Sunday, September 30, 2012

Edisi Lelaki (lagi) : Jenis Lelaki Yg Membahayakan Wanita



Ini tips untuk ladies/anak gadis/wanita di luar sana, kena berhati-hati dengan jenis lelaki ini. Lelaki-lelaki tersebut boleh membuat hidup anda bermasalah macam mereka juga.

SATU
Lelaki yang sering berkata: “Abang memang sayang kat ayang, tapi abang belum bersedia untuk hubungan yang serius”. Amboi dah 3 tahun berkepit sana sini, masih belum bersedia ker? ha..ini lelaki tarak betoi punya. Diorang nak flirt jer, walhal anda belum ada dalam kamus hidup mereka.


DUA
Lelaki yang call/sms ikut suka hati diorang jer. Eh ikut suka ati diorang ja nak jumpa kita, nak call kita, bila kita perlu kan dia, bayang pun tak nampak.

TIGA
Lelaki yang suka ajak dating, tapi bukan dating pon. Paham tak ayat tu? ala, korang tak pernah ker pergi dinner berdua? jejalan berdua, tengok sunset berdua? Kalau orang lain tengok sure ingat korang couple & tengah bercengkerama. Padahal si lelaki tak pikir pun tu dating. Kepada wanita, jangan asyik keluar kehulur kehilir dgn lelaki sangat. Jatuh saham nanti babe!

EMPAT
Lelaki yang dah ada awek, tapi selalu sms/call n jumpa anda. Ooo ini lelaki paling bahaya, tapi malangnya paling banyak di Malaya. Lelaki jenis ni dah ada awek, tapi wanita lain juga dia nak bermesra. Bila kantoi dengan awek, diorang akan cakap korang kawan jer, takkan nak berkawan tak boleh? Amboi. Kalau setiap malam call, bila awek not around, mula naik tocang. Lelaki jenis ni ternyata buaya tembaga tak laku.. Bluwekk..

LIMA
Lelaki yang pikir apa diorang buat semua betoi. Aduhai, pandangan kita semua salah, dia jer yang betol, Diorang ni jenis penting diri sendiri dan tak kan pikir perasaan orang sekeliling termasukla korang.
Lelaki yang blurrrr sentiasa. Contoh nya, lelaki yang tak paham kehendak wanita, even korang cakap terus terang pun dia ingat itu benda remeh ja. Ambil ringan perasaan kita.

ENAM
Lelaki yang tak tahu kehendak sendiri. Kalau la diorang tak reti nak paham kehendak sendiri, korang ingat diorang boleh paham korang?

TUJUH
Lelaki yang selalu kacau korang, walaupun korang tu tengah busy menyelamatkan dunia. Lelaki suka sangat nak berkepit dengan korang, tak kira la korang keja ke apa ker. Sikit2 call, sms, nak jumpa. Mula-mula korang rasa ok. Tak lama kemudian korang sure tak tahan. Rimas dan lemas punya..

LAPAN
Lelaki yang suka kutuk lelaki lain, dengan harapan korang tak dekati lelaki yang dikutuk. Sah-sah lelaki ni kuat jeles, dan jangan terkejut diorang ni jenis ngada-ngada.

SEMBILAN
Lelaki yang tak dapat memberi layanan yang betul untuk seorang wanita. Apa lagi korang harap? buat seksa jiwa jer, nampak sangat lelaki jenis ni sukar nak bahagiakan korang.


NotakakiHD : This is apply to me too   (^-^).. errr, noted!


No comments: