Saturday, October 13, 2012

Cerita Kaum Hawa : Petua Untuk Memikat Wanita Pujaan Anda



1. Gunakan Kelebihan Wanita - Sesetengah wanita ada kalanya mempunyai idea dan IQ yang lebih bernas daripada lelaki. Jika lelaki melihatnya dari sudut yang positif, bermakna kelebihan wanita ini jika
digandingkan mampu mencipta idea yang hebat. Satu kelemahan wanita ialah kalah dengan emosi. Justeru dalam menakluki wanita, lelaki sebenarnya boleh menggunakan kelebihan dan kelemahan ini sebagai ‘senjata.’

2. Perancangan Teliti - Memikat wanita perlu strategi yang betul. Jika anda tidak mengaturnya dengan sempurna maka anda akan dikuasai wanita.

3. Jangan Terlalu Mendesak - Ada juga lelaki yang suka mendesak. Mereka berasa sangat puas jika melihat orang lain menurut kehendaknya. Namun dalam menunjukkan anda seorang lelaki budiman, jangan sesekali melakukannya kerana tiada wanita suka lelaki begini. Bersikap rasional dalam semua perkara dan hubungan anda akan kekal selama-lamanya.

4. Kenali Kekuatan - Sebaiknya kenalilah kekuatan pada diri anda. Jika anda mampu “memperlihatkannya” kepada si dia bermakna anda adalah lelaki idaman wanita.

5. Mesti Ada Inisiatif - Kekuatan karakter tidak menyamai kekuatan fizikal. Ramai lelaki beranggapan bentuk tubuh yang tegap adalah lambang lelaki gagah. Namun kalau karakter anda lemah, anda juga mudah kalah. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh melindungi diri mereka di saat susah dan senang, mampu menenteramkan jiwa di saat lara, memberikan idea di saat yang anda perlukan. Berusahalah mencari ilmu-ilmu ini kerana keupayaan anda akan membuatkan wanita begitu mencintai anda.

6. Buat Wanita Tergila-gila Pada Anda - Zaman dahulu, pahlawan menjadi pujaan ramai wanita. Mereka dianggap seorang yang hebat, pelindung dan memiliki kekuatan dan biasanya digambarkan sebagai kacak. Namun di zaman ini, tiada lagi pahlawan sebaliknya muncul ramai lelaki yang berilmu, berkarisma, memiliki segala-galanya. Jadi gunakanlah ini sebagai kelebihan membuatkan wanita tergila-gilakan anda.

7. Disiplin Diri - Bagi sesetengah lelaki, mereka bangga jika bergelar romeo dan punya ramai teman wanita. Tetapi wanita pula tidak mencari lelaki seperti ini kerana bimbang hubungan yang dibina tidak kekal ke jenjang pelamin. Wanita biasanya mencari lelaki yang boleh menjadi pelindung. Justeru itu, disiplinkanlah diri untuk setia kepada yang satu serta beberapa perkara yang boleh membuatkan wanita terus menyenangi anda.

8. Pemimpin Di Mata Wanita - Agak sukar sebenarnya mencari lelaki yang berkarisma dan memiliki sifat kepimpinan dalam diri mereka. Sikap pemimpin yang anda tampilkan mampu memperlihatkan anda mampu menerajui keluarga dengan penuh tanggungjawab.

9. Perlukan Perancangan - Ramai lelaki suka keluar berhibur malam hanya kerana mahu berseronok bersama rakan. Namun ini tidak menggambarkan komitmen anda. Wanita mahukan lelaki yang penuh perancangan bukan asyik bergembira tanpa hala tuju.

10. Kawal Cemburu - Jangan tidak tahu, bukan wanita sahaja yang cemburu, iri hati dan sebagainya sebaliknya ada juga lelaki begitu. Dalam mencari kekuatan diri anda, kenali sikap diri yang mungkin menjauhkan diri anda daripada insan bergelar wanita.


sumber : FB Ensiklopedia Melayu Lama

NotakakiHD : Gud luck, semoga berjaya.. haha!

No comments: