Mari Dengar Satu Cerita : Romantik Gaya Saidina Umar Al Khattab


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



Pada zaman pemerintahan Saidina Umar Al-Khattab R.A, terdapat sepasang suami isteri yang selalu bertengkar dan bergaduh. Si isteri tidak henti-henti membebel. Sedang memasak pun dia membebel, sedang membasuh pun dia membebel, sedang tidur pun kalau boleh dia nak membebel juga. Si suami tidak tahan dengan perangai isterinya yang sangat suka membebel. Dia pun memarahi isterinya kerana 'kuat' membebel. Sehingga lama kelamaan si suami merasakan yang isterinya seorang 'kaki bebel'. Memandangkan keadaan rumahtangganya semakin parah, si suami sudah tidak tahan dengan perangai isterinya, dia pun mengambil inisiatif untuk pergi berjumpa dengan Saidina Umar untuk mengadu kelakuan isterinya itu.

Sebaik sahaja tiba di rumah Saidina Umar, si suami terdengar isteri Saidina Umar sedang membebel di dalam rumah. Tetapi tidak terdengar pula suara Saidina Umar membalas. Mendapati isteri Saidina Umar juga begitu, si suami tidak jadi hendak mengadukan hal isterinya. Menurutnya, "kalau isteri Khalifah juga begitu, apatah lagi isteriku".

Ketika dia berpaling hendak pergi, tiba-tiba Saidina Umat memanggilnya dan bertanya, "Apa hajat kamu datang ke mari?"

Si suami tadi menjawab, "Aku sebenarnya datang hendak mengadu hal isteri aku yang kuat membebel, tetapi aku lihat isterimu pun berkelakuan demikian terhadapmu."

Saidina Umar tersenyum lalu berkata, "Apa salahnya aku membiarkan isteriku berleter. Bukankah dia yang menjaga aku, anak-anakku dan rumahtangga. Apalah halnya jika sekadar membebel kepadaku."

Itulah cara Saidina Umar menhargai layanan dan khidmat bakti isterinya yang begitu setia setelah sekian lama bersusah payah menguruskan rumahtangga. Diam Umar adalah diam tanda sayang, paling paling Umar hanya tersenyum mendengar bebelan isterinya itu. Itulah romantik dan caring cara Saidina Umar. Dibiarkannya isterinya membebel untuk meluahkan perasaannya. Bebelan isterinya juga adalah bebelan sayang, bebelan tanggungjawab dan keprihatinan, bukannya marah-marah yang menjatuhkan maruah dan tidak tahap menderhaka kepada suami.

Kredit : FB Cinta Tidak Perlu Dicari Kerana Ia Tersisip Di Lipatan Hati

NotakakiHD : Alangkah aman dan bahagia kan kalau semua suami boleh berfikiran positif dan waras macam Saidina Umar R.A ^-^


Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27