Sunday, July 22, 2012

Syarat Jadi Lelaki Gentleman (Part 2)




Dijadikan sebagai lelaki adalah untuk menjadi khalifah, ketua mahupun contoh yang baik selain pendidik. Namun, apakah layak seorang lelaki diangkat sebagai contoh andai diri sendiri tidak beradab, miskin ilmu, mahupun jua akhlaknya.. Jadi di sini dipantulkan lagi kesinambungan dari Part 1 yang terdahulu.. Jom teliti dan fahaminya duhai lelaki2 budiman di luar sana.. :)


11
Tolong jaga kebersihan sekeliling di mana jua kamu berada. Jangan sesuka hati membuang sampah. Yang biasa dilihat, di mana kamu menghisap rokok, di situlah juga puntung rokok bersepah.


12
Jika tinggal bujang, hormati jiran tetangga. Jangan tengah-tengah malam kamu menjerit-jerit bersorak bila pasukan kegemaran kamu menjaringkan gol. Orang lain pun nak tidur hugak, deekkkk... Besok mau keje maa...


13
Fahami dan ikuti adab berjiran. Jaga kebersihan rumah. Jangan kerana sikap kamu suka buang sampah merata, jiran tetangga menanggung akibatnya, jentik-jentik beranak pinak dan orang lain pula yang terkena denggi


14
Bila berjalan-jalan bersama keluarga, jangan dibiarkan isteri kamu seorang mendukung dan membimbing tangan anak kamu. Yang banyak dilihat si isteri yang berkejar ke sana sini mengawal anak, takut terlepas. Si suami jalan di hadapan seorang diri.

15

Jika memandu patuhi semua peraturan. Lampu merah jangan dilanggar, tunggu giliran jangan suka memotong. Hormati pemandu2 lain.


16
Tolong hormati sesiapa sahaja. Rakan sebaya, kanak-kanak apatah lagi rasa hormat itu diberikan kepada orang yang lebih tua.

17

Jangan suka tunjuk pandai lebih-lebih kepada sesuatu perkara yang kamu sendiri kurang pasti. Lebih baik merendah diri.


18
Tolong hormat majlis. Lelaki kebanyakannya tidak tahu menghormati majlis yang dihadiri khususnya dalam soal etika berpakaian. Jika majlis yang dihadiri mempunyai kod pakaian, sila patuhinya. Jangan main sarung sahaja.


19
Bila berkunjung ke rumah saudara mara atau majlis kahwin, lelaki jarang sekali membawa buah tangan atau hadiah. Tiada salahnya keluar sedikit wang membeli buah tangan sebagai tanda terima kasih atas undangan yang diberikan.


20
Jika ke tandas awam, terlalu banyak beza antara tandas lelaki dan perempuan. Kebersihannya jarang sekali mencapai tahap memuaskan. Main pancuuttt jerr..


NotakakiHD : Guys out there, take note yea  (* - * )

No comments: