Posts

Showing posts from 2013

Novel : Kemelut Kasih - Part 18

Image
~Eighteen~ Bab 18     P eperiksaan  akhir semester 3 telahpun tamat sekejap tadi. Charina duduk releks di luar Dewan Besar, tempat berlangsungnya kertas terakhirnya pada semester ini, Marketing sambil menanti Anita yang masih belum habis menjawab. Sesekali dia membelek kertas soalan yang dibenarkan dibawa balik oleh pensyarah mereka. Apabila ditegur oleh rakan sekursus, dia menjawab mesra sambil berbual rancak.        "Amacam soalan tadi Erin, ok tak?" Soal Zamri sambil tersengih. Di sebelahnya, Saiful Iddin melemparkan senyuman kepadanya. Charina membalas.          "Okay la…." Jawab Charina. "Banyak gak soalan yang dapat dari senior last-last sem naik kan?" Soalnya balik kepada Zamri. Sebenarnya, hampir sepertiga daripada pelajar ini telah pun mendapat soalan daripada senior yang beberapa tahun lepas dan mereka telah berpakat mencari jawapan terlebih dahulu.         Biasanya, apabila seseorang pelajar mendapat sesuatu kert

Edisi Jalan-Jalan : Trip to Medan, Indonesia (^_____^)

Image
~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Date : 27-30 Nov'13           (Wed-Sat) Yeehaaaa!! Banyak benor teman berjalan-jalan tahun ni kan.. kihkihkih.. Sukaaaaaaa!!! Kali ni aku join geng si Mc Ja (Rohaiza) pulak and R (Arni) with her collegemates kt UKM dulu.. Then 3 kawan R join our group . Sepatutnya 10 orang yang join trip ini, tapi at last Rina o ne of their collegemate member  tak ble join. So ber-sembilan- orang lah kami ke bumi Medan di minggu nan lalu... Mc Ja tu pulak mulanya hampir tak dapat mengjoinkan diri, namun at last ble join for last before dia jadik hak orang... :) Ikut plan, hari kami rancang jalan, dia nak akad nikah... Namun akhirnya ditangguhkan ke awal tahun nanti. Jadinya, sempat la lagi dia mengjoinkan diri... Hari Selasa aku, R dan Zue masih keje.. sampai rumah  almost 8 malam, terus bersiap dan  final check luggage add & buang sana sini. Kul 11 malam, aku kuar and pergi amek R kat Desa Petaling. Planny

Novel : Kemelut Kasih - Part 17

Image
~SeveNTeeN~ Bab 17 M alam   itu, Faizul datang secara tiba-tiba. Berseorangan. Dia memang sering ke mari. Kadang-kala dia datang bersama teman rumah bujangnya, Rahmat dan kadang kalanya Shamsul. Hubungan antaranya dengan kami satu bilik sudah mesra. Kerapkali kami keluar bersama-sama satu bilik, kadangkalanya pula hanya aku, Kak Linz dan Faizul. Biasanya kami hanya keluar makan di kawasan berdekatan. Paling tidak pun kami berborak-borak di bawah. Aku melangkah menuruni tangga, juga berseorangan. Kak Linz ke rumah abangnya yang berada di Desa Serdang. Yati pula masih sibuk dengan aktiviti ROTUnya, sedangkan Syikin pula dari awal lagi dah lesap. Berdating dengan Abang Hakimi agaknya. Ini merupakan kali pertama Faizul ke mari selepas peristiwa yang menimpaku hari itu. Aku merasakan kedatangannya sekali ini pun pastinya sedikit sebanyak berkaitan dengan hal ku itu. Perasaan segan menguasai diriku di kala ini apabila mengingatkan peristiwa yang mem

Perihal Lelaki : 10 Fakta tentang LELAKI

Image
1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu. 2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka. 3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita. 4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang. 5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan cuba mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut. 6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka. 7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita. 8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka. 9. Seorang lelaki mamp

Edisi Jalan Jalan : Bukit Tinggi, Pahang

Image
Hiii kenkawan...  Alang-alang dah update, jom kita update lagi belog ini yer.. hiiiiii~~ Sementelah kebanyakan family The Sidek's ada kat KL ni kan, so keesokan hari selepas final Piala Malaysia tu, kami sepakat berjalan-jalan ke Bukit Tinggi, Berjaya Hills Resort, yang berada di negeri Tok Gajah yang menang Piala Malaysia ttuu... hehe.. Dalam sakit kepala berdenyut-denyut tu (sedari petang kat stadium tu lagi), sempat lagi ai entertain my adiks beradiks dan mak ke sana okeh. Alah, lagipun dekat jer kat sini kan... Sejam jer kot nak ke sana dari KL ni.. Aku penah pergi dulu tapi tak jalan sangat la.. Maklum situasi dan orang tidak mengizinkan... So now, selepas 8 tahun kot, aku ke sana lagi... with my family .. Seronok di sana, sambil ber kemho (camwhore) la, apalagik.. kihkihkihhhhhh Situasi di Bukit Tinggi, Pahang ni memang seswai untuk jalan-jalan santai2 bersama family to ease ourselves ... lari dari hiruk pikuk kota  ^___^   Tempat2 menarik kat sana