Posts

Showing posts from November, 2012

Perihal Lelaki : Petua Menangani Suami Yang Mula Naik “Miang”

Image
Angka 40 membawa persepsi berbeza pada lelaki dan wanita. Bagi lelaki, lazimnya usia ini dianggap permulaan hidup dan kematangan. Bagi wanita, usia itu sering dikaitkan dengan perkara negatif dan dikatakan 'saham mula menurun'. Pada usia ini, lelaki menjadi lebih matang, tepat membuat keputusan, bijak memberi cadangan, lebih penyayang, lebih prihatin dan lebih dalam segala-galanya. Malah, ada juga yang mengatakan pada usia 40, darjah miang lelaki semakin meningkat. Wanita juga sering memberi alasan serupa untuk menguatkan andaian bahawa lelaki memang miang. Antara yang biasa didengari, suami mula menjeling wanita lain, main kayu tiga malah berkahwin lain. Jika ada suami yang mula menunjukkan tanda 'keriangan' luar biasa, diperturunkan sedikit petua untuk isteri menyekat suami bermain mata dengan wanita lain: 1. Layan suami seperti biasa. Hangatkan suasana dengan kata-kata yang memberangsangk an kerana ia boleh membangkitkan semangat dan suami berasa

Salam Maal Hijrah 1434H

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam Dunia luas terbentang~ Hi kawan-kawan.. Salam Maal Hijrah 1434H buat semua. Mudahan di Tahun Baru Hijrah ini akan memberikan kita semua  yang baik-baik sahaja hendaknya..  Insya Allah.. Mudahan diri ini juga bertambah ke takuk yang lebih baik... Selaku insan, kita sering lalai. Hmm.. *muka sedih termewek* Apapun, saya sangat rindukan satu lagu 1 Muharram sewaktu di zaman kita kecik2 dan sekolah dulu..  kalau dulu tu, sebelum menjelang Maal Hijrah, selalu kedengaran lagu ini diulang-ulang di kaca TV (TV1 pastinya), dan ia menjadi satu peringatan kepada kita akan ketibaan tahun baru hijrah ini.. Namun sekarang, selari arus dan pembangunan globalisasi, modenisasi.. agaknya semua itu turut disenaraikan dalam list yang tak boleh disiarkan kot? huhu~ (ayat aku jer ni ek..  jangan jadik isu pulak :p)  ( ^ _ ^ )  *sengih* Sementara di zaman persekolahan pulak, tiap2 tahun, kalau sambutan Maal Hijrah kat sekolah tu, mesti

Ceritera Wanita : Perkara Yang Wanita Inginkan Dari Lelaki (^ - ^)

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam Dunia luas terbentang~ 1. Beramal soleh Perempuan mahukan seorang lelaki yang beramal soleh.  Mereka mahukan lelaki yang tahu menjaga Rukun Islam, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan zakat, dan sentiasa menjaga batas-batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan. Mereka juga mahukan lelaki tersebut tidak melakukan perkara-perkara yang diharamkan dalam Islam. 2. Bersikap adil Yang kedua, perempuan mahukan lelaki yang bersikap adil. Ianya adalah seperti bersikap adil dengan anak-anak, ibu bapa, ibu dan bapa mertua, adik beradik dan rakan-rakan. Sesetengah lelaki hanya mementingkan diri mereka sahaja dan tidak menghiraukan pasangan mereka. Mereka lebih mendahulukan keluarga mereka sendiri tanpa mengambil kisah ahli keluarga pasangan mereka. Perempuan tidak suka lelaki yang bersikap begini. 3. Bertanggung jawab Lelaki perlu mempunyai sikap yang bertanggung jawab. Tidak

Novel : Kemelut Kasih - Part 7

Image
Part SeBeN Bab 7         Shahrul  memandang syiling tanpa berkelip di kesuraman malam yang sebenarnya telahpun menjejak ke awal pagi itu. Telah puas dia memalingkan tubuhnya yang kekar itu ke kiri dan ke kanan. Kipas angin yang berpusing ligat di syiling itu terasa tidak berfungsi olehnya. Dia teringat akan kata-kata Charina tadi. Terasa berdesing akan kata-kata gadis manis tadi. Meskipun dia bercakap dalam nada lembut, tapi amat menyakiti hatinya.             Dia tahu, dia perlu tahu menjaga perihal Charina yang kini telah sah menjadi tunangannya itu. Dia telah sanggup menerima janjinya dengan Mamanya dan juga Umi Charina untuk menjaga Charina sepanjang mereka di sini. Mulanya dia menganggap itu hanyalah sekadar untuk menjaga kedua hati orang tua mereka sahaja, tetapi kini dia menyedari, keselamatan Charina adalah di bawah tanggungjawabnya. Namun begitu, kerana egonya sebagai lelaki, dia tidak menunjukkan perasaan ambil beratnya itu kepada Charina. Dia hanya m