Sunday, May 26, 2013

Edisi Jalan-Jalan : Langkawi, yippieee..




~Lihatlah sekitar alam..
Dunia luas terbentang..~

Date : 25-28 Apr'13


Bercuti!
Trip ni adalah penghujung bulan Apr'13 aritu.
Seminggu sebelum PRU13. Seb baikkk.. phewww.. lega aku!
Berjaya jugak kami-kami dan hasrat hatiku nak bawak mak-ayah-dan si bongsu ke sini.

Sebenarnya, plan ini adalah dari awal tahun lagi. Aku menjangkakan, PRU13 ini berlangsung dalam bulan Mar'13... So dalam Feb'13 tu setelah berbincang dengan adik2ku, Wanie,  Ana & Rizwan, so masing-masing ON...  Kebetulan ada pulak promo tiket, aku decide Apr'13 is the best.. Ingat nk buat end of Apr (sempena besday ai khan..hehehe.. pastu esok tu cuti Labour day, mahei pulak tiket pi baliknya.. so i have decide, a week earlier... ding dong ding dong.. at last aku hanya tempah tiket kami ber 5 sahaja.. Masa tu memang konpom konpiden betul la, PRU mesti dah lepas punyo... CONFIRM!

Ali-alih, lain dirancang lain yang jadi... Masa nak tempah tiket, Ana dah kejap ok kejap tak.. sebab baru masuk umah baru dan membeli barang2 rumah kan... So dia and family berkemungkinan besar tak join... Rizwan pulak ding dong ding dong sebab mungkin kena transfer ke Pahang, risau dia... Rancangan awal, nak book TNB nyer accomodation, at last aku book from Agoda jer ler. Nice gak hotel kami ni.. Ricci Inn - dah la murah, selesa dan jugak bersih.. di tengah pekan Kuah lagi- area belakang Langkawi Parade- Owh ya, hotel ni di tempah selepas tarikh sebenar PilihanRaya Umum ke 13 Malaysia sudah ditetapkan pada 5 Mei 2013.

Gusar Hati
Susah hati aku selagi PRU tu tak lepas, maklum ler... tiket dah book awal lagi sedari Feb'13 kan... In between tu, macam2 isu nasional yang muncul... Pembubaran parlimen yang lambat.. dengan Isu pencerobohan di Sabah tu lagi... Hampir2 trip hadiah untuk mak dan ayah ni tak jadik.. (ok, atau mungkin postpone ke tarikh yang entah bila lagi la kan) huhu~~~

Ketika diumumkan Pembubaran Parlimen pada 3 Apr'13, kemudiannya tarikh2 pengumuman manifesto, pengumuman calon dan tarikh membuang undi adalah dijangka besar kemungkinan pada 27 Apr'13... Punah hati ahkak... Tapi, ya la.. mungkin niat besar dan baik untuk membawak mak ayah jenjalan ni dengariNya.. so here we are.. at last our plan (Aku and Wanie) happen.. hihi... Syukur Alhamdulillah....

Berjaya!
Kami di sana selama 3 malam. Menaiki Air Asia di petang Khamis.. kemudian aku plan balik naik Feri & Senandung Langkawi. Nak biar dorang rasa semua. Ini merupakan kali ke 3 aku ke sini, selepas tahun 1991 dan 1997, di zaman persekolahan dan matriks nan lalu. Manakala kali kedua untuk ayah, dan pertama kali untuk Mak, Wanie dan Ruzifah. Kami menyewa MyVi dengan kadar RM70 sehari untuk kami berjalan-jalan & bersiar2 sepanjang di Langkawi tu.


Anway, we were really happy on the trip, walaupun hanya berlima sahaja yang akhirnya ke sana. Mudahan di masa depan, kami berjaya ke sana lagi dengan jumlah famili yang lengkap dengan jumlah yang lengkap. Banyak tempat menarik yang boleh dilawati di Langkawi ni. Kali terakhir aku ke sini pun, Dataran Lang masih belum wujud pun (huhu). Apatah lagi cable car... Naakkk sangat.. tapi, namun, jugak tidak diizinkan... Sewaktu ke sana, cable car under maintenance la pulakkk... Adoiiii... Bikin panasss jer, huhu.. What to do...! Pasrah aje la.. Aku boleh jer datang di lain kali dengan rakan-rakan, tapi mak ayah ntah bila la pulak kan available nyer.. huhu

Island Hoping
Kali ketiga ke sini, baru aku berkesempatan ke Tasik Dayang Bunting. Seronokkk sangat. Pantai dan airnya yang hijau... Melahirkan rasa ketenangan. Ada kesempatan, aku nak pi lagi ke situ. Nak mandi jugak... Aritu dah bawak segala, dah pakai track suit pun.. tapi, tak sempat la.. Diberi masa sejam je di situ.. Nak ke tasik tu pun kena mendaki bukit dan anak tangga la jugak... Kesian mak ayah yang dah berusia.. Kita yang agak muda ni pun termengah-mengah, tapi, akhirnya.. sampai jugak.. Ok, sebagai info, untuk penjelajahan ke pulau2 dan tasik ini, yang dipanggil Island Hopping, kita akan menaiki bot di Jeti Pelancongan yang berdekatan dengan Pekan Rabu.

Satu bot dianggarkan RM 250 - RM 350, yang boleh dimuati sehingga 13-15 orang. Anggaran, RM 30- RM 35 seorang. Pada aku, tak rugi pun.. Sebab seronok.. Untuk Island Hoping ini, kita akan dibawa ke 3 tempat, iaitu Tasik Dayang Bunting untuk mandi manda. Jika anda pernah membaca, dikatakan sesiapa yang dah lama kawen tapi masih tidak punyai rezeki untuk dapat baby, boleh mandi di tasik ini. Jika diizinkan Allah, In Shaa Allah. Itu aku tak pasti la kan, tapi ini adalah mitos yang diketahui umum berkaitan Tasik Dayang Bunting ni. Selain Tasik Dayang Bunting, kita juga akan dibawa ke Pulau Singa Besar untuk melihat burung2 helang diberi makan, dan kemudiannya ke Pulau Beras Basah untuk aktiviti mandi-manda. Pantainya yang cantik dan landai. Airnya yang menghijau lagi jernih, seakan-akan memanggil anda untuk mandi manda di sini. So, nasihat saya, bawak la pakaian2 spare yer... Luar dan dalam.. Ngeeeeee.....

Other Interesting Places
Lain-lain tempat yang wajib dilawati kat Langkawi adalah : Makam Mahsuri (sekarang masuk dah kena bayor, dulu tak kena pomm... wuuuu~~), Tempat2 perusahaan Gamat (first speciality kat Langkawi ni), Telaga Air Hangat, Telaga Tujuh (tapi kami tak naik atas pun... hanya di kaki2 sahaja..) Telaga Tujuh ni aku dah mendaki ke atas bersama rombongan PRS Negeri Kelantan sewaktu zaman menengah rendah dahulu... So kali ini aku bawak dorang lawat jer.. amek syarat.. ekekekeke... ^_^  Tidak ketinggalan pantainya yang landai dan cantik, seperti Pantai Cenang, Tanjung Rhu atau Teluk Burau. Kami hanya berkesempatan singgah di Pantai Pasir Putih sewaktu perjalanan balik dari cable car yang tutup tu, dan telaga tujuh yang sampai kat kaki jer... hehuhuuu...

Oh ya, tempat menarik yang lain adalah Beras Terbakar. Di kawasan ini kalau nak membeli baju-baju, atau cenderahati, inilah tempatnya. Kalau nak membeli pinggan mangkuk & coklat, Idaman Suri dan Haji Ismail Group adalah tempat terbaik. Ada pro and cons pada kedua dua tempat ni. Tapi, perbandingan aku, HiG is more cheaper in chocolates, but more varieties for pinggan mangkuk  di Idaman Suri. So, pilih sahaja mana tempat pilihan yang anda selesa. ^_^

Pulang
Kami berangkat pulang pada hari Ahad, 28 Apr'13. Menaiki feri di pekan Kuah menuju ke Kuala Perlis. Kemudiannya terus ke KTM di Arau. Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis dianggarkan setengah jam, dengan kadar RM30/teksi. Nasihatku, kalau beli barang banyak dan berat di Langkawi, it is better to bring along at least a guy yer... Jika anda menggunakan perkhidmatan feri... Jika flight, it is ok... tambah dan bayar saja luggage tu.. heheheee...

Senandung Langkawi
Kami kembali ke ibukota dengan menaiki Senandung Langkawi, jam: 7.06 minit petang di Stesen Arau. Ini kali kedua saya menaiki keretapi- kalau LRT tu mungkin selalu-dulu. Tapi, saya nak mintak maaf  awal-awal ya kat warga Perlis, saya tak menjangkakan Stesen Keretapi mereka sekecil itu? rasanya stesen Serdang ni jauh lebih besar dan selesa, huhu... Tapi, mungkin transit dan sementara saja kan...

Ok, kisah naik keretapi ni lagi satu yang menarik. Bikin hangin pun yer jugak. Menghampakan, juga yer. Aku dah tempah tiket ni 2 bulan lebih awal. Tiket kelas ke 2 yang koc tidur. dapat koc paling depan. Maklum, tempah awal kan.. Kami bertolak dari Stesen Arau dalam pukul 7.10 petang. Selepas setengah jam, terasa suasana mulai panas. Takde aircond ke? Masing2 masih diam, menjangkakan belum dibuka, atau aras belum diturunkan. Maklum, masih awal malam..

Bad Experience
Namun, selepas sejam.. Suasana makin membahang.. Masing2 sudah berpeluh.. Aku perhati, para penumpang sudah berkipas sana sini. Maklumlah, suasana kedap tertutup... Suara-suara pun sudah kedengaran sana sini. Tak tahan! Akhirnya masing2 mulai bersuara dan komplen. Koc belakang ok jer... nyaman saja. Enak landing dan dibuai mimpi pun dah ada. Rupanya koc kami aircond rosak daaaa.... Sorang akak dah hilang tudung, diganti tuala mulai jalan ke sana sini, suara turut naik sedikit. Aku tanya, kenapa kak? dia cakap koc belakang ok jer.. koc kita jer rosak... Dah kena komplen, baru nak baiki! Aku pun apalagi, turut ke depan dan inform benda yang sama la kat abang yang sedang ngadap satu kotak kat depan tu.. dia angguk-angguk jer, diam... Kali kedua naik keretapi, again bad experience yang aku hadap, hadoiii la.. Sian mak ayah, kepanasan.

Aku berjalan ke belakang, dan masuk koc belakang. Sejuknyaaa.. Nyamannyaaa.... Tengok mereka di koc sana ada yang dah tidur, ada yang borak2 santai sesama sendiri... Sakitnyaaaa hatiiii....!! Sakitnya hati ngan KTM ni..!! Kalau tahu dah rosak, kenapa jalan jugak.. takleh baiki dulu ke? Atau tukar koc tak boleh ke? Huhu, aku tak tahu sangat pasal ni.. tapi KTM patut la settlekan dulu masalah ni. Ini bukan hal kecik.. Nak suruh kami stay dalam koc yang panas tu sehingga menjelang pukul 5 pagi nanti, macam tu? Eeiii...!! Aku ni sebenarnya jarang nak komplen tak tentu pasal.. Tapi, panas kan.. sian mak ayah.. Nak suruh dorang rasa keretapi experience, jadik macam ni pulak... Haishh!

So, aku masuk kembali ke koc aku, dan ada 2 kakak (sorang anggap akak, tapi dia bahasakan diri dia Acik-atau makcik kot- sorang lagi memang dah aku boleh panggil makcik. Berkipas-kipas sesama sendiri. Kami saling berborak sebentar. Akak tu dah bukak tudung dah.. siap bersila sambil mengipas dengan paper. Tanya, adik naik dari mana? Aku cakap Arau.. dia cakap mereka naik dari Padang Besar lagi... dah tak tahan dah... Panas sangat.. Tak patut KTM buat pelanggan macam ni! Kami saling menokok tambah luahan tak puas hati, huhu... Lagipun bayaran bukannya kecil..! Selepas beberapa ketika, aku mintak diri beredar ke tempat ku.

Dipendekkan cerita, masalah aircond itu selesai menjelang pukul 10.30 malam. 3 jam setengah kami hazab dalam kepanasan. KTM oh KTM! Hurmm...

Oh ya.. Untuk makluman pada sesiapa yang belum pernah dan punyai pengalaman menaiki KTM, atau plan nak menaiki KTM ni.. Untuk perjalanan dari Langkawi (naik di stesen Arau) ke KL Sentral, or vice versa adalah RM 54 (tempat duduk bawah), RM 48 (seat atas) dan RM 37 (pada warga emas - 60 tahun ke atas). Untuk warga emas, perlu dikepilkan sekali salinan kad pengenalan ya. Tiket2 boleh ditempah melalui talian hotline sahaja jika anda tidak mempunyai masa untuk membuat pembelian di kaunter. Selepas pembelian, tiket KTM ini boleh dikutip di kaunter KTM di KL Sentral ataupun ia juga boleh di print secara talian, yang dihantar kepada email anda. Jadi anda bolehlah memilih yang mana cara mengikut kesesuaian dan keselesaan anda ^_^

Pesta Buku Antarabangsa, PWTC
Kami tiba di Stesen KL Sentral menjelang pukul 530 pagi, 29 Apr. Adik Iparku, Nusi-suami Ana- dah menunggu kami. So kami balik ke rumah Ana di Sentul terlebih dahulu. Selepas tu mereka suami isteri ke ofis. Anak2nya Aleesya & Baby ditinggal bersama kami, hanya Aiman yang sudah di tahun 1 ke sekolah. Aku lepak2 dulu di rumah Ana, sebelum kembali ke rumahku.. Aleesya mengikut kami. Hantar barang2 terlebih dahulu dan kemudian sempat menjelajah dan menghabiskan duit pula di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Hehehehee... salah satu tempat wajib aku pi tetiap tahun-paling kurang sekali- *sengih-kerang-busuk*

Malam tu, aku tak sempat kembali ke rumah Ana, heavy traffic jam. So kami patah balik ke Hentian Putra, dan kembali ke PWTC. Lepak santai sesambil baca buku dan melihat gelagat orang ramai di sana la is better... So mintak Ana & husband hantar Mak dan Ayah ke Putra untuk mereka pulang ke KB. So kami menunggu di PWTC sebelum mereka sampai. Bas berjalan tepat 930 malam.

The next week nya pula, kami kembali ke KB untuk menjalankan tugas selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab. Heeeeeee....



Antara Pics kami ^_^

































NotakakiHD : Nanti nak pi lagiii.... Ngeeeee

4 comments:

nurul azwani said...

bestkan shopping di langkawi

HaNi.Dew said...

Hai Nurul Azwani,

Bestt... nak pergi lagi... dan lagii... ekekekeekekk (^_^)

ezah said...

waaahhhh....seronoknyeee....sy bru nk p bln dismber ni..

HaNi.Dew said...

Hi ezah..

Ye ke.. waa seronoknyaaa..
Hepi holiday nanti, ok

beli coklat banyak2 nanti.. tawww :D