Posts

Showing posts from October, 2012

Jom Layan Lagu : Hilang Naluri - Once

Novel : Kemelut Kasih - Part 6

Image
Part Six Bab 6        Sekarang  sudah masuk minggu kedua bagi Semester Mei ini. Dan sekarang aku sudah bergelar pelajar tahun dua di semester ketiga. Dua minggu lagi kami sudahpun dijadualkan mempunyai Kertas Ujian Satu bagi beberapa subjek seperti Intermediate Accountings, Marketing dan juga Organizational Behaviour. Adeh la…. baru saja memulakan kelas dah dapat kerja menimbun.  Hmmh, terpaksalah…. Kan nak jadi orang pandai….. Hiks!hiks!… Itu yang sering dikata oleh aku dan Nita untuk memujuk hati sendiri apabila kepenatan berkejar ke sana ke mari untuk menyiapkan kertas kerja kami. Sama ada berkumpulan, mahupun individu. Alhamdulillah, nampaknya keputusanku semester lepas mencapai target seperti apa yang aku harapkan, dan aku berazam untuk mencapai Anugerah Dekan pula pada semester-semester yang akan datang. Insya Allah. Semoga Tuhan sentiasa merestui niatku. Amin. Aku dan Nita berjalan pulang ke kolej setelah kelas untuk pagi itu berakhir kira-kira 10

Rahsia Mata Dan Pemikiran

Rahsia Mata Dan Pemikiran

Cerita Pasal Bola : TRW juara Piala Malaysia 2012 dan mencapai sasaran TREBLE!

Image
~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Hi! Salam dan selamat pagi.. Sekali lagi kita update perkembangan terbaru pasal bola, ok.. (^-^) Alhamdulillah! Kelantan berjaya mencipta TREBLE untuk musim 2012 ini !! Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain pasukan Kelantan. Tak lupa juga kepada semua penyokong2 setia pasukan Kelantan yang tidak putus-putus memberikan sokongan, walau di mana jua anda berada, yeaahhh!! Dari Pantai Timur semenanjung menyeberang Banjaran Titiwangsa, dengan perjalanan tidak kurang 7  8 jam. Sesungguhnya kemenangan manis ini membuatkan semuanya berbaloi! Permainan yang amat mendebarkan sehingga ke tiupan wisel yang terakhir! Sepanjang 90 minit pertama penonton dihidangkan dengan aksi-aksi mendebarkan dari kedua-kedua pasukan. Kelantan mendahului 1-0 di separuh masa pertama melalui jaringan Norshahrul Idlan Talaha (MatYo) pada minit ke 44', yang kelihatan cukup lincah dan bertenaga seawal babak pertama lagi dengan beberapa percubaan men

Mari Dengar Satu Cerita : Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening. Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah

Novel : Kemelut Kasih - Part 5

Image
Part FiVe Bab 5         A b ah memandu kereta dengan kelajuan yang sederhana menghala ke arah Kubang Kerian. Di waktu ini jalan tidak sesibuk di waktu pagi. Setelah hampir dua puluh minit memandu, akhirnya kami tiba di sebuah rumah banglo yang unik, di mana rumah ini diperbuat sepenuhnya daripada kayu jati dalam rekabentuk yang unik tetapi comel ini. Sewaktu melangkah keluar daripada kereta ini, aku lebih kagum dengan kawasannya tamannya yang dibentuk rapi. Sebuah kolam ikan dilengkapi sebuah jambatan kecil yang comel menghiasi ruang yang cantik itu di suatu sudut. Terdapat gazebo juga di situ untuk santai-santai berehat di waktu petang.  “Wow!” Suara Rini. Mungkin dia pun kagum melihat dekorasi taman di rumah ini. “Kak…. bertuahlah kau…. Dapat anak orang kaya……,” bisiknya di telingaku. Di waktu itu, Aunty Maria dan suaminya, Uncle Rahman berjalan keluar daripada sliding door untuk menyambut kami. "Man… ," Abah berjabat tangan dengan Pak

Cerita Pasal Bola (lagi) : Sejarah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KELANTAN FA)

Image
Untuk makluman diriku sendiri jugak.. dalam menyusuri asal usul dan memahami sejarah arena bola sepak tempatan dan negeriku... Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) telah diasaskan pada tahun 1946. Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990. Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan. Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, kita merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu. Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru ap

Cerita Pasal Bola : Piala Malaysia - Kelantan Mara ke Final!

Image
~Lihatlah sekitar alam Dunia luas terbentang~ Hi, salam.. Lama tak update pasal bola kan.. :)  Jadi hari ni, saya nak update sikit la pasal bola.. (sebabnya, Kelantan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia la... hehe *mood gembira*  yang akan berlangsung dia Stadium Shah Alam, pada Sabtu nanti, 20hb Okt 2012. Actually, citer bola ni adalah kemenangan dan cerita gumbira buat seluruh warga Kelantan  yang menjadi penyokong terkuat dan setia skuad TRW selama ini. Perlawanan separuh akhir kedua  telah berlangsung Jumaat lalu, 12 Okt 2012, juga bertempat di Stadium Shah Alam (SSA) menyaksikan  skuad The Red Warriors (TRW) berjaya membenam skuad The Red Giants 2-0, jaringan pemain import dari Lubnan, Muhammad Ghadar pada minit ke 84' yang berjaya mengatasi 3 pemain pertahanan 'gergasi merah' meledakkan sorakan gembira dari penyokong TRW di stadium, di rumah mahupun di seluruh pelosok negara yang menyaksikan siaran secara langsung di siaran Astro Arena (8