Wednesday, November 28, 2012

Perihal Lelaki : Petua Menangani Suami Yang Mula Naik “Miang”



Angka 40 membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan. Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan 'saham mula menurun'. Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya. Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat.

Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin lain.

Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda 'keriangan' luar biasa, diperturunkan sedikit petua untuk isteri menyekat suami bermain mata dengan wanita lain:

1. Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangk an kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa dihargai. Tetapi jangan sekadar bercakap, isteri harus buktikan dengan perbuatan. Jika hanya pandai memuji, tetapi di bilik tidur isteri rebah dan tidur macam tunggul, pujian itu tidak bererti langsung.

2. Wanita pada usia 40 tahun terutama mereka yang ramai anak, kadang-kadang sudah mula dingin seks dan tidak berapa minat mengadakan hubungan seks. Mungkin sebab kesibukan di pejabat atau letih melayan anak-anak sepanjang hari di rumah, isteri menjadi pasif. Sebenarnya tanpa mengira usia, isteri patut bijak berbicara mengenai seks.

3. Wanita pada usia 40 hingga 45 tahun masih cantik dan menawan. Mungkin tidak secantik gadis belasan tahun, tetapi jika bijak mendandan diri, suami pasti tidak menjeling pada orang lain. Masalahnya, sesetengah isteri terutama yang menjadi suri rumah sepenuh masa, tidak menghiraukan soal ketrampilan diri. Mereka membiarkan rambut menggerbang macam penunggu pohon beringin. Dahi berkerut, bibir berkedut, tanpa bedak serta tanpa gincu. Pipi pula berminyak semacam.

Apa yang dikehendaki suami ialah penampilan seorang isteri yang kemas, sopan dan kelihatan manja. Usah terlalu manja, nanti suami pula naik lemas.
Tidak salah menyambut kepulangan suami dengan haruman. Semburlah pewangi yang boleh membangkitkan semangat.

4. Sambutlah suami dengan senyuman paling manis, ikhlas dan bukan dibuat-buat.

5. Bilik tidur adalah tempat rehat bagi suami isteri, oleh itu haruslah beretika. Tempat tidur mesti selalu kemas dan menarik. Semburkan haruman supaya semerbak sepanjang malam.

Sesekali taburkan bunga-bungaan wangi di atas tilam. Malangnya, bagi isteri yang sudah melewati 40-an, bau haruman di kamar beradu biasanya tidak dihiraukan lagi. Tiada lagi bau minyak wangi seperti zaman baru berkahwin dahulu, tetapi lebih kepada bau minyak angin. Jika setiap malam hidung suami tersumbat bau minyak angin, matilah seleranya untuk ‘mencakar’. Ini mungkin nampak remeh, tetapi isteri harus memahaminya.

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434H


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang~

Hi kawan-kawan..


Salam Maal Hijrah 1434H buat semua.
Mudahan di Tahun Baru Hijrah ini akan memberikan kita semua 
yang baik-baik sahaja hendaknya.. Insya Allah..

Mudahan diri ini juga bertambah ke takuk yang lebih baik...
Selaku insan, kita sering lalai. Hmm.. *muka sedih termewek*

Apapun, saya sangat rindukan satu lagu 1 Muharram sewaktu di zaman kita kecik2 dan sekolah dulu.. kalau dulu tu, sebelum menjelang Maal Hijrah, selalu kedengaran lagu ini diulang-ulang di kaca TV (TV1 pastinya), dan ia menjadi satu peringatan kepada kita akan ketibaan tahun baru hijrah ini.. Namun sekarang, selari arus dan pembangunan globalisasi, modenisasi.. agaknya semua itu turut disenaraikan dalam list yang tak boleh disiarkan kot? huhu~ (ayat aku jer ni ek..  jangan jadik isu pulak :p) ( ^ _ ^ )  *sengih*

Sementara di zaman persekolahan pulak, tiap2 tahun, kalau sambutan Maal Hijrah kat sekolah tu, mesti akan naik pentas atau ada persembahan lagu ini bersama satu lagi lagu nasyid yang lain.

Ok la.. jom kita layan  sambil mengulit kenangan    *senyum*
dan mudahan Maal Hijrah ini memberi lebih kebaikan kepada kita semua.. Amin.




dengan lirik





Semoga Allah 
menjadikan pagi mu cahaya
Zuhurmu gembira
Asarmu bahagia
Maghribmu keampunan
Isyakmu keberkatan
Dan doamu dimakbulkan
serta diluaskan pintu rezeki
Dan dibukakan padamu pintu syurga tanpa sempadan

Mohon ampun dan maaf atas segala silap dan salah
Salam Maal Hijrah 1434H

Wednesday, November 14, 2012

Ceritera Wanita : Perkara Yang Wanita Inginkan Dari Lelaki (^ - ^)





السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam

Dunia luas terbentang~


1. Beramal soleh
Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh. Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam.
2. Bersikap adil
Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini.
3. Bertanggung jawab
Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak kisah samada lelaki itu sudah berkahwin atau pun tidak, dia perlu bertanggung jawab atas setiap apa yang telah dilakukan. Jika dia ada buat salah, dia perlu bertanggung jawab atas kesalahan yang dilakukan itu. Jika dia ada anak, dia perlu bertanggung jawab memberikan nafkah kepada anak-anaknya. Janganlah berlepas tangan dan membiarkan pasangan anda begitu sahaja.
4. Bertolak ansur
Perempuan juga inginkan lelaki yang tahu bertolak ansur. Ada sesetengah lelaki yang tidak ambil peduli langsung perasaan pasangan mereka. Apa yang mereka tahu, perempuan perlu ikut cakap suami. Jangan cakap banyak. Tetapi itulah kesilapan yang sering berlaku. Mereka tidak mahu bertolak ansur dan mendengar pendapat dan cadangan dari perempuan.
5. Ikhlas
Seorang lelaki perlulah iklas dalam perhubungan mereka. Janganlah mereka rasa diri mereka terpaksa untuk menyayangi seseorang. Untuk memastikan sesebuah perhubungan itu kekal, seseorang lelaki itu haruslah mempunyai niat hati yang ikhlas untuk berkawan, berkenalan, dan berkahwin dengan perempuan yang ingin dikahwini.
6. Ingin dimanja
Perempuan mahukan lelaki yang pandai memanjakan diri mereka. Anda pun tahu bahawa perempuan ini memang mempunyai perwatakan yang manja. Oleh itu mereka sangat suka jika anda dapat memanjakan diri mereka dengan cara anda tersendiri.
7. Kasih sayang
Apa maknanya cinta tanpa adanya kasih dan sayang. Perempuan akan merasakan dirinya berada dalam hati seorang lelaki apabila lelaki dapat memberikan kasih sayang dan menyayangi mereka dengan sepenuh hati

8. Kejujuran
Jujurlah dalam berpasangan. Ianya adalah sangat penting dan sangat dititik beratkan oleh perempuan. Hati perempuan akan remuk apabila lelaki yang mereka sayangi mempunyai perempuan lain di belakang mereka.
9. Kepercayaan
Perempuan inginkan kepercayaan dari seorang lelaki. Mereka tidak mahu lelaki berprasangka buruk dan fikir yang bukan-bukan tentang dirinya. Berikan kepercayaan kepada pasangan anda agar si dia dapat memberikan kepercayaan pula kepada anda.
10. Kesetiaan
Apa gunanya jujur kalau tidak setia. Anda perlu setia dengan pasangan anda. Tak usahlah mencari yang lain melainkan anda melepaskan dulu pasangan anda yang sedia ada. Lebih baik menjaga hati mereka dengan baik daripada menyakitinya dengan kecurangan anda.
11. Lemah lembut
Perempuan merupakan insan yang penuh lemah lembut. Mereka tidak suka apabila lelaki mengasari diri mereka. Apabila anda bercakap, bercakaplah dengan lemah lembut dan romantik. Kami percaya si dia pasti terpikat dengan kelembutan layanan anda pada dirinya.
12. Memahami
Sering berlaku pergaduhan disebabkan perselisihan faham. Perempuan maksudkan yang lain, tetapi anda menganggap yang lain. Anda perlu faham dengan jelas apakah yang mereka inginkan dari anda. Apabila mereka merungut, tidak bermaksud si dia menyalahkan diri anda. Tetapi si dia ingankan anda mendengar luahan hatinya.
13. Memimpin
Seorang lelaki perlu pandai memimpin. Setelah berkeluarga, lelakilah yang akan memimpin keluarga tersebut. Jika anda tidak pandai memimpin pasangan anda, siapa lagi yang dapat si dia berikan kepercayaan untuk memimpinnya ke syurga Allah?
14. Mempunyai pekerjaan
Bukan bermaksud perempuan adalah insan yang materialistik. Tetapi mereka inginkan kepastian dalam hidup mereka. Mereka mahukan lelaki yang mempunyai pekerjaan supaya mereka dapat bergantung harap dan mempunyai makan dan minum yang mencukupi seperti ketika si dia dijaga oleh bapanya sebelum diijab kabulkan dengan anda.
15. Perhatian
Yang seterusnya, perempuan inginkan perhatian dari anda. Apabila mereka mula bercakap, mereka inginkan anda mendengar apa yang mereka katakan. Mereka mahukan anda memberikan perhatian sepenuhnya kerana mereka hanya dapat meluahkan perasaan dan terlepas dari kesedihan apabila anda dapat mendengar luahan hati mereka dengan teliti.
16. Perlindungan
Perempuan adalah insan yang lemah. Mereka tidak kuat dan mereka memerlukan pertolongan dan perlindungan dari anda. Sebagai seorang lelaki, anda haruslah menjaga dan melindungi pasangan anda daripada sebarang bahaya, ancaman dan memberikan tempat tinggal untuk si dia berteduh dan berlindung.
17. Rajin
Apabila sudah berkahwin nanti, jangan hanya membiarkan isteri anda melakukan segala kerja rumah. Jadilah seorang suami yang rajin dengan bersama-sama membantu dan menolong si dia dalam mengemas rumah, menyiram pokok bunga, basuh pinggan mangkuk, dan sebagainya. Mereka sangat suka apabila mempunyai seorang lelaki yang rajin membantu mereka membuat kerja-kerja harian di rumah.
18. Romantik
Dan akhir sekali, perempuan inginkan lelaki yang romantik. Mereka sukakan lelaki yang pandai mengambil hati mereka seperti membuat kejutan pada hari ulang tahun perkahwinan, ulang tahun kelahiran atau pada hari-hari yang anda rasakan perlu. Dan perempuan sukakan hadiah. Apa kata anda berikan si dia hadiah sempena ulang tahun kelahiran si dia nanti.



Monday, November 12, 2012

Novel : Kemelut Kasih - Part 7


Part SeBeN






Bab 7


        Shahrul memandang syiling tanpa berkelip di kesuraman malam yang sebenarnya telahpun menjejak ke awal pagi itu. Telah puas dia memalingkan tubuhnya yang kekar itu ke kiri dan ke kanan. Kipas angin yang berpusing ligat di syiling itu terasa tidak berfungsi olehnya. Dia teringat akan kata-kata Charina tadi. Terasa berdesing akan kata-kata gadis manis tadi. Meskipun dia bercakap dalam nada lembut, tapi amat menyakiti hatinya.
            Dia tahu, dia perlu tahu menjaga perihal Charina yang kini telah sah menjadi tunangannya itu. Dia telah sanggup menerima janjinya dengan Mamanya dan juga Umi Charina untuk menjaga Charina sepanjang mereka di sini. Mulanya dia menganggap itu hanyalah sekadar untuk menjaga kedua hati orang tua mereka sahaja, tetapi kini dia menyedari, keselamatan Charina adalah di bawah tanggungjawabnya. Namun begitu, kerana egonya sebagai lelaki, dia tidak menunjukkan perasaan ambil beratnya itu kepada Charina. Dia hanya mampu memerhatikan sahaja segala gerak-geri Charina dari jauh. Tambahan lagi dia pasti Charina juga tidak memberitahu rakan-rakannya akan pertunangan mereka itu.
          Di kegelapan malam itu dia mengeluh perlahan. Kalau aku mengambil tahu pasal Charina, macam mana pula dengan Suraya? Hmmh, dia mengeluh kecil. Siang tadi Suraya telah pulang ke rumahnya yang berada di Bukit Damansara itu kerana merajuk dengannya kerana bertanyakan pasal Charina kepada seorang budak perempuan yang merupakan rakan sekursus Charina.
          Bagi pihak dirinya sendiri, Shahrul merasakan dia bertanggungjawab ke atas Charina kerana sama ada mereka mahu ataupun tidak, mereka telah terikat di antara satu sama lain. Meskipun selama ini dia tidak menunjukkan sikap mengambil beratnya itu di hadapan Charina, namun, secara sembunyi-sembunyi dia tetap memerhatikan segala gerak-geri Charina dari jauh sahaja.
          Sehingga kini, tiada satu masalah ataupun perihal yang tidak elok yang telah Charina lakukan. Malahan, dia merasakan semuanya amat sempurna. Dengan wajahnya yang diakuinya secara diam-diam, Charina amat menarik di matanya, malahan kecantikannya lebih asli daripada Suraya. Dengan solekan yang tipis dan olesan lipstik yang nipis berbanding Suraya yang agak tebal, namun Charina lebih menawan. Malah budi pekerti tunangannya itu juga amat baik pada pandangan matanya. Apapun, Suraya juga mempunyai kelebihan yang tersendiri.
        Mungkin kelebihan Suraya, bagi dirinya yang masih muda, kerana Suraya seksi semulajadi dan pandai mengambil hatinya. Mungkin juga kerana mereka telah lama bersama iaitu semenjak daripada mereka di dalam tahun pertama matrikulasi lagi menyebabkan mereka sudah memahami perangai masing-masing.
        Sehingga kini hubungan mereka masih utuh biarpun sudah beratus kali mereka bertengkar dan berperang. Namun, setiap kali itu juga hati anak manja kepada Dato' Zahari ini dapat dilembutkannya. Dia tahu, hati perempuan ini amat mudah dilenturkan, terutamanya setelah kaum lelaki memohon maaf berkali-kali dan membawakan sebarang hadiah sebagai galang ganti tanda mereka mengalah. Meskipun itu semua hanyalah helah daripada kaum-kaum Adam secupak cuma.Namun, dia ikhlas akan perhubungannya dengan Suraya.
        Kalau begitu, bagaimana pula perhubungannya dengan Charina? Secepat itu juga persoalan itu melintas di fikirannya. Akhirnya dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
        Sewaktu itu , dia sedang menunggu Suraya yang sedang bercakap di telefon bimbitnya dengan seorang kawan. Kala itu, dia terpandangkan Charina dan Anita yang sedang menaiki tangga menghala ke aras satu. Mungkin Charina tidak terperasankannya di kala itu. Secara kebetulan, salah seorang daripada budak perempuan di situ bersuara mengatakan ada rakan lelaki rapat mereka yang berminat untuk meng'ekjas' Charina dan kini sedang usaha menarik perhatian Charina. Tetapi malangnya ditolak secara baik oleh Charina.
        Mendengarkan hal itu, Shahrul yang sebenarnya berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan cerita itu berpura-pura tidak mengenali Charina dan bertanyakan pasal Charina terhadap dua orang freshienya itu, Ida dan Iza. Semasa mereka sedang berborak, Suraya datang dan apalagi, setelah mengetahui pakwenya bertanyakan soal perempuan lain, alamatnya meletuslah perang!
        Puas sudah Shahrul memujuk dengan pelbagai helah namun tidak berjaya. Mungkin juga disebabkan mood Suraya yang kurang baik kerana telah dimarahi tutor Auditing kerana tidak menghantar tutorialnya di hadapan sekelas lagi rakan yang lain menyebabkan perasaannya mudah tersentuh. Sewaktu dia menghantar Suraya pulang di rumah yang disewanya bersama beberapa orang rakan-rakannya yang lain, Suraya terus memasuki ke rumahnya tanpa mengucap sepatah kata. Setelah dia menelefon Suraya pada sebelah petangnya, Dida, rakan serumah Suraya mengatakan Suraya telah pulang ke rumah orang tuanya di Bukit Damansara setelah kembali dari kelas tadi.
        Sekali lagi Shahrul mengeluh perlahan beberapa kali. Hmmh, nasib kaulah Shahrul…. Dapat kekasih yang mudah merajuk… Setelah sayup-sayup kedengaran ayam berkokok, mata Shahrul akhirnya terpejam dengan sendirinya.





        Setelah kembali dari kelas pada petang itu, seperti biasa Shahrul dan rakan-rakannya bermain bola sepak di Padang A UPM. Namun kadang-kalanya pula ada juga mereka bermain sepak takraw di gelanggang bola tampar kolej mereka, Kolej Kelima. Terkadangnya pula, mereka turut beralih angin dengan bermain bola tampar ataupun badminton. Yang pastinya, aktiviti mereka pada sebelah petang penuh terisi.

        Ada ketikanya pula mereka sengaja melepak di situ sekadar memerhati orang yang lalu lalang di situ sambil mengacau anak-anak gadis yang lalu lalang sama ada yang baru balik dari kelas mahupun yang melalui jalan itu untuk ke Kolej Keenam dan ke Kolej Canselor atau dengan nama lainnya dikenali juga dengan nama Kolej Keempat.
        Sewaktu mereka baru memulakan game sepak takraw yang ketiga pada petang itu setelah berehat beberapa ketika, sepintas lalu Shahrul terpandangkan sebuah kereta Suzuki Swift yang berwarna biru melalui jalan itu. Sekilas pandang dia terasa Charina yang berada di tempat duduk penumpang di hadapan menemani seorang lelaki yang memandu kereta Swift itu dan terdapat seorang lagi perempuan di bahagian belakang kereta tersebut. Bagi memastikan pandangan matanya itu, dia memandang kereta tersebut yang sudah pun berlalu pantas menghala ke jalan utama. Kebetulan bola takraw yang telah disepak mula oleh Kamal tadi terjatuh menimpa kepalanya membuatkan kesemua yang berada di gelanggang itu tergelak serentak.
        "Woit Kasut, apasal ni….. siang-siang hari pun masih mimpi ke? Kau pandang apa tadi?" Soal Kamal yang lebih dikenali sebagai Cicak di kalangan mereka kerana dia amat penggeli terhadap haiwan tersebut. Shahrul pula dipanggil Kasut kerana pada minggu orientasi beberapa tahun dulu, dia tersilap memakai kasut sukan yang berlainan pada kiri dan kanan kakinya, oleh kerana ingin cepat ke padang selepas tiupan wisel sebagai isyarat panggilan kepada budak-budak junior telah lama dibunyikan oleh senior. Untuk mengelakkan dari terkena dendaan senior, malu pula yang diterima sebagai habuannya. Namun dia hanya menonjolkan muka selamba meski pun malunya berbakul-bakul.
          Shahrul membisu sambil berjalan mengambil bola takraw yang terkena kepalanya sebentar tadi yang kini berada di sudut kanan gelanggang sambil menggosok-gosok kepalanya perlahan. Perit jugak kepala terkena bola takraw ni, desisnya sendiri. Saki-baki ketawa masih kedengaran di sudut gelanggang yang seluas 18 x 9 meter itu.
        "Apalah kau ni Kasut, kalau nak tengok anak dara orang pun bukan begitu caranya. Pergi minta izin dengan mak bapa dia dulu, baru betul…." Suara Budin yang berada di kerusi penonton yang kebetulan melihat kereta yang berlalu tadi. "Setahu aku, awek tu budak KOSASS, orang Kelantan…. Haa… 'orang kampung' kau tu Kasut, takkan tak kenal kot. Tapikan…. Aku ada dengar cerita Si Farid AJK Rencam Blok Kelah tu tengah nak ayat budak tu sekarang ni….," sambung Budin lagi sambil mengunyah gula-gula getah . Sesekali dia membuat belon yang kemudiannya pecah menimpa mukanya yang bersih itu.
        "Farid Si Mata Keranjang tu?" Soal Zaid pula pantas.
     "Habis Farid mana lagi kalau tak Si Mata Keranjang yang perasan handsome tu… tapi tak sedar diri yang perangai tu macam beruk." Kutuk Budin habis-habisan. Sebenarnya dia merasa sakit hati kerana dia sendiri pernah mengurat Charina sewaktu mereka bertembung di Padang, tempat makan di Seri Serdang ini yang agak popular di kalangan pelajar UPM ini tetapi tidak berjaya. Sewaktu itu dia mencuba mengurat Charina kerana dicabar oleh Fattah, Farid dan Nizam yang turut sama makan semeja dengannya bertentangan dengan meja makan Charina bersama beberapa orang rakan perempuannya yang lain.
         Sewaktu terpandangkan Charina dan tiga orang lagi rakannya yang berjalan menghala ke arah meja yang kosong di hadapan mereka, Farid telah mencabar Budin sekiranya dia berjaya mengurat dan mendapat nama gadis yang berbaju kemeja singkat berlengan panjang berwarna merah dan berseluar jeans lembut warna coklat itu, maka Nizam dan dia akan memberi RM100 seorang sebagai galang ganti. Bagi menyahut cabaran tersebut, Budin dengan selambanya berjalan menuju meja yang diduduki keempat gadis tersebut lalu mencuba mengurat gadis sasaran mereka tersebut, tetapi tidak dilayan oleh Charina dan juga rakan-rakannya yang lain.
        Memandangkan tidak mendapat maklumbalas daripada si gadis, Budin menukar niatnya daripada mengurat kepada mengacau mereka bagi menutup malunya kerana tidak mendapat layanan, dia sengaja menjatuhkan gelas yang berisi air tembikai laici yang baru sahaja dibawa oleh pelayan gerai sewaktu dia ingin bangun. Gelas tersebut tertumpah betul-betul di atas dada Charina menyebabkan bajunya lencun di bahagian dada. Pekikan terkejut terluah dari mulut Charina dan beberapa rakannya. Budin yang menyaksikan aksi tersebut tersenyum puas di dalam hati tetapi dia pura-pura terkejut dan memohon maaf berkali-kali. Charina yang terasa malu terus bangun dan berlalu dari situ diikuti oleh rakan-rakannya yang lain. Melihatkan hal tersebut, Budin terus berlalu ke arah rakan-rakannya. Sewaktu dia duduk di tempatnya, Farid tiba-tiba bangun dan berjalan menghala ke arah Charina dan rakan-rakannya menghilang.




           Charina berjalan terus keluar dari tempat itu tanpa mempedulikan pandangan mata pelajar-pelajar dan orang ramai yang berada di situ. Dia tahu, ramai yang mendengar teriakannya sebentar tadi, dan dia juga perasan banyak mata yang tertumpu kepada dadanya yang lencun. Mira, Dila dan Anita yang mengekorinya itu cuba menyaingi langkahnya yang pantas itu.

        "Gila budak lelaki tu…! Sewel agaknya…." Maki Mira yang sedari tadi geram melihatkan gelagat pelajar lelaki yang jelas cuba mengurat Charina sebentar tadi.
    "Memang gila….," Charina terdengar Anita pula yang menyumpah seranah budak lelaki tersebut tetapi dia diam cuma. Langkahnya diatur pantas menuju ke kereta Swift yang baru sahaja dihantar oleh abangnya, Azlan seminggu yang lalu.
        Sebenarnya, kereta tersebut merupakan kereta Uminya, tetapi diberikan kepadanya setelah Umi berhasrat membeli sebuah kereta baru. Sehingga kini Umi masih belum membuat pilihan sama ada untuk membeli Toyota Vios ataupun Honda City, ataupun mungkin juga model terbaru Kia, Kia Sorento. Atau juga Umi mungkin menggunakan kereta Abah, dan Abah yang akan membeli kereta baru. Entah la… itu masih belum diputuskan tetapi yang pastinya, Umi telah menghantar kereta Swiftnya itu kepada Charina kerana kasihankan dia yang terpaksa berulang-alik dengan berjalan kaki selama ini untuk ke kuliah.
        Masih Charina teringat bagaimana dia mengalami demam panas yang agak teruk sewaktu seminggu berada di UPM dahulu. Sewaktu itu dia masih lagi di dalam Minggu Orientasi Universiti. Demamnya itu berlarutan sehingga dua minggu lamanya, tetapi dia tetap menjalani aktiviti orientasi seperti biasa sehingga larut malam, adakalanya sehingga keluar muntah-muntah hijau.
        Dan sewaktu mereka didenda oleh senior-senior, dia tetap menjalani denda tersebut seperti biasa biarpun pada ketika itu Kak Linz, roommatenya yang juga salah seorang seniornya menyuruh dia memberitahu AJK orientasi agar dia dikecualikan dari dikenakan denda, tetapi dia tetap ingin meneruskan aktiviti tersebut kerana tidak mahu dianggap mengada-ngada. Biarpun pada ketika itu dia merasakan badannya amat lemah sekali dan seringkali muntah-muntah yang agak teruk sehingga ada pada satu tahap, apabila dia muntah, tiada apa pun yang terkeluar daripada isi perutnya itu. Mungkin pada waktu dia masih belum dapat menyesuaikan diri kerana cuaca yang agak panas di kampus itu.
        Charina membuka pintu kereta apabila tiba-tiba dia merasa satu tepukan di bahunya. Sepantas kilat dia berpaling. Rupa-rupanya Anita menepuk bahunya mengembalikan dia ke alam nyata. Matanya tertumpu kepada seorang pemuda yang berdiri berhampiran dengan Mira dan Anita. Mata Charina mencerun kehairanan memerhati pemuda yang kacak berkulit sawo matang, berambut ikal  yang berdiri memandang ke arahnya itu.
         "Maafkan kami…." Ujar pemuda tersebut pendek.
Charina mengerutkan wajahnya sebagai tanda tidak faham.
Melihatkan kerutan di wajah Charina itu, Farid menyambung percakapannya.
        "Sebenarnya, tadi tu kawan saya… maafkan dia kerana dia berbuat demikian kerana menyahut cabaran kami, maksud saya, cabaran saya dan dua lagi rakan saya yang lain…," Farid menarik nafas dan melepaskannya perlahan.
Charina terdiam seketika sebelum bersuara.
       "Jadi awaklah yang rancang semua ni. Kenapa awak buat semua ni? Apa niat awak? You’ve drop my waterface but now you said you’re sorry? Oh, please….!! Memang awak sengaja nak kenakan saya kan….? Apa salah saya!" Umpama peluru kata-kata yang terluah dari mulut dan luahan kemarahan di hati Charina. Jika dari tadi dia hanya membisu menahan kesabaran di hati, tetapi memandangkan bara yang disimpan dicurah dengan minyak, maka bersemaraklah jadinya bara tersebut. Charina mendengus kasar dan membuka pintu kereta pantas lalu menutupnya kuat.
        Biar! Biarkan mereka tahu betapa sakitnya hati aku!! Apa… ingat aku ni takde air muka ke…?? Ingat aku ni tak tahu malu? Apa perasaan kamu jika dimalukan di hadapan orang ramai?? Lekitan baju yang bercampur air gula masih melekat di dada menambahkan rasa tidak selesanya.
        Rakan-rakannya yang lain turut menuruti jejaknya tanpa mempedulikan pemuda tersebut yang nampaknya masih ingin menjelaskan sesuatu. Mereka hanya menjungket bahu kepada pemuda itu tanpa suara. Charina menekan cluth, memasukkan gear dan menekan pedal minyak pantas dan cekap mengendali transisi manual lalu memandu meninggalkan tempat yang memalukannya pada malam itu. Sementara Farid terus memerhati kereta Swift warna biru itu sehingga hilang dari pandangannya.
        Awak…! Dah lama saya minat awak… Saya nak kenal awak dengan lebih rapat lagi…, jerit Farid di dalam hati. Awak, siapa nama awak…..? Suara Farid di dalam hati . Niatnya pada awal tadi sewaktu melihat Charina dan kawan-kawannya bangun tadi adalah untuk meminta maaf dan sekaligus berkenalan dengan gadis tersebut yang telah lama diperhatikannya sewaktu awal-awal semester lepas lagi yang sesekali datang ke gerai ini. Tetapi memandangkan tiada kesempatan, sehinggalah malam itu dia mempunyai kesempatan tetapi telah dirosakkan oleh Budin dan juga dirinya sendiri.
        
         Kesempatan kali kedua sewaktu bertemu dengan Charina dan Anita tidak disia-siakan apabila secara tidak sengaja mereka bertemu sewaktu Charina sedang menanti Anita di foyer Perpustakaan UPM yang sedang meminjam buku. Dia yang waktu itu terus menuju kearah Charina dan sekali lagi meminta maaf tentang kejadian pada hari itu. Alangkah bertuahnya dia kerana sewaktu itu mood Charina baik, serta ceria dan bersedia memaafkan  kesalahannya malah turut berborak-borak sebentar dengannya seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum itu.
        Setelah itu, Farid sering mengunjungi Charina di KOSASS meskipun seringkali dilarang oleh Charina, tetapi memandangkan hatinya sudah lama tertarik kepada Charina, ditambah pula dengan sifat Charina yang memenuhi ciri-ciri wanita idamannya, maka agak sukar untuk dia menuruti permintaan Charina itu. Ada ketikanya setiap malam dia akan berkunjung ke KOSASS untuk menemui ratu yang semakin bertakhta di hatinya kini.
        Jika sebelum ini dia sering ke Kolej Pendita Zaaba yang lebih dikenali sebagai KPZ untuk menemui Marlia, namun, semenjak mereka bertengkar kira-kira seminggu sebelum dia menemui Charina, kini, nama Marlia hampir padam dalam diari hatinya pada saat ini ditukar dengan nama Charina Shafini binti Kamarul Zamly.