Cerita Pasal Bola : Kelantan separuh kaki ke Final Piala FA 2013 - 25 Mei



Salam!

Hi kenkawan..
Lama kita tak berhapdet pasal bola-bola sepak kan..
Jadi, marilah kita hapdet sedikit pasal bola sepak, sukan kegemaran ramai di alam semesta ini. Di seluruh dunia, kegilaan kepada bola sepak ini memang diketahui umum-lah. Tak yah nak citer.
Begitu juga di Malaysia. Malahan jua di tanah kelahiranku, Kelantan! ^_^  So, kita tak yah nak bebel2 panjang lebor.. Moh kita straight to the Ampang point ^_^

Ini berkisarkan arena bola sepak tempatan. Piala FA. Malaysia.
Ok, mood kegembiraan rasanya masih lagi menyelubungi seluruh peminat TRW. Kemenangan dramatik 4-1 ke atas skuad Sang Penyu, Terengganu Sabtu, 25 Mei lalu seolah-olah satu kegembiraan yang sangat memuaskan hati semua peminat skuad Sang Kijang ni.

Prestasi turun naik pasukan Kelantan sedari awal musim 2013 ini, sama ada diakui atau tidak adalah akibat perpindahan pemain2 yang agak ternama ke skuad negeri lain. Antaranya Ghaddar ke Felda United FC, S Chanturu yang dikenali dengan jolokan Super Chan ke Perak, Nurul Azwan Roya (atau Awe) ke Johor. Paling kontroversial, perpindahan pemain yang mendapat anugerah MVP (Most Value Player) selama 3 tahun berturut-turut, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) ke skuad Johor Darul Takzim, atau dikenali dengan nama Johor FC sebelum ini.

Rentetan masalah perpindahan pemain di awal musim, dan pembelian pemain import yang agak lewat berbanding pasukan lain, prestasi skuad TRW selaku juara Treble tahun lalu ini dilihat agak lambat dan ketinggalan berbanding musim lepas. Bermula dengan kekalahan kepada skuad ATM sewaktu Piala Sumbangsih. Diikuti dengan jadual permainan yang padat, kerana skuad TRW juga terpilih dan berjaya mewakili negara bersama sebuah lagi pasukan lain, The Red Giants (Selangor) ke kejohanan Piala AFC, yang melibatkan negara-negara Asia. Prestasi dilihat tidak stabil. Namun begitu, skuad TRW berjaya juga layak ke peringkat ke 2 di Piala AFC, seperti mana tahun lalu. Jika tahun lepas kita tewas kepada Arbil FC dari Kuwait, tahun ini Kelantan kalah kepada skuad dari Hong Kong, Kitchee.

Jadi, kemenangan bergaya "2-1 kocik bonar, 4-1 sonyum lebar" di SSMIV Sabtu lalu memberikan momen manis kepada seluruh skuad Sang Kijang dan juga para penyokong setianya selama ini. Ketinggalan 0-1 di separuh masa pertama, hasil jaringan Ashaari Samsudin seawal  minit ke 2, para pemain berkerja keras sebelum mendapat mata seri hasil jaringan pemain import kental, Dickson Nwakaeme di minit ke 79. Kemudiannya, jaringan Indra Putra Mahyiddin pada minit ke 88 memacu semangat TRW. Seterusnya gol ketiga hasil sepakan penalti dari Obinna Nwaheri di masa tambahan kecederaan 90' + 2. Seterusnya bekas pemain skuad Sang Penyu, Zairo Annuar Zailani turut menempatkan diri selaku penjaring terakhir di minit ke 90' + 4 dengan sepakan kencang melalui kaki kirinya. 15 minit masa terakhir yang sangat sangat manis ^_^

Sorakan penuh gembira di SSMIV bergema dan nyanyian lagu 'Ayuh Kelate' dilontar selari oleh Ultra's Kelantan dan para penyokong yang lain. Terharu dan sebak serasakan. Komen aku yang hanya mampu menonton dari bumi Lembah Klang melalui paparan di FB dan youtube, 'sambutan umpama kita dah menang dalam final'! Syukur, gembira, terharu... Pelbagai perasaan bercampur-baur..

Namun, perlu juga kita ingat ye rakan-rakan.. Masih ada 90 minit lagi masa berbaki yang perlu dilunaskan besok petang di padang Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Semoga Kelantan berjaya meneruskan rentak kecemerlangan esok petang, dan seterusnya berjaya ke perlawanan akhir nanti di Bukit Jalil, dan kembali mempertahankan kejuaraan yang dimenangi tahun lalu!

Aku menunggu mu di sini, TRW!

In Shaa Allah

^_^


Akhir kata, aku reserve kan sikit ruang dibawah untuk kita saksikan klip jaringan2 gol dan juga sambutan selepas perlawanan malam itu.

Gol-gol kemenangan





Sambutan selepas kemenangan, 25 Mei 2013 - kredit : page wawanfaiz.com





Wassalam.


NotakakiHD : Lamanya rasa tak ke Bukit Jalil. Tak sabar menunggu mu TRW. Pastikan kemenangan mu besok, yeaaa    *senyum*

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27