Syarat Jadi Lelaki Gentleman (Part 1)


Aritu aku baca aku belek2 satu majalah neh..
ada la dalam 35 senarai yg tersebut diatas tuh..
meh sini aku tulun tepekkan kot la korang nak tau gak kan..
untuk kebaikan bersama...


Sharing is caring maaa...
dok gitu.. hehehhh..


Satu
Jika kamu seorang perokok, jgn sesuka hati menghembuskan ASAP BERACUN itu ke muka orang di sekeliling. Misalnya warga emas ke.. ataupun wanita.. tak kira la yang sedang hamil ataupun tidak.. ngerti..?


Dua
Jangan mudah melenting bila orang lain menegur kesilapan yang kamu lakukan. Terima apa yang disampaikan sebagai satu TEGURAN untuk kamu memperbaiki kelemahan diri


Tiga
Jangan ambil mudah soal PENAMPILAN. Pastikan kamu selalu tampil kemas. Kebersihan diri mestilah dijaga, jangan sampai orang sebelah terpaksa menutup hidung menahan bau badanmu mahupun bau nafasmu yang tidak semenggah itu.


Empat
Jika bercakap jangan sesekali meninggikan suara, walaupun dalam keadaan marah hatta bunyi bising sekalipun. Cuba kawal EMOSI agar tidak menyinggung perasaan orang lain


Lima
Jangan sesuka hati melepaskan rasa marah. Kurangkan atau buang sahaja sikap panas BARAN kamu. Tiada untungnya kamu bersikap begitu


Enam
Jangan EGO. Jika kamu melakukan kesilapan, akuinya. Orang akan lebih hormat jika kamu mengakui kekurangan diri dan rela memperbetulkan kesilapan.


Tujuh
Bila ditugaskan kerja BERKUMPULAN, jangan tahu memerintah sahaja. Selalunya bila dalam satu kumpulan yang diketuai seorang lelaki, biasanya mereka tidak ambil bahagian dalam menyempurnakan tugasan.


Lapan
Kalau sudah tahu kamu bukanlah seorang yang rajin mengemas, jadi janganlah pula kamu rajin membuat SEPAH. Sekali dua bolehlah isteri/mak/adik kamu kemaskan, masuk kali ketiga ke empat dan seterusnya tiada sapa yang nak layan..


Sembilan
Jangan suka MEMBULI, tidak kira s/ada kepada kawan perempuan mahupun kawan lelakimu. Walaupun atas dasar apa sekalipun.. sama ada dasar persahabatan.. mahupun dasar sayang. Sekiranya kamu memerlukan PERTOLONGAN dari mereka, kamu perlulah memikirkan juga keadaan dan situasi rakanmu itu. Mereka tidak kisah selagi mampu dan terdaya, namun jika kekerapan yang berulangan, kamu perlu memikirkannya kembali..


Sepuluh
Jangan suka melawan atau MEMBERONTAK sesuka hati. Walaupun ada sesuatu perkara yang kamu tidak suka atau bersetuju, ada cara terbaik untuk membantahnya..

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27