Tuesday, May 28, 2013

Cerita Pasal Bola : Kelantan Mengesahkan Tempat ke Final Piala FA 2013 - 28 Mei



Salam !

Hi Kenkawan..

Kita hapdet lagi pasal bola lagi arini yer... ^_^


Alhamdulillah! Kelantan berjaya lagi mara ke final dengan aggregat 6-5, selepas tewas 2-4 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu sebentar tadi. Perlawanan yang sangat-sangat-sangat dramatik.

Kebangkitan skuad Sang Penyu yang mendahului 4-0 ke atas skuad Sang Kijang, namun akhirnya gol TRW berjaya diperoleh hasil sepakan Obinna Nwaheri di akhir masa kecederaan, 3 saat sebelum wisel penamat ditiup mengheret permainan ke masa tambahan, menjadikan aggregat 5-5.

Tempo permainan skuad Sang Kijang dilihat perlahan, dan tempo permainan Terengganu diberi pujian. Namun, 2 kad merah yang dilayangkan kepada Effa Owana dan Manaf Mamat mencacatkan persembahan mereka, seterusnya skuad TRW berjaya menewaskan mereka di minit ke 119, hasil sepakan Dickson Nwakaeme.

Terengganu bangkit dengan persembahan cemerlang petang tadi di halaman sendiri, namun nasib tidak menyebelahi mereka. Tahniah buat TRW atas semangat juangmu yang tinggi, dan bangkit kembali sekalipun sudah di ambang kekalahan. Apapun, sekalung tahniah juga diucapkan kepada team Terengganu atas tentangan hebat.

Kelantan bakal menunggu lawan JDT atau Pahang yang mana perlawanan akan berlangsung malam nanti di Kuantan.

Jom saksikan antara klip-klip dan gambar menarik perlawanan petang tadi



kredit FB : Dunia Warriors 


Pemain Kelantan meraikan gol hasil jaringan Obinna Nwaneri pada masa tambahan separuh masa kedua separuh akhir kedua Piala FA 2013 di antara Terengganu dan Kelantan di Kuala Terengganu pada 28 Mei 2013. Gol tersebut membolehkan Kelantan mengheret Terengganu ke masa tambahan sebelum menjaringkan gol kemenangan dengan agregat 6-5 untuk mara ke final.

Jom kita meriahkan lagi SNBJ seperti yang macam ini



NotakakiHD : Tak sangka, dengan game bermula seawal 4.15 petang, daku tiba dirumah 6.45 petang, sempat lagi menonton skuad TRW yang berjaya ke final. Tahniah, kita bertemu dan bertandang di Bukit Jalil Jun nanti   ^_^

No comments: