yang penting.


Perhatian Secukupnya

Apabila bercinta, lelaki akan jadi teramat manja pada pasangannya. Mereka mahukan perhatian dari teman wanitanya.
Mereka tidak mahukan perhatian pada setiap masa tetapi mahu teman wanita mereka ingat mereka selalu.



NotakakiHD : Dalam kehidupan ini tiada seorang pun yang sempurna. Oleh itu, kedua-dua belah pihak perlulah saling memahami antara satu sama lain supaya tidak menimbulkan sebarang masalah dalam hubungan cinta yang dijalinkan. Semoga dengan tiga perkara ini hubungan anda dengan si dia akan lebih bermakna dan terpelihara :)

1 comment:

Anonymous said...

Hi admin, I'm also interested in this. (Take a look at the latest post on my site for details.) This was a really interesting read, you have definitely given me some food for thought!