Ceritera Lelaki : Tafsiran Mengenali Lelaki Dari Segi Anggotanya



KULIT
Warna kemerahan tanda pemarah, daya fikir lemah, tidak tetap dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Warna hijau kemerahan tanda bersungguh melakukan kerja hingga selesai. Warna hijau kehitaman tanda jahat kelakuannya. Warna kulit yang sangat putih (pucat) tanda penyakit dan kekurangan darah. Selain dari warna itu melambangkan kelakuannya baik.

RAMBUT
Jika rambut kasar dan keras, itu tanda berani dan otaknya sihat. Jika hitam tanda berakal dan pertimbangannya sempurna. Kerinting tidak dapat dipercayai. Hitam berkilat tanda sempurna akal. Kerinting Iembut tanda pintar. Kerinting dan merah warnanya tanda tamak dan jahat. Kekuningan rambutnya tanda pemalas dan pemarah

KEPALA
Saiz yang besar tanda tetap pendirian dan berakal. Sederhana tanda berpengetahuan. Terlalu besar tidak sepadan dengan leher tanda tidak sihat otaknya. Kepala kecil tanda suka menurut nafsu dan kurang akalnya.

DAHI
Dahi yang luas tanda bijak dan sempurna akalnya. Sedang luasnya dan berkerut tanda pengasih dan berani. Dahi yang kecil tanda kurang akal. Dahi yang banyak kerut antara kening tanda pemarah.

MATA
Mata yang jarang dikerdipkan tanda bijaksana. Mata besar tersembul tanda tamak dan tidak dapat dipercayai, dan dia ingin harta orang lain. Mata yang merah tanda berani tetapi kurang akal. Mata yang seperti mata kanak-kanak serta bercahaya tanda dikasihi oleh manusia lain dan panjang umur. Mata yang kerap dikerdipkan tanda pemaaf. Mata kecil tanda kurang sempurna pertimbangan. Mata biru keputihan tanda suka membuat jahat. Mata kekuningan keputihan tanda jahat dan suka menipu. Mata serupa mata Iembu dan merah serta selalu dikerdipkan tanda suka mencuri. Alis mata yang kusut tanda mungkir janji dan bodoh.

HIDUNG
Hidung yang sederhana saiznya tanda berakal. Sangat mancung dan panjang tanda kurang akalnya. Hidung yang dan besar tanda suka mengikut hawa nafsu. Batang tudung yang nipis tanda suka berkelahi. Lubang hudung yang luas tanda dengki dan hidung tebal di tengahnya tanda pendusta. Hidung bongkok tanda manusia paling jahat.

MULUT
Mulut yang kecil tanda bijaksana. Mulut yang luas tanda berani. Mulut sederhana tanda sempurna akalnya.

BIBIR
Bibir yang tebal tanda kurang akal. Bibir yang nipis tanda suka menghasut. tanda sihat. Bibir yang merah keputihan tanda berakal dan mudah faham. Bibir pucat tanda putus asa dan berpenyakit. Bibir hijau seperti lintah tanda banyak makan makanan yang haram.

GIGI
Panjang dan besar-besar tanda pendusta. Sederhana tanda berakal. Besar dan jarang tidak dapat menyimpan rahsia. Tersusun rapat tanda jujur.

DAGU
Dagu yang luas tanda takbur. Dagu yang tirus tanda kurang akal dan jahat. Dagu sederhana tanda sempurna kelakuannya

SUARA
Nyaring tanda berani. Perlahan tanda pendusta dan bebal. Tidak tetap bodoh. Suara yang merdu tanda jujur tetapi kurang bijak.

TELINGA
Telinga yang besar tanda berakal tetapi Iekas marah. Telinga kecil kurang akal. Cuping telinga yang melekat tanda kejam. Cuping telinga yang lembut dan panjang tanda penyamun.

BAHU
Bahu besar tanda kurang akal tetapi berani. Bahu yang singkat tanda suka mengerjakan pekerjaan jahat. Belikat bahu yang ditumbuhi bulu roma tanda kuat berjima’.

BELAKANG
Belakang yang lebar tanda keras hati, takbur dan pemarah. Bonngkok tanda gigih dan bijaksana. Belakang yang tebal tanda dia seorang yang bijaksana.

MUKA
Muka bujur tanda baik. Sangat bujur tanda jahat. Bundar tanda perangainya baik. Sederhana tanda pemalu.

LEHER
Leher sangat pendek tanda jahat dan pendusta. Panjang dan lurus tanda bebal dan berpenyakit. Leher besar tanda suka berolok-dok tetapi berani. Urat leher yang timbul tanda pemarah.

DADA
Dada yang sederhana tanda berakal. Dada yang ditumbuhi bulu kurang berakal dan suka melakukan perkara jahat.

LIDAH
Lidah yang panjang tanda fasih bertutur.

LENGAN
Lengan yang panjang hingga ke lutut tanda pemarah, berani, berjaya dalam kerjanya tetapi takbur dan suka meninggi diri. Lengan yang pendek tanda tidak sihat dan suka berbuat jahat.

TAPAK TANGAN
Berjari panjang tanda berani dan berakal. Tapak tangan yang lembut tanda mudah memahami. Tapak tangan yang nipis tanda kurang akal.

JARI
Jari yang panjang dan besar tanda kuat. Jari yang pendek tanda bebal. Jari yang sederhana tanda tidak sempurna akal tetapi budiman.

PERUT Perut yang besar tanda tidak malu dan penyakit. Perut yang sederhana tanda bijak dan sihat.

PINGGANG
Pinggang yang lembut tanda berani. Pinggang yang tiada tiada berdaging tanda keras hati dan takbur.

BETIS
Betis yang sederhana tanda sihat. Betis yang sangat kecil tanda kurang akal dan bebal.

KAKI
Kaki yang sederhana tanda sempurna akal. Kaki yang kecil tanda fasik. Kaki yang besar tanda bodoh.

TUMIT
Tumit yang besar tanda sihat. Tumit yang sederhana suka berbuat kebajikan. Tumit yang kecil tanda kurang sihat.

LANGKAH
Langkah yang panjang dan teratur tanda sempurna pekerjaannya. Langkah pendek dan kurang tetap tanda kurang berakal.

Demikian mengenai mengenal lelaki menerusi bentuk anggota tubuhnya, yang mana ianya merupakan pengetahuan yang dipraktikkan oleh orang-orang Melayu zaman dahulu dalam banyak aspek pergaulan. Walau bagaimana pun ini cuma merupakan firasat umum. Banyak lagi aspek-aspek lain yang perlu diketahui sebelum membuat rumusan mengenai personaliti seorang lelaki.

(Petikan dari Kitab Tajul Muluk)

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27