Friday, June 21, 2013

Selingan

Beberapa Koleksi Cerita Lawak Jenaka


Haru!

Suami isteri bertengkar. Tiba-tiba isteri terus kemas beg.

Suami: Kenapa?

Isteri: Dah kahwin 10 tahun, rumah ni tak pernah aman. Saya dah tak tahan. Saya nak tinggalkan rumah ni!

Suami kemudian masuk bilik dan keluarkan satu lagi beg.

Suami: Betul jugak cakap awak. Saya pun fed-up dengan rumah ini. Saya ikut sama, b
oleh?





Belum Boleh Mengandung

Ketika sedang belajar dalam sebuah kelas darjah satu, Jenet cuba bertanyakan soalan pada gurunya,

Jenet : "Cikgu, bolehkah ibu saya hamil?"
Cikgu : "Berapa umur ibu Jenet?"
Jenet : "40 tahun, cikgu.."
Cikgu : "Ya, dia masih boleh hamil, Jenet"
Jenet : "Bolehkah kakak perempuan saya hamil?"
Cikgu : "Berapa umur kakak Jenet?"
Jenet : "19 tahun, cikgu.."
Cikgu : "Ya, sudah tentu. Kakak Jenet juga boleh hamil"
Jenet : "Mmm... bolehkah saya hamil, cikgu?"
Cikgu : "Berapa umurmu, Jenet?"
Jenet : "7 tahun, cikgu"
Cikgu : "Oh, Kamu belum cukup umur. Kamu masih belum boleh hamil lagi"

Tiba-tiba, Rizal yang duduk dibelakang jenet, mencelah sambil berbisik sesuatu pada jenet,

"betulkan, apa saya cakap.. tidak ada yang perlu kita takutkan!



Lawak Sosej

Ada sebuah kisah seorang anak yang diberi peluang untuk belajar di Amerika untuk dapatkan ijazah. Akan tetapi selepas 15 tahun, tak pernah lulus, akhirnya bapak dia dah tak sanggup lagi nak menanggung beban wang untuk anaknya itu. Terpaksalah dia bawak balik ke Malaysia.

Sepanjang perjalanan dari airport ke rumah, bapaknya diam aje (marah la tu).

Si anak dah rasa tak selesa dengan keadaan bapaknya yang macam tu. Jadi dia pun cari la idea untuk berbual. Tiba-tiba zasss...satu idea terlintas menyelinap di fikirannya. Dia pun memberitahu pada bapak dia yang dia dah belajar sesuatu kat Amerika tu dengan perkembangan teknologi.

Jadi dia pun cakap la dengan bapak dia:

Anak: Bapak tahu tak, kat Amerika sekarang teknologi dah maju giler. Sekarang nak buat sosej tak payah nak sembelih lembu, buang kulit tu semua, masuk je lembu dalam mesin, dah jadi sosej…

Bapak: Itu teknologi dah lapuk. Kat Malaysia lagi advance. Aku masa 32 tahun dulu, masukkan "sosej" aje dah keluar "lembu" sekor… menyusahkan pulak tu…huh!




No comments: