Posts

Showing posts from May, 2013

Mari Layan Lagu : The Way I am :)

Cerita Pasal Bola : Kelantan Mengesahkan Tempat ke Final Piala FA 2013 - 28 Mei

Image
Salam ! Hi Kenkawan.. Kita hapdet lagi pasal bola lagi arini yer... ^_^ Alhamdulillah! Kelantan berjaya lagi mara ke final dengan aggregat 6-5, selepas tewas 2-4 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebentar tadi. Perlawanan yang sangat-sangat-sangat dramatik. Kebangkitan skuad Sang Penyu yang mendahului 4-0 ke atas skuad Sang Kijang, namun akhirnya gol TRW berjaya diperoleh hasil sepakan Obinna Nwaheri di akhir masa kecederaan, 3 saat sebelum wisel penamat ditiup mengheret permainan ke masa tambahan, menjadikan aggregat 5-5. Tempo permainan skuad Sang Kijang dilihat perlahan, dan tempo permainan Terengganu diberi pujian. Namun, 2 kad merah yang dilayangkan kepada Effa Owana dan Manaf Mamat mencacatkan persembahan mereka, seterusnya skuad TRW berjaya menewaskan mereka di minit ke 119, hasil sepakan Dickson Nwakaeme. Terengganu bangkit dengan persembahan cemerlang petang tadi di halaman sendiri, namun nasib tidak menyebelahi mereka. Tahniah buat TRW

Cerita Pasal Bola : Kelantan separuh kaki ke Final Piala FA 2013 - 25 Mei

Salam! Hi kenkawan.. Lama kita tak berhapdet pasal bola-bola sepak kan.. Jadi, marilah kita hapdet sedikit pasal bola sepak, sukan kegemaran ramai di alam semesta ini.  Di seluruh dunia, kegilaan kepada bola sepak ini memang diketahui umum-lah. Tak yah nak citer. Begitu juga di Malaysia. Malahan jua di tanah kelahiranku, Kelantan! ^_^   So, kita tak yah nak bebel2 panjang lebor.. Moh kita straight to the Ampang point ^_^ Ini berkisarkan arena bola sepak tempatan. Piala FA. Malaysia. Ok, mood kegembiraan rasanya masih lagi menyelubungi seluruh peminat TRW. Kemenangan dramatik 4-1 ke atas skuad Sang Penyu, Terengganu Sabtu, 25 Mei lalu seolah-olah satu kegembiraan yang sangat memuaskan hati semua peminat skuad Sang Kijang ni. Prestasi turun naik pasukan Kelantan sedari awal musim 2013 ini, sama ada diakui atau tidak adalah akibat perpindahan pemain2 yang agak ternama ke skuad negeri lain. Antaranya Ghaddar ke Felda United FC, S Chanturu yang dikenali dengan jolokan Super Cha

Edisi Jalan-Jalan : Langkawi, yippieee..

Image
~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Date : 25-28 Apr'13 Bercuti! Trip ni adalah penghujung bulan Apr'13 aritu. Seminggu sebelum PRU13. Seb baikkk.. phewww.. lega aku! Berjaya jugak kami-kami dan hasrat hatiku nak bawak mak-ayah-dan si bongsu ke sini. Sebenarnya, plan ini adalah dari awal tahun lagi. Aku menjangkakan, PRU13 ini berlangsung dalam bulan Mar'13... So dalam Feb'13 tu setelah berbincang dengan adik2ku, Wanie,  Ana & Rizwan, so masing-masing ON...  Kebetulan ada pulak promo tiket, aku d ecide Apr'13 is the best .. Ingat nk buat end of Apr (sempena besday ai khan..hehehe.. pastu esok tu cuti Labour day, mahei pulak tiket pi baliknya.. s o i have decide, a week earlier... ding dong ding dong.. at last aku hanya tempah tiket kami ber 5 sahaja.. Masa tu memang konpom konpiden betul la, PRU mesti dah lepas punyo... CONFIRM! Ali-alih, lain dirancang lain yang jadi... Masa nak tempah tiket, Ana dah kejap ok kej

Edisi Jalan- Jalan : Entry Tertunda : Kampung Kuantan, Kuala Selangor

Image
~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Date Jalan-Jalan : 23 Mar'13, Saturday. Kami berempat, Aku, Shahi, Rahi dan Azie telah berkunjung ke Kampung Kuantan di Kuala Selangor. Ekceli, aku yang nak ke sana, mereka hanya mengikut... Rahimah yang dah berkunjung kali ke 2/3, tetap sudi ikut kehendak rakannya yang nak tengok kelip-kelip di tepian sungai ni.. ^_^ (ni kes terpengaruh dari novel Anis Ayuni- Kau Kekasihku & Beautiful Asmara (Aina Emir) la ni.. hahahaa..  so nak merasai sendiri keindahan cahaya2 kelip-kelip sang kunang-kunang the fireflies itu. Cantikkk sangat.. Umpama pokok Xmas yang bersinaran di malam hari.. Kami bergerak dari Kg. Medan (umah Shahi) agak lewat -sebaik sahaja selepas Maghrib. Di siang harinya, kawan kami Rahimah aka Ema ni amaattt la busy nya.. Azie pulak half day keje. Janji nak gerak after Asar, at last yang nyata is after Maghrib. Takpe, jadi la... dalam masa lebih kurang sejam, melalui Bukit Jelutong, Puncak Alam dan seter

Helluuu...

Lama sungguh tak berhapdet belog ku ini, kan... Ish ish ishh.... Mood kemalasan yang super ketinggian begini lah jadi nya... Haishh.. Ok, ok... arini ada mood kot nak hapdet sket... Pasal bola semalam umpamanya... hiii.... ^_^