Monday, October 29, 2012

Jom Layan Lagu : Hilang Naluri - Once




Novel : Kemelut Kasih - Part 6


Part Six






Bab 6




      Sekarang sudah masuk minggu kedua bagi Semester Mei ini. Dan sekarang aku sudah bergelar pelajar tahun dua di semester ketiga. Dua minggu lagi kami sudahpun dijadualkan mempunyai Kertas Ujian Satu bagi beberapa subjek seperti Intermediate Accountings, Marketing dan juga Organizational Behaviour. Adeh la…. baru saja memulakan kelas dah dapat kerja menimbun.  Hmmh, terpaksalah…. Kan nak jadi orang pandai….. Hiks!hiks!… Itu yang sering dikata oleh aku dan Nita untuk memujuk hati sendiri apabila kepenatan berkejar ke sana ke mari untuk menyiapkan kertas kerja kami. Sama ada berkumpulan, mahupun individu.


Alhamdulillah, nampaknya keputusanku semester lepas mencapai target seperti apa yang aku harapkan, dan aku berazam untuk mencapai Anugerah Dekan pula pada semester-semester yang akan datang. Insya Allah. Semoga Tuhan sentiasa merestui niatku. Amin.


Aku dan Nita berjalan pulang ke kolej setelah kelas untuk pagi itu berakhir kira-kira 10 minit tadi. Kelas kami yang seterusnya akan bermula pada pukul 8.00 malam nanti. Kami berbual sambil tergelak-gelak kecil. Cerita yang disampaikan Anita tentang cara Hairul Ariff, seorang senior di kolej menguratnya amat menggelikan hatiku. Beberapa orang pelajar lelaki yang datang dari arah bertentangan kehairanan melihat kami, tetapi  tidak kami pedulikan.

Sewaktu kami mahu melintasi jalan untuk memasuki kawasan kolej, aku terpandangkan Shahrul yang berbonceng dengan Suraya keluar dari kawasan penempatan pelajar itu. Kami saling bersabung pandang. Gelak ketawaku tiba-tiba mati. Pandangan mata Shahrul begitu tajam. Aku agak terpaku melihatnya. Jauh di sudut hatiku, aku berasa amat sayu dan… entahlah… sukar untuk aku ucapkan dengan kata-kata. 



Aku tahu, dan aku sudah bersedia untuk menempuhi segala ini. Aku tahu, kami bertunang hanya pada nama sahaja, tapi hati Shahrul adalah milik Suraya sepenuhnya. Aku hanyalah boneka semata-mata. Boneka yang kononnya diarahkan untuk merapatkan lagi hubungan kekeluargaan di antara dua keluarga. Ingin saja rasanya aku melaungkan kepada semua betapa terseksanya hatiku selama ini. Tidak sesekali aku sangkakan hatiku akan sesakit begini.

Dari awal-awal lagi aku sudah menjangka Shahrul pasti akan masih meneruskan hubungannya dengan Suraya dan mungkin juga dia tidak berniat langsung untuk menjelaskan perihal pertunangan kami kepada Suraya. Entahlah, suka hati dialah… tapi aku amat berharap suatu hari nanti dia akan sedar atas segalanya. Jika dia mahu memutuskan talian pertunangan kami pun, aku berharap biarlah secara baik agar tiada sengketa di antara kedua-dua belah pihak, apalagi berkaitan dengan hubungan kekeluargaan.

"Eh, Rin… kenapa tiba-tiba senyap je ni…?" Soal Anita kehairanan dengan sikapku yang secara tiba-tiba berubah. Dia memandang ke arah laluan TZM Shahrul tadi yang kini meninggalkan kepulan-kepulan asap putih. Aku memandang dengan ekor mata melihat aksi manja Suraya yang memeluk erat pinggang Shahrul.

"Erin, kau tengok tak tadi… daring gila aksi Suraya. Kalau aku duduk kat belakang tadi pun muat lagi tau." Anita tergelak-gelak, tapi aku hanya senyap.

"Oo…. mesti kau masih sakit hati pasal dia pernah marah kat kau dulu kan?" Soal Anita menduga setelah dua kali aku tidak menjawab pertanyaannya.

"Aku rasa si Shahrul tu minat kat kau la Rin. Kau tengok tak mata dia tadi, tajam je tengok kau tadi…" sambung Anita lagi dalam bergurau, matanya dikelipkan beberapa kali, namun aku masih tidak mengendahkannya.


Aku  masih belum mampu bersuara saat ini. Jika bersuara pasti ada nada tersekat-sekat. Paling tidak pun akan ada genangan cecair di sudut mata. Sebenarnya, aku sendiri tidak pasti sama ada aku marah, sedih ataupun jelous dengan semua itu. Mungkin juga aku terkilan atas layanan Shahrul terhadapku selama ini. 


Selama dua minggu di sini, sekalipun aku belum pernah bersua dengannya dan inilah kali pertama kami bersua di kampus ini. Inipun secara tidak sengaja. Bukanlah aku mengharapkan layanan yang baik ataupun manis, namun satu sikap dan tindak tanduk yang lebih wajar pastinya. Sekurangnya, datang bertemuku dan beritahu, kami harus membuat hal masing-masing, dan tidak mencampuri urusan sesama sendiri. Bagi aku, itu sudah cukup.


Kami melintas jalan setelah tiada kenderaan yang lalu lalang di situ. Aku hanya menggangguk kepala sewaktu Pak Guard yang bertugas menyapa kami. Anita kembali menyambung cerita yang terhenti seketika tadi. Begitu ghairah dia bercerita sambil dengan aksi-aksinya sekali. Aku kembali mendengar ceritanya, meskipun separuh hati. Sesekali apabila bertembung dengan pelajar sekolej yang dikenali yang berjalan ke tempat kuliah, kami sempat berbalas senyum. Dan bagi yang menaiki motor, kami hanya sempat berbalas lambaian sahaja. Setelah tiba di kolej, kami berpisah menuju ke blok masing-masing.






          Deringan telefon bimbitku yang buat kesekian kalinya menyedarkanku daripada lena. Aku bingkas dari katil dan memandang sekeliling bilik yang sepi. Patutlah takde orang yang mengangkat! Sebelum menjawab panggilan, aku sempat melihat ada 3 missed calls sebelum itu.



"Hello.."
"Hello, boleh bercakap dengan Azlina?" Soal lelaki yang memanggil.
"Errr, dia takdelah. Telefon baliklah kemudian ya…" balasku dalam sopan.
"Dia pergi mana?" Soal lelaki yang memanggil ingin tahu.
"Maaflah, saya pun tak tahu. Saya pun baru bangun dari tidur ni." Aku menjawab ikhlas. "Ok, bye! Assalamualaikum." Aku mahu menamatkan perbualan secepat mungkin.
"Eh, nanti dulu… kita borak-boraklah sekejap, boleh?" Ramah pula orang di sana.
Tak boleh! Saya mengantuk ni… nak sambung tidur balik…..!! Ingin sahaja aku menjawabnya…. 
Tapi, setakat dalam hati aje la….


"Saya ngantuk lagi ni, awak ganggu tidur saya…." Akhirnya aku berterus terang.
"Patutlah suara macam naga..'" Dia tergelak-gelak kecil. 
"Alaa.. takkan siang-siang macam ni pun tidur jugak, Cik Adik…" balas lelaki itu bergurau.
"Ish, payah nak cakap ni. .. Dah mata saya ngantuk takkan saya nak tahan… Lagipun takde apa nak buat. Tidur je la…."
"Banyak lagi benda lain yang awak boleh buat. Misalnya study ke… or .. berborak dengan saya ke…" Pancing lelaki itu lagi.
"Ya, tengah bercakap la ni…" pqrst@@3##$$$%%cyfdzz… Gerammmnya akuuu….



Lelaki di talian tergelak-gelak lagi. "Hai, merungut nampak? Takpelah kalau tak sudi…" 
Ala, merajuk lah konon-kononnya tu. Pigi daa…
"Urm, takde la… mana ada saya merungut?" 
Tak sampai pula rasanya hati aku menghampakan harapan orang. Cewaahh!! Lagipun tengah boring gak ni, so… layan je la Charina… Mood kantuk pun sudah berlalu.
"Eh, cakap-cakap pun, nama tak tau lagi ni… Ok la, kita mula dari first dulu, boleh… Sape name?" 
Soal aku sambil mengajuk satu adegan iklan di kaca televisyen sempena kongsi raya yang lalu.
Dia tergelak-gelak kecil, mungkin memahami gurauanku itu. 
"Ahmad." Dia turut membalas seperti di dalam iklan itu.
"Ooo... Ahmad, mahu pigi mana?"
"Chemor…." Sekali lagi dia tergelak dan kami sama-sama tergelak akhirnya. 
Teringatkan suatu adegan iklan yang pernah disiarkan di televisyen sedikit masa dahulu.



"Takdelah… nama saya Faizul Azlani. Panggil Faizul boleh, Azlan pun boleh…" 
Ujarnya mengenalkan diri. Siap nama penuh ttuu...!
"Sedap nama tu…" Jawabku ikhlas. "Takkan tak nak tau nama kita?" Aku menyoalnya balik, sedikit mengada. Mungkin sikap ramahnya yang membuatku sedikit selesa, biarpun belum mengenali.
"Dah tau…" dia menjawab senang.
"Owh! cepatnya…" Aku membalas, namun sedikit bersenda. 
Dia ketawa polos. Hiii… kuat gelak lelaki ni…


"Mestilah, kalau nak call sapa-sapa tu, takkan kita tak tau sapa nama tuan punya handset ni, betul tak?"
"Urm, betul jugak tu. Saya setuju. Sepuluh markah!!"
Sekali lagi dia tergelak.
Aku hanya ketawa kecil.
"Betul la tu… Emm, nama awak Charina kan?"
"Hmm… nama penuh Charina Shafini binti Kamarul Zamly. 
Err, umur rahsia. Dan yang lain-lain pun rahsia." 
"Tak tanya pun!'
"Kurang ajaq la tu mulut tu… Tak sayang mulut la tu…"
"Orang gurau je la." Senyum.
"Tak sayang duit ke sembang lama-lama ni?"
"Sekali-sekala takpe…. Lagi pulak saya dah bekerja kan…." Dia menerangkan.
Oooo.. begitu.. aku bersuara, namun dalam hati.



"Err you, ada hal apa nak cakap kat Kak Linz tu. Nanti boleh saya sampaikan." 
setelah beberapa lama, aku ingin mematikan perbualan tanpa arah ini.
"Takpe la, saya ni kawan lama Linz. Nanti tolong sampaikan salam pada dia yer. 
Cakap nanti saya telefon balik. Assalamualaikum."
"Insya Allah, nanti saya sampaikan. Waalaikum salam." 
Kedengaran gagang diletakkan di sebelah sana.


Setelah itu, aku bergegas ke tandas untuk mandi dan solat Asar. Setelah aku kembali ke bilik, barulah Yati, Syikin dan Kak Linz balik dari kelas masing-masing. Setelah siap Solat Asar, kami bersama-sama ke kafeteria kolej untuk membeli makanan sebagai alas perut. Setelah itu, aku bersiap-siap pula untuk menghadiri kelas Statistik Management yang akan diadakan di Dewan Kuliah Ekonomi Pengurusan 4 (DKEP 4) di fakultiku. 


Setelah siap bersolat Maghrib aku terus turun menuju ke bilik Anita di blok sebelah. Rupa-rupanya Anita tidak dapat pergi kerana dia baru sahaja mengalami masalah 'orang perempuan'. Apa lagi, period pain la.… Arrgghh!! Tension aku, dah la kelas malam, kena pergi sorang-sorang diri pula tu. Ish, kalau tak nak pergi kang… dah pakai siap-siap ni… Hmmh, pergi je la….





              Kelas yang sepatutnya berakhir pada pukul 10.30 malam itu berakhir sedikit awal  pada malam ini daripada masa-masa yang dijadualkan kerana Pensyarah kami, Dr. Lee ada perkara yang mustahak untuk diselesaikan. Sewaktu aku berjalan ke foyer fakulti untuk pulang ke kolej, bahuku dicuit dari arah belakang. Dan aku berasa amat terperanjat kerana Shahrul yang mencuit bahuku itu. Aku memandang sepintas lalu di sekelilingnya. Mana Suraya? Soalku sendiri.
"Dia balik rumah parents dia." Jawab Shahrul seolah memahami persoalan yang berbuku di kepalaku. 
Aku menganggukkan perlahan kepalaku. Besok Sabtu, mungkin dia tiada kelas. Tekaku sendiri.
"Saya nak cakap ngan awak sekejap." Sambungnya lagi. 
Kami beralih ke tepi untuk memberi laluan kepada pelajar lain yang lalu lalang.
"Apa dia?" Aku menjeling jam di tangan - 10.15 malam.
"Pasal kita." Ujar Shahrul serius. Air mukanya turut serius.
"Kat mana?" Soalku pula. Namun dalam hati, aku berharap agar dia membatalkan sahaja niatnya itu. Sekarang dah pukul 10.16 minit malam, kalau berbual-bual dulu tu, risau gak aku. Dah la balik seorang diri. 'Bas nombor 11' pulak tu. Suasana pulak gelap guguk bak kata orang Kelantan. Kiranya gelap pekat la. Eeei, nak cakap tak boleh kang…. Takut pulak dimarahi…..
"Sekejap." Dia terus berlalu ke arah meja yang terletak di sisi vending machine dan mengambil begnya dan dua biji helmet.
Nak ke mana pulak ni? Soalku di dalam hati. 
Dia menyusun langkah ke arahku.

"Kasut, nak ke mana tu?" Aku terlihat seorang senior yang sama kursus dengan Shahrul, Bacelor Perakaunan, melangkah laju ke arahnya. Namanya aku tidak tahu, tapi aku sering melihatnya bersama-sama geng mereka di fakulti. Hampir tergelak aku mendengarkan nama yang digunakannya memanggil Shahrul. 
Sememangnya itu sudah lumrah bagi pelajar lelaki di UPM ini yang mempunyai nama gelaran lain selain nama mereka sendiri. Di kolej aku sahaja terdapat pelbagai nama seperti Ayam, Sukun, Teko, Roy (yang sebenarnya merupakan singkatan daripada boroi), Langkau, Spider, Budu dan pelbagai gelaran lagi, namun aku tidak menyangka Shahrul juga mempunyai nama gelaran yang agak unik itu.
Shahrul berpaling. "Kenapa?"
"Eh, kau dah lupa ke kita ada meeting blok pukul 11.00 sekejap lagi?" Ujar rakan Shahrul lagi.
"Takde la, aku nampak macam kau lupa je. Tu yang aku ingatkan ni. Meeting ni penting ni. Kalau dah Pengerusi takde, ntah hapa jadinya dengan meeting tu nanti." Sambung rakannya lagi.
Shahrul yang sudah berada berhampiran denganku menepuk dahinya perlahan.
"Ya Allah, Zam… aku lupa la! Camana aku boleh lupa ni. Nasib baik kau ingatkan. 
Ok lah, nanti aku balik sekejap lagi." Dia berjalan menuju ke arahku.
"Kasut!" Panggil kawannya lagi. Sekali lagi Shahrul berpaling.
"Ayam baru ke? Jambuu...! Takkan makan sorang je?" 
kemudiannya Zam ketawa kecil dan kembali berlalu ke arah gengnya yang sedang berbual rancak.
Zam-zam ala kazam agaknya! Sempat pula aku menghipnosis nama panggilan rakan Shahrul, Zam yang sempat aku dengar dari perbualan mereka tadi.

Langkah Shahrul yang terhenti tadi kembali diatur ke arahku. Aku setia menunggunya di pintu masuk fakulti ini sambil memerhati notis yang ditampal. Oh, lusa kelas Intermediate Accounting dibatalkan rupanya. Yes! Bolehlah aku study sikit untuk test minggu depan.

"Err, saya minta maaf. Nampaknya kita tak dapat lagi bercakap malam ni sebab saya ada meeting blok. Terlupa pula tadi. Sorry ya…. So, lain kali ajelah kita discuss pasal kita." Ujarnya ringkas.

Pasal kita?? Pasal apa? Oo.. mungkin pasal hubungannya dengan aku dan kaitannya dengan Suraya kot…. Aku membuat andaian sendiri tetapi kepala dianggukkan perlahan. Malas aku mahu menanyakan apa yang penting sangat sehingga kami perlu berbincang. Padaku, hal ini perlu dia settlekan di awal kami kembali ke kampus ini. Sekarang, sudah masuk minggu ketiga. Padaku, sudah agak terlewat. Buat sahaja hal masing-masing.. Beberapa bulan nanti, putuskan sahaja talian ikatan ini secara berhemah. Yang pasti sebelum majlis kami berlangsung. Sekali lagi aku menjeling jam di tangan.

"Kenapa? Ada temujanji dengan orang ke? Dari tadi asyik dok perhati kat jam je…" Rupanya dia terperasan akan gelagatku dari tadi. Aku melemparkan senyuman tawar namun tidak membalas apa-apa.
"Okaylah, saya balik dulu….," Ujarku pantas dan mula mengatur langkah keluar.
"Balik dengan apa?" Suara Shahrul sedikit kuat dari belakang. Aku berpaling.
"Jalan la…" Jawabku tanpa selindung.
Shahrul berjalan menghala ke arah motosikal TZMnya yang diletak di bahagian hadapan foyer fakulti. 
"Mari saya hantarkan…" Ujarnya pula. Tidak dapat aku pastikan sama ada dia ikhlas atau sekadar menyindirku. Maklumlah, selama ini aku dan Nita hanya berjalan kaki sahaja ke kelas. Takdelah pakwe-pakwe yang bermotor besar yang mahu mengambil dan menghantar kami.


Aku kembali mengatur langkah. "Tak payah la, saya boleh balik sendiri." Aku menjawab lembut dan mula melangkah ke hadapan tanpa menghiraukan enjin motornya yang mengaum hebat. Sebentar kemudian dia dan motornya rapat menyaingiku yang sedang berjalan.

"Betul tak mahu ni…?" Soalnya inginkan kepastian.
Aku berjalan tanpa menoleh ke sisi tetapi kepala dianggukkan.
"Kalau apa-apa terjadi, jangan salahkan saya. Mama dan Umi awak pun tak boleh salahkan saya. Ini kehendak awak sendiri." Sambungnya lagi, mengugut!
"Takpe, tak akan ada sesiapa yang akan salahkan awak. Taulah saya menjaga diri saya sendiri." Aku menjawab pantas. "…dan awak tak perlu menumpangkan saya untuk menjaga hati orang tua kita!!" Aku menjawab pedas.

Mungkin  terasa tercabar dengan kata-kataku. Setelah itu dia terus memecut laju meninggalkan asap yang memutih di sekelilingku. Tidak sampai lima saat, motornya hilang ditelan kegelapan malam. Aku kembali meneruskan langkah menuju ke KOSASS.

Sunday, October 21, 2012

Cerita Pasal Bola : TRW juara Piala Malaysia 2012 dan mencapai sasaran TREBLE!


~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

Hi! Salam dan selamat pagi..

Sekali lagi kita update perkembangan terbaru pasal bola, ok.. (^-^)

Alhamdulillah! Kelantan berjaya mencipta TREBLE untuk musim 2012 ini !! Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain pasukan Kelantan. Tak lupa juga kepada semua penyokong2 setia pasukan Kelantan yang tidak putus-putus memberikan sokongan, walau di mana jua anda berada, yeaahhh!! Dari Pantai Timur semenanjung menyeberang Banjaran Titiwangsa, dengan perjalanan tidak kurang 7  8 jam. Sesungguhnya kemenangan manis ini membuatkan semuanya berbaloi!

Permainan yang amat mendebarkan sehingga ke tiupan wisel yang terakhir! Sepanjang 90 minit pertama penonton dihidangkan dengan aksi-aksi mendebarkan dari kedua-kedua pasukan. Kelantan mendahului 1-0 di separuh masa pertama melalui jaringan Norshahrul Idlan Talaha (MatYo) pada minit ke 44', yang kelihatan cukup lincah dan bertenaga seawal babak pertama lagi dengan beberapa percubaan menarik, namun berjaya ditangani baik oleh Farizal Harun.

ATM berjaya menjaringkan mata penyamaan pada babak separuh masa kedua melalui tendangan kencang Rezal Zambery Yahya dari luar kotak penalti pada minit ke 49'. Namun sejurus kemudian MatYo sekali lagi berjaya merobek gawang ATM pada minit ke 50' menempatkan Kelantan sekali lagi di hadapan.

Beberapa percubaan lagi tersasar dan berjaya diselamatkan oleh kedua-dua penjaga gawang masing-masing. Sekali lagi ATM (atau dengan nama jolokan baru, Helang Rimba) berjaya mendapat mata seri melalui jaringan Marlon Alex James setelah kekeliruan di hadapan gawang TRW sekaligus menumpaskan Khairul Fahmi Che Mat (Apex), pada minit ke 62'. Kedudukan seri 2-2 sama menyeret perlawanan malam ini ke masa tambahan kecederaan 3 minit, dan sekali lagi diseret kepada 30 minit masa tambahan (plus 4' masa kecederaan).

Jaringan cantik dari pemain pertahanan, Indra Putra Mahayuddin pada minit ke 96', dalam 15 minit masa tambahan pertama menjadi mata kemenangan kepada skuad Sang Kijang menewaskan skuad Helang Rimba pada malam bersejarah ini. Sekaligus berjaya membawa Kelantan meraih Piala Malaysia buat kali kedua, setelah piala yang sama dimenangi pada 2010 yang lalu (menerusi ex-coach B. Sathianathan, coach ATM musim ini - yang dilihat memberi komen agak berapi dan beremosi semalam). 

Lebih manis, Kelantan berjaya meraih kejuaraan TREBLE setelah berjaya memenangi Piala FA pada Mei lalu, dan juga kejuaraan Liga Super Malaysia Julai  lepas. Piala Malaysia menjadi pelengkap kejuaraan, sekaligus memahat salah satu pasukan yang berjaya meraih piala TREBLE, menjadi pasukan ketiga selepas Kedah dan Selangor. (nota : Selangor bergelar TREBLE namun bukan juara Liga Super, tetapi juara Liga Premier/Perdana). Jadi Kelantan merupakan pasukan kedua selepas Kedah berjaya meraih kejuaraan TREBLE.  (^_^)

Norshahrul Idlan Talaha juga dinobatkan sebagai pemain terbaik pada malam ini, memberikan tenaga baru kepada dirinya setelah mengalami kebuntuan dalam menjaringkan gol selepas pulih dari kecederaan yang dialami pada awal musim ini.

Sekali lagi, tahniah TRW! Anda memang pahlawan merah sejati! Tidak lupa sekalung tahniah buat skuad ATM aka Helang Rimba dengan tentangan sengit, dan perlawanan yang menarik!


Jom kita layan beberapa gambau yang daku cilok di page2 berkaitan di malam ini.. hihihii..








Mari kita jenguk muka depan akhbar2 utama di Malaysia hari ini pulak yer.. ;)


TREBLE!!! yeaahhh!


Sejarah Tercipta - Sinar Harian, Edisi Kelantan
(juga edisi sama untuk seluruh negeri di semenanjung Malaysia)


Kelantan Hatrik! - Berita Harian, 21 Okt 2012

Kelantan Juara - Kosmo


Kelantan Cipta Sejarah - Mingguan Malaysia


Nama Matyo dan Indra tercatat  selaku penjaring yang membawa kemenangan  TRW menjulang TREBLE pertama


Antara aksi unik (ke scary ni?? lollll) oleh salah seorang penyokong TRW!


NotakakiHD : Seperti edisi terdahulu, dalam suka ada duka... perkhabaran dan berita di FB berkaitan salah seorang peminat TRW, Muhd Saiful Daud-19 tahun dari Manik Urai yang kembali ke rahmatullah selepas kemalangan di Raub-Kuala Lipis dalam perjalanan ke SSA tengahari tadi. Seorang lagi sepupunya dilaporkan kritikal. Al-Fatihah buat arwah. Semoga rohnya di tempatkan bersama mukminin. Amin. Semoga sepupunya yang cedera lekas sembuh. Amin, amin yarabbil'alaminn..


Monday, October 15, 2012

Mari Dengar Satu Cerita : Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)



السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~



Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.

Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.


Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya

"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.

"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.

Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.

Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.

Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.

Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.

Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?

Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.
Kalau 80,000 tahun?

Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah..


kredit : FB Islam Iman Ihsan






NotakakiHD : Subhanallah! Maha suci Allah..

Sunday, October 14, 2012

Novel : Kemelut Kasih - Part 5



Part FiVe


Bab 5


       Abah memandu kereta dengan kelajuan yang sederhana menghala ke arah Kubang Kerian. Di waktu ini jalan tidak sesibuk di waktu pagi. Setelah hampir dua puluh minit memandu, akhirnya kami tiba di sebuah rumah banglo yang unik, di mana rumah ini diperbuat sepenuhnya daripada kayu jati dalam rekabentuk yang unik tetapi comel ini.



Sewaktu melangkah keluar daripada kereta ini, aku lebih kagum dengan kawasannya tamannya yang dibentuk rapi. Sebuah kolam ikan dilengkapi sebuah jambatan kecil yang comel menghiasi ruang yang cantik itu di suatu sudut. Terdapat gazebo juga di situ untuk santai-santai berehat di waktu petang. 



“Wow!” Suara Rini. Mungkin dia pun kagum melihat dekorasi taman di rumah ini. “Kak…. bertuahlah kau…. Dapat anak orang kaya……,” bisiknya di telingaku. Di waktu itu, Aunty Maria dan suaminya, Uncle Rahman berjalan keluar daripada sliding door untuk menyambut kami.



"Man… ," Abah berjabat tangan dengan Pak Cik Rahman erat dan Pak Cik Rahman memeluk Abah sambil menepuk-nepuk bahu Abah mesra. Mereka berdua merupakan sahabat lama sewaktu belajar di Universiti Malaya pada tahun 1960-an dulu di dalam jurusan Sains Politik. Kami semua memandang sambil tersenyum. 



Umi pula meraih jabatan salam dari Aunty Maria yang kemudiannya dihulur pula ke arahku. Aku menyambutnya lalu menunduk mencium tangan bakal ibu mertuaku itu. Aunty Maria menggosok-gosok perlahan ubun-ubun kepalaku. Selepas itu tangan adikku, Rini pula berada di dalam genggamannya, dan dia mencuit polos pipi Rini yang mulus itu. Rini tersipu kemalu-maluan.



"Lawa-lawa anak dara Cik Fatimah ni," ujar Aunty Maria sambil menghadiahkan sebuah senyuman ikhlas. Rini semakin tersipu. Hendak tergelak rasanya aku melihat Rini yang biasanya lincah itu kali ini tersipu-sipu begitu. Aku cuba menyembunyikan senyumanku dari pandangan Rini tetapi sempat dilihatnya. Selepas Umi dan Aunty Maria berlalu seiring memasuki mahligai yang tersergam indah itu menuruti jejak langkah Abah dan Pak Cik Rahman yang terlebih dahulu memasuki rumah melalui sliding door yang terbuka luas itu, Rini mencubit tanganku rakus.



"Aduh!" Aku mengaduh kecil dan terus mempercepatkan langkahku. Rini yang tertinggal di belakang cuba menyaingiku.



"Itulah akibatnya suka mengetawakan orang," Rini tergelak-gelak kecil dan tertahan-tahan. Aku membuat muka bodoh, malas bertekak dengannya. Dah la di rumah bakal mertua, nak cari nahas??

Kami makan dengan penuh selera di meja hidangan selepas lebih kurang 15 minit berborak-borak kosong di ruang tamu yang tentunya lebih indah itu. Sewaktu aku dan Rini mula-mula memasuki pintu rumah itu, aku terpandangkan Shahrul yang kacak berbaju t-shirt berkolar berwarna biru firus menyerlahkan kulitnya yang bersih itu baru sahaja melangkah turun daripada tingkat atas rumahnya. Hatiku berasa sedikit berdebar melihatnya. Sukar untuk aku ucapkan dengan perkataan, bagaimana perasaanku terhadapnya. Mungkin aku masih bergetar mengingatkan layanan dinginnya selama ini terhadap diriku. 



Selepas turun dari tangga itu, dia terus menghala ke arah Abah dan menyalami tangan Abahku lembut dan menghadiahkan senyuman manis kepada Umi, Rini dan aku sambil mengangguk kepalanya sebagai tanda menyapa kami. Setelah itu kami semua duduk berborak-borak sementara menunggu pembantu rumah mereka menyiapkan hidangan malam kami. Walhal aku sebenarnya lebih banyak berdiam diri daripada rancak bercerita. Aku lebih banyak menjawab soalan yang diajukan kepadaku, dan jika tiada soalan, aku lebih suka berdiam diri.



Setelah siap makan, kami beransur pulang ke rumah. Suasana makan pada malam ini aku rasakan agak tenang, mungkin kerana Hairul, Hafizi dan Hani yang tengah bercuti sekolah itu tiada di rumah di waktu itu. Adik-adik Shahrul itu sedang menghabiskan masa cuti mereka di rumah nenek mereka di Pasir Mas, Kelantan, iaitu di sebuah daerah yang lain yang mengambil masa lebih kurang sejam lebih daripada bandar Kota Bharu ini. 



Hanya Hazrul, adik Shahrul yang bongsu dan berumur empat tahun sahaja yang ada bersama. Nampaknya Hazrul amat manja denganku. Sepanjang malam ini, Hazrul sering berada di sisiku sambil berborak mesra. Aku amat menyukai mulutnya yang petah itu dengan rambutnya panjang lurus melepasi menutupi matanya yang jernih itu. Ada cahaya keindahan di mata anak comel ini.



"Kakak, datanglah lagi ya…." Ujar Hazrul sewaktu kami melangkah ke arah kereta Estima keluarga kami. Aku tergelak kecil sambil menganggukkan kepalaku.
"Promise?" Soal Hazrul petah.
"Promise," Aku cuba mengambil hati budak kecil yang sudah mula menambat hatiku ini. 



Aku menghadiahkan sebuah ciuman ringkas di pipi Hazrul sebelum berlalu ke kereta. Hampir kesemua yang berada di situ ketawa melihat gelagat Hazrul selepas menerima ciuman dariku. Hazrul yang petah itu tersipu-sipu malu setelah menyedari orang mentertawakannya.



Namun, aku merasa lebih berdebar kerana menerima panahan mata yang amat tajam daripada Shahrul yang berada agak kebelakang dari kesemua yang berada di situ. Matanya melahirkan gambaran serius, dan tiada senyuman di wajahnya. Aku agak gugup namun bijak menyembunyikannya dengan terus menyalami kedua bakal mertuaku dan terus memohon diri meninggalkan Abah dan Umi yang masih mengucapkan 'Selamat Tinggal' kepada keluarga sahabat karib Abah itu. Kami sampai di rumah setelah jarum jam mengenjakkan ke angka 11.00 malam.


Lebih kurang tiga hari lagi aku akan menamatkan cuti semester selama hampir tiga bulan ini. Apabila semester akan dibuka pada hari Isnin nanti, aku akan menduduki semester tiga di tahun kedua di Kampus Hijau itu. Mudah-mudahan resultku cemerlanglah hendaknya. Sudah beberapa kali beberapa malam yang lalu aku cuba mendail talian tele-info UPM yang telah disediakan untuk kemudahan para pelajar menyemak keputusan semasa mereka, tetapi gagal kerana mesin masih memberi keputusan semester lepas. Mungkin juga maklumat tersebut masih belum dikemaskini.



Hari ini aku memandu kereta Suzuki Swift milik Umi menuju ke pusat bandar Kota Bharu yang hanya mengambil masa lebih kurang sepuluh minit sahaja daripada rumahku, untuk membeli barang-barang keperluan untuk dibawa ke kampus nanti. Dan tidak ketinggalan juga serba sedikit makanan untuk bekalan di sana nanti. Rini yang berada di sebelahku ini leka menyanyi mengikut rentak lagu Baby One More Time nyanyian Britney Spears. Aku membiarkan gelagatnya tanpa menegur dan terus menumpukan pemerhatian terhadap pemanduanku ini.



Sekarang aku sudah memandu memasuki pusat bandar, jalan di antara Pasar Besar Siti Khadijah dan Bazaar Buluh Kubu ini. Bersebelahan Pasar Besar ini, beberapa buah perhentian bas terletak sederet untuk memudahkan penumpang menunggu bas ke destinasi mereka. Aku memandu melepasi perhentian-perhentian bas itu dan seterusnya membelok ke arah kiri menuju ke bahagian depan Pasar Besar ini. 



Di bahagian inilah yang paling aku benci untuk melaluinya kerana keadaan jalannya yang senantiasa sibuk dan penuh sesak dengan kenderaan yang lalu lalang. Terkadang tu, hampir beberapa lama kami terpaksa terperap di situ kerana jalan jam, terutamanya lagi sewaktu menjelang musim perayaan. Namun mujurlah hari ini keadaan agak terkawal dan aku berjaya melepasi jalan ini dengan agak mudah. Aku mencari tempat 'parking' kereta dan kemudian setelah melihat sebuah Honda Civic baru sahaja keluar dari tempatnya, aku memandu cermat memasuki ruang parking yang kosong itu. Setelah menguncinya, aku dan Rini berlalu menuju ke destinasi yang diingini.



Abang Azlan mengangkat begku dan menyimpannya di ruang meletak barangan di badan bas Ekspress Mutiara bernombor 3 yang akan berangkat ke Kuala Lumpur ini sebentar lagi. Aku berdiri rileks berhampiran muka pintu bas sementara menunggu Abang Azlan kembali. Biasanya Abah yang akan menghantarku sekadar di luar sana sahaja kerana suasana sekitar Stesyen Bas Jalan Hamzah ini yang senantiasa sibuk menyebabkan sukar untuk mencari tempat parking kereta. Tetapi kadang-kalanya Abang Azlan ada juga menghantarku ke sini. Dan kebetulan pada malam ini Abang Azlan yang ingin keluar menemui rakannya, jadi dia terus menghantarku ke mari.



Hampir kesemua penumpang bas telah menaiki bas, dan ini bermakna bas akan bertolak bila-bila masa sahaja dari sekarang. Aku bersalaman dengan Abang Azlan dan terus mendaki anak tangga bas menuju ke tempat dudukku di 'seat' yang bernombor 13. Sebelum itu, sempat juga Abang Azlan menasihati aku agar pandai menjaga diri di tempat orang. Seingatku, begitulah nasihat yang sering dia utarakan kepadaku. Insya Allah, Abang. Yakinlah kepada adikmu ini. Adikmu ini tidak akan menghampakan hati keluarga kita, dan juga hati orang lain. Dan Erin janji Abang, Umi, dan Abah. Erin janji Erin tidak akan mengganggu hubungan Shahrul dan Suraya, kekasihnya itu.



Aku tidak tahu sama ada mereka masih mempunyai hubungan ataupun sudahpun berpisah setelah Shahrul bertunang denganku hampir sebulan yang lalu. Biarlah dia sendiri yang akan sedar dengan hubungan yang telah terjalin antara kami ini. Aku tidak akan sekali-kali menganggu hubungan bahagia mereka selama ini. Tidak sekali-kali kerana Suraya lebih berhak ke atas Shahrul. Mereka bercinta atas dasar suka sama suka. Sedangkan aku pula bertunang dengannya atas dasar orang tua. Sudah pasti aku jauh ketinggalan di belakang.



Bas berjalan dengan laju. Badanku sekali-sekala bergoyang mengikut alunan bas. Gadis yang duduk bersebelahan denganku dari mula-mula tadi lagi sudah hanyut dibuai mimpi indah. Hanya aku yang masih terkebil-kebil melayan perasaan. Namun, tidak lama kemudian aku turut sama terlelap mengikut jejak langkah gadis di sebelah.



Suasana di blok mulai meriah menjelang tengah hari. Ramai di kalangan rakan-rakan seblokku, terutamanya satu aras sudah kembali ke kolej. Sesudah siap mengemas barang yang baru sahaja dikeluarkan daripada pantry, kami beramai-ramai keluar ke kafeteria untuk mengalas perut. Kuliah pula akan bermula pada keesokan pagi. Dan result pun akan diketahui pada pagi esok. Eeee… takutnya…… moga-moga aku memperolehi keputusan yang aku targetkan. Amin. Selepas mengalas perut, kami bersama-sama menuju ke bilik TV. Maklumlah, masih dalam mood honeymoon, dan tempohnya yang akan tamat pada besok hari.

"Nita, bagi aku buah limau tu," pinta Azura. Limau madu yang di bawa oleh Sheera dari kampungnya, Sungkai, Perak itu memang manis rasanya. Tetapi aku lebih menggemari isi yang masam-masam manis. Oleh itu, aku kurang menjamah hidangan tersebut. 



Ruang menonton TV ini penuh dengan hidangan dari segenap pelosok negeri yang dilonggokkan di situ untuk kami sama-sama merasa sikit sama sikit. Aku membawa keropok goreng segera yang biasa dan bersira yang telahpun aku keluarkan daripada beg aku tadi. Nampaknya, keropok itu memang laris kerana sekejap sahaja sudah habis dibaham oleh 'buaya-buaya' yang kelaparan ini. 



Suasana riuh dengan suara -suara lebih kurang sepuluh gadis yang sedang berkumpul ini berlawan dengan bunyi dari peti televisyen. Zazila, gadis hitam manis dari Melaka itu yang baru sahaja masuk sebentar tadi makin menambahkan suasana yang sedia kecoh dengan sikapnya yang sememangnya kepoh itu.



"Alamak….. rindunya aku kat korang semua…" ucapnya dan terus meluru ke arah kami. Dia mencapai sehiris honeydew yang baru sahaja Rozana keluarkan daripada peti sejuk yang berada di bilik TV ini. Buah ini diberi oleh Zamzuri, AJK Kebajikan blok Kijang yang agak rapat dengan geng kami sewaktu kami balik daripada kafeteria tadi. Apabila kami bertanya dari mana dia mendapat buah itu, dia mengatakan yang buah adalah buah curi. Lantak kau lah Sukun….. Kami tahu yang Sukun hanya bergurau sahaja dengan kami.



Zamzuri yang berkulit cerah itu yang kami panggil Sukun adalah seorang rakan yang baik hati. Seringkali apabila pulang dari kampungnya di Parit, Perak, pasti dia akan membawa buah tangan buat kami. Dan kami pula turut membawa makanan untuk membalas kembali kepadanya. Bak kata pepatah Melayu, ‘Orang Berbudi Kita Berbahasa, Orang Memberi kita Merasa’ la…..



"Eh, Rin… tengok cincin kat jari kau tu…. Cantiklah…," Suara Zazila sambil menghabiskan suapan terakhir honeydew itu ke mulutnya. Dadaku terasa bergetar secara tiba-tiba mendengar kata-kata dari Zazila itu. Mata rakan-rakan yang lain yang sedang leka menikmati hidangan itu tertumpu ke jari manis sebelah kiriku. Cincin berlian bermata satu yang bersinar indah itu aku longgarkan daripada jariku dan aku suakan kepada Zazila. Sebentuk lagi cincin belah rotan masih tersemat kemas di jari manisku.



"Ha ah, lawalah Rin… sapa kasi ni…?" Korek Amira pula yang tadi sedang leka membelek risalah Avon isu terbaru . "Pakwe ke?"



"Alah, Aku dah perasan masa kita kat kafe tadi, tapi masa tu terlupa pulak nak tanya…., " Noni pula mencelah. Mereka yang lainnya hanya tersenyum.



"Hish, korang ni….. cincin ni dah lama la… Aku baru pakai je sebab pergi kenduri kahwin rumah kawan aku masa cuti hari tu, tapi terlupa pulak nak simpannya balik." Aku mereka cerita. Wajahku cuba aku selambakan sebaik mungkin agar mereka mempercayainya, sambil membelek risalah Avon yang sedari tadi diperhati oleh Mira. Sebelum ini, aku tidak berniat untuk memberitahu mereka berkenaan pertunanganku dengan Shahrul itu.



"Ooo.. kenduri kahwin rumah kawan… bukan kenduri kahwin kau ke?" Ujar Rozana pula serkap jarang. Aku tau yang sebenarnya dia bergurau. Darahku terasa menyiarap ke muka, tapi aku cuba berlakon sebaik mungkin. Aku menutup kembali risalah Avon itu, menelan liur seketika lalu mengangkat muka menentang wajah-wajah yang berada di hadapanku itu.



"Betul, pakwe pun takde lagi….. Macam mana nak kahwin… Apppaa la korang ni…" Riak wajah cuba aku seriuskan sebaik mungkin.



"Eleh, ada orang yang nak kau pulak yang jual mahal…." Perli Nita sambil mengopek kulit limau. Memulang paku buah keras yang pernah aku ujarkan kepadanya dulu. Dia juga rapat dengan rakan-rakanku di blok ini.



"Kalau tak percaya sudah…. Suka hati koranglah nak cakap apa-apa pun." Malas aku bersoal jawab dengan rakan-rakanku itu. "Eh, jom tengok Rindu Semakin Jauh tu…," Aku berdalih dan mengajak mereka menonton siaran ulangan siri cereka tersebut.



"Ha… tu nak lari dari tajuk le tu…" Giat Zazila lagi.
"Entahnya Erin ni… takkan dekat roomates sendiri takleh cakap kot?" Celah Syikin pula. Dia baru sahaja tiba di bilik TV ini sewaktu kami sedang berbalas kata. Mungkin ada di antara mereka yang menceritakan kepada dia.



"Takde… betul… ni cincin Erin yang Umi simpan…." Bersungguh aku menipu mereka. 



Aku bangun dan berlalu menuju ke arah sofa yang berada di hadapan kaca TV itu meninggalkan mereka yang lain yang masih mengadap makanan. Setelah itu, aku kembali ke bilik untuk menunaikan Solat Zohor.

Cerita Pasal Bola (lagi) : Sejarah Persatuan Bola Sepak Kelantan (KELANTAN FA)



Untuk makluman diriku sendiri jugak.. dalam menyusuri asal usul dan memahami sejarah
arena bola sepak tempatan dan negeriku...

Persatuan Bola Sepak Amatur Kelantan (KAFA) telah diasaskan pada tahun 1946.
Pada tahun 1986, Timbalan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher menerajui kepimpinan bola sepak Kelantan sehingga tahun 1990.


Pada tahun 1991, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Haji Wan Hashim Wan Daud mengambil alih kepimpinan yang ditinggalkan oleh Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher setelah tampuk kepimpinan kerajaan negeri bertukar tangan.

Pada tahun 2004, jawatan presiden bertukar tangan setelah Haji Ahmad Jazlan Yaakub diberi laluan untuk menerajui KAFA. Sejarah tertulis dalam buku bola sepak Kelantan dimana pada tahun 2005, kita merupakan satu-satunya negeri yang bermain dalam Liga FAM setelah berada ditangga tercorot dalam Liga Perdana tahun sebelum itu.


Tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA yang baru apabila Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa diberi kepercayaan menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan bagi penggal 2007/2010.

Tahun pertama Tan Sri bersama Kelantan FA sudah menampakkan peningkatan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Liga Perdana musim 2007/08. Malahan dalam saingan Piala Malaysia pula, walaupun kita gagal melayakkan diri ke suku akhir Piala Malaysia, tetapi kejutan yang dilakukan diperingkat kumpulan sedikit sebanyak menyaksikan kebangkitan Kelantan tidak harus dipandang rendah.

Pada 2009 Kelantan mampu berbangga kerana berjaya melangkah ke dua final iaitu Final Piala FA dan Final Piala Malaysia. Namun kedua-dua perlawanan menyaksikan hanya bergelar Naib Juara sahaja.

Pada 2010 Kelantan akhirnya mencipta sejarahnya tersendiri kerana berjaya mencapai status Naib Juara Liga Super dan Juara Piala Malaysia. Pencapaian Kelantan terus gemilang pada 28 Januari 2011, Kelantan sekali mencipta sejarah buat kali pertama merangkul Piala Sultan Hj Ahmad Shah dengan menewaskan Selangor selaku Juara Bertahan.


PRESIDEN KAFA

19xx - 19xx - Datuk Haji Hussien Ahmad
19xx - 19xx - Datuk Nik Mahmud Nik Daud
1986 - 1990 - Datuk Haji Ahmad Rastom Haji Ahmad Maher
1991 - 2004 - Datuk Haji Wan Hashim Haji Wan Daud
2004 - 2007 - Haji Ahmad Jazlan Datuk Yaakub
2007 - sekarang - Tan Sri Datuk Seri Panglima Haji Annuar Haji Musa


SENARAI PENGURUS PASUKAN KELANTAN
1998 - 2002 - Datuk Haji Wan Hashim Haji Wan Daud
2005 - Haji Azman Ibrahim
2006 - 2008 - Haji Ahmad Jazlan Yaakub
2009 - 2010 - Haji Azman Ibrahim


SENARAI JURULATIH-JURULATIH KELANTAN

1988 - Allahyarham Haji Mohamad Che Su
1989 - Majid Arif (Singapura) / Haji Mahadi Yusof
1990 - Allahyarham Haji Mohamad Che Su
1991 - Milan Duricic (Yugoslavia) / Haji Mahadi Yusof
1992 - Horst Heese (Jerman)
1993 - M. Karathu (Perak)
1994 - Milous Kvacek (Rep. Chzech)
1995 - Haji Mahadi Yusof
1996 - Kelly Tham (Sabah)
1997 - Kelly Tham (Sabah)
1998 - Kamaruddin Md Noor / Hamid Ramli
1999 - Mostakheen Omar (Kedah)
2000 - Abdul Rahim Ahmad
2001 - K. Rajagobal (Selangor)
2002 - K. Rajagobal (Selangor)
2003 - Abdullah Mohamad (Terengganu)
2004 - Abdullah Mohamad (Terengganu)
2005 - Kamarudin Md Noor
2006 - Kamarudin Md Noor / Anizan Daud
2007 - Abdul Rahim Ahmad
2008 - Norizan Bakar (Perlis) / Regis Laguesse (Perancis)
2009 - Peter James Butler (England) / B Sathianathan
2010 - B Sathianathan
2011 - Datuk M. Karathu Maruthaiah
2012 - Peter James Butler
2012 - Bojan Hodak


kredit : FB The Klate State

sedikit klip sedutan sejarah kebangkitan Kelantan FA recently years

there's some error in grammar, but its's ok.. can improve in future, as long the story delivered :)
credit to saudara ultrakelate for the short and memorable clips



Cerita Pasal Bola : Piala Malaysia - Kelantan Mara ke Final!


~Lihatlah sekitar alam

Dunia luas terbentang~


Hi, salam..

Lama tak update pasal bola kan.. :) 
Jadi hari ni, saya nak update sikit la pasal bola..
(sebabnya, Kelantan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala Malaysia la... hehe *mood gembira* yang akan berlangsung dia Stadium Shah Alam, pada Sabtu nanti, 20hb Okt 2012.

Actually, citer bola ni adalah kemenangan dan cerita gumbira buat seluruh warga Kelantan yang menjadi penyokong terkuat dan setia skuad TRW selama ini. Perlawanan separuh akhir kedua telah berlangsung Jumaat lalu, 12 Okt 2012, juga bertempat di Stadium Shah Alam (SSA) menyaksikan skuad The Red Warriors (TRW) berjaya membenam skuad The Red Giants 2-0, jaringan pemain import dari Lubnan, Muhammad Ghadar pada minit ke 84' yang berjaya mengatasi 3 pemain pertahanan 'gergasi merah' meledakkan sorakan gembira dari penyokong TRW di stadium, di rumah mahupun di seluruh pelosok negara yang menyaksikan siaran secara langsung di siaran Astro Arena (801) ataupun TV1 (101). Ia juga merupakan jaringan terakhir pemain import itu di tahun ini setelah diberi layangan kad kuning kerana mengasari pemain Selangor, Bunyamin menjadikan kad kuning kedua buat dirinya.

Sorakan gembira penyokong skuad TRW bergema lagi di minit terakhir, 93' menerusi masa tambahan kecederaan, hasil jaringan cantik dari  freekick  Mohd Badhri Radzi (atau lebih dikenali dengan nama jolokan  Piya). Aksi Piya yang dimasukkan di separuh masa kedua malam itu, selepas melakukan jaringan- membuka jersinya dan berlari ke sisi padang sambil mempromosikan 'Ajihs Nasi Lemak 80sen yang tertulis di singletnya- telah dihadiahkan kad kuning oleh pengadil .Terdahulu, dia tidak beraksi di separuh akhir pertama di Stadium Sultan Muhammad ke 4 (SSM1V) 7 Okt lalu.

Sejurus itu, pengadil meniup wisel menandakan tamat perlawanan, seterusnya melahirkan rasa kenangan manis buat semua pemain, pihak pengurusan dan jugak para penyokong TRW. Kelantan mara ke perlawanan akhir secara agregat 3-0, akan menentang skuad ATM yang terlebih dahulu berjaya mara ke final setelah berjaya menewaskan skuad seberang tambak, LionsX11 dalam perlawanan penuh dramatik dengan jaringan penalti 5-4, setelah terikat 1-1 sama di Stadium Jalan Besar, Singapura dan juga sekali lagi terikat jaringan 1-1 sama dia Stadium Selayang pada 11 Okt, Khamis lalu.

Jadi, pertandingan sekali lagi Sabtu ini di antara Kelantan dan ATM dijangka menampilkan pertarungan yang sengit di antara Juara Liga Super 2012, Kelantan dan juara Liga Perdana2012, ATM. Kedua pasukan ini kembali bertemu di final nanti setelah beradu di peringkat kumpulan B di awal pusingan Piala Malaysia ini, di mana kedua-dua pasukan berjaya menjadi juara dan naib juara di peringkat kumpulan. 

Mengikut rekod, kelebihan adalah berpihak kepada Kelantan yang berjaya menewaskan skuad ATM 4-3 di SSMIV dan jaringan 1-1 sama di Stadium Selayang. Namun, pertandingan akhir ini dijangka perit untuk skuad TRW kerana 2 penggempur utama, Farhan dan Ghadar tidak dapat beraksi setelah masing-masing mengumpul dua kad kuning. Oleh itu, taktikal mantap oleh coach Bojan Hodak amatlah didambakan.

Akhir kata, viva TRW! Semoga misi treble berjaya disempurnakan dengan jayanya nanti... Seluruh warga Kelantan menantikan piala treble pada tahun ini. Insya Allah.

Chaiyok! Chaiyok!

Jom layan klip jaringan dan keratan akhbar semalam yang berkaitan :)


Red Warriors Hebat
Berita Harian, 13 Okt 2012

Selangor Merah Padam
Sinar Harian - Edisi Kelantan

Misi 33 GAGAL
Sinar Harian - Edisi Selangor

sedikit sedutan klip malam itu



dan ini dia... seperti yang dijangka
Kerajaan Kelantan pasti mengumumkan Cuti Peristiwa
pada tanggal 21 Okt 2012 (Ahad) nanti, sebagai hadiah kepada penyokong tegar
dan juga harapan berhati-hati sewaktu pulang memandu ke Kelantan nanti..





ok, ok.. ada sikit lagi yang nak dikongsikan di sini
seloka pasca separuh akhir kedua Piala Malaysia
Klate vs Selangor ;)



Ok, kat bawah ni pulak seloka-jenaka- daku dan rakan2
 menjelang separuh akhir kedua.. ngeee
*kredit to fb my lovely preng, jay emsss*


perbualan aku dan anak buah ku Syamil Shahrizal yg merupakan peminat TRW tntg bola malam ni

aku : esok slangor lawan kelantan..kalahlah kelantannnnn
syamil : aku selangor, mu klate, kalohlah klate sok..kalohh kalohhh (dgn kecek klate)
aku : ek eley ko pehal ni sokong slangor lak..kalau tak bergaduh je klu ckp kelantan kalah..haha
Unlike · 




Dalam suka, ada duka...
Oleh itu, kita haruslah sentiasa berpada-pada..
Malam yang sama juga menjadi kenangan akhir hayat
buat arwah Suharto Abdullah, 45 tahun
setelah diserang sakit jantung sewaktu meraikan jaringan pertama TRW.
Al-Fatihah buat arwah. Semoga tergolong dalam para mukminin. Amin..


NotakakiHD: viva TRW! GKG! Semoga berjaya.
                      Buat para penyokong TRW, berhati2lah dalam percakapan, 
                      jangan dok ber'agah' sangat deh.. Bersederhana sudah...       
                      masih ada 90 min lagi to go... okes wink Lepas konpom 
                      meney gak,  kita  ssuko sungguh la... ko guano.. hehe   grin