Thursday, August 29, 2013

Tips Perkahwinan : Petua Untuk Mengasihi Suami







1. Bagi seorang isteri, anda perlulah menjamu mata suami anda.Lelaki mudah terangsang oleh penglihatan matanya. Pakailah pakaian yang menarik perhatiannya. Lemparkan senyuman yang bermakna. Berdandanlah dengan sempurna .. selitkan jelingan-jelingan manja.



2. Sambutlah kepulangan suami anda dengan gembira dan hantarlah pemergiannya dengan hati yang sedih dan mengharapkan kesetiaan. Jangan lupa untuk bersalaman dan berciuman apabila dia pulang dan apabila dia mahu meninggalkan rumah. Uruskan perihal suami anda dari segi makanan dan pakaiannya. Isteri yang bijak menjaga suami akan mengambil berat mengenai dua perkara penting, pertama zakar suaminya dan kedua perut suaminya.



3. Banyak membantu suami anda. Terutamanya apabila suami anda bermasalah. Jangan banyak meminta-minta kerana ini akan menyebabkan suami anda berdukacita. Walaupun anda bekerja, usah boros dalam berbelanja, sama-samalah merancang masa depan bersama suami anda. Rujuklah kepada suami anda dalam hal-hal yang mana anda sendiri kurang yakin atau perkara yang melibatkan kesan terhadap ekonomi rumahtangga.



4. Nyatakan sayang anda kepada suami anda. Ia patut dilakukan setiap hari, walaupun setelah anda beranak cucu. Jangan anggap diri anda terlalu tua untuk itu semua.



5. Apabila berkesempatan, sentuh dan belailah suami anda selalu.Anda boleh mencuri-curi menciumnya ketika tidak dilihat oleh orang lain. Anda boleh memegang tangannya atau bahunya bila berjalan-jalan.



6. Jadikan amalan untuk menidurkan anak-anak anda lebih awal dari masa anda hendak masuk tidur. Amalkan juga masuk tidur bersama suami anda. Inilah antara masa yang paling manis dalam kehidupan berumahtangga.



7. Jika anda meminta pertolongan dari suami anda dan suami anda membantu tetapi tidak sempuna perbuatannya, jauhilah dari berleter atau marah kepadanya. Ini akan hanya menyebabkannya berjauh hati dan merajuk.



8. Jagalah anak-anak anda dengan baik dari segala segi. Elakkan dari sentiasa memarahi anak-anak anda, gunakan strategi memujuk dan mendorong. Jika anda selalu marahkan anak-anak anda di depan suami anda, suami anda mungkin merasa kurang senang, lagipun anak anda adalah anaknya yang disayanginnya.



9. Selalulah memicit-micit dan mengurut suami anda. Amalkan mandi bersamanya dan menggosok-gosok badannya.



10. Apabila anda masuk tidur bersama suami anda, bukalah segala pakaian anda dan berselimut bersama suami anda. Ciumlah dengan ciuman yang hangat, iaitu ciuman yang memberikan pengertian bahawa "hanya kaulah satu-satunya kekasihku".



11. Bila anda tidur, sentiasalah mengadap suami anda. Jika pun anda hendak membelakanginya minta izin darinya atau anda berpusing sambil menyentuhnya.Cubalah tidur berbantalkan bahu suami anda, anda akan merasakan kenikmatannya.



12. Elakkan bercerita mengenai suami anda kepada orang lain.Jika perlu pun, ceritalah perkara-perkara yang baik sahaja. Itulah tanda anda benar-benar mengasihi suami anda.



13. Sekiranya suami anda berhajat untuk "bersama" anda,layanilah dia dengan baik walau bagaimanapun kesibukan dan keletihan anda.Banyak perceraian atau kes poligami berpunca dari isteri yang kurang faham dengan keperluan suaminya di sudut seks. Kurangnya layanan dan banyaknya alasan menyebabkan suami berasa bosan terhadap anda.

Sunday, August 25, 2013

Novel : Kemelut Kasih - Part 14


~FouRteeN~

Bab 14

         Shahrul memandang kereta polis yang berlalu tidak jauh darinya berdiri. Kemudian sebuah kereta Honda Civic mengekori kereta polis itu dari belakang. Bunyi siren dari kereta polis membelah kedamaian pantai itu menimbulkan minat kepada pengunjung pantai berkenaan untuk mengetahui apa sebenarnya yang terjadi. Apakah ada kes rompakan atau pembunuhan? Atau kes pencabulan? Namun tiada siapa yang dapat menjelaskan persoalan mereka itu.
Orang ramai yang berkunjung ke Port Dickson itu memerhati penuh minat ke arah kereta polis dan sebuah Honda Civic yang datangnya dari sudut hujung pantai ini di mana terletaknya beberapa buah chalet mewah yang biasanya dibeli oleh orang-orang kaya sebagai tempat istirehat mereka di masa lapang.
Setelah kedua kereta tersebut menghilang, kebanyakan pengunjung yang tadinya berlari-lari ke kawasan itu untuk melihat kereta polis tadi kembali kepada aktiviti masing-masing ~ bercanda dan bermandi-manda. Shahrul yang sedang memegang dua tin air Pepsi dan beberapa plastik jajan berserta satu plastik besar seafood itu terpaku seketika di tepi jalan itu. Otaknya berfikir ligat sama ada benar atau tidak pandangan matanya yang seolah melihat Charina bersama dua pemuda di dalam kereta Civic yang mengekori kereta polis tadi. Dia tidak sempat melihat wajah dua pemuda yang berada di dalam kereta polis tadi dengan jelas dan hanya sempat melihat mereka dari arah belakang sahaja kerana sewaktu itu dia baru keluar dari kedai runcit yang disediakan untuk kemudahan pengunjung ke pantai itu. Sedangkan sewaktu Honda Civic melalui kawasan itu, jaraknya yang agak hampir membolehkan dia melihat dengan jelas wajah gadis yang berada di belakang di tempat duduk penumpang di belakang.
Sah! Memang Charina. Detik hatinya tiba-tiba.
Jika dia tidak silap, pemuda yang memandu pula merupakan pemuda yang sama yang ditemuinya dulu di X-tra, The Mines Shopping Fair sewaktu mereka membeli belah dulu. Sah, memang dia. Memang dia! Hatinya tiba-tiba kusut memikirkan apa sebenarnya yang berlaku dan apa kaitannya dengan Charina, tunangnya itu. Shahrul berjalan pantas ke arah Suraya yang berada di pinggir pantai.
"Haa, Shah… lama you gi…. Penat I tunggu tau." Tegur Suraya kepada Shahrul yang semakin mendekat sambil membetulkan rambutnya yang ditiup angin. Dia bangun lalu menepuk pasir yang melekat di seluar jeans kain denim yang dipakai bersama kemeja mengikut tubuhnya yang lampai dan seksi itu. Dia berpaling ke arah dua tiga pemuda yang berada tidak jauh dari dia berdiri.
"You tau, tadi bebudak tu datang ngurat I sewaktu you takde tadi…." Sambungnya lagi. Shahrul berpaling ke arah pandangan Suraya. Pemuda-pemuda itu juga turut memandang ke arah mereka. Kemudian kumpulan empat orang pemuda terus berlalu ke hujung pantai yang berbatu. Kedengaran mersik suara mereka ketawa di bawa deru angin. Masing-masing menolak tubuh rakan masing-masing sambil ketawa polos. Mungkin mereka saling mengetawakan sesama sendiri kerana gadis yang dikacau sudah berpunya.
Shahrul memerhati gerak laku mereka sekilas tidak berminat. Perkara tadi masih menguasai fikirannya. Shahrul turut merasa hairan kenapa fikirannya bercelaru setelah melihat Charina sebentar tadi, walhal selama ini dia seboleh mungkin ingin menghindari dari mengambil tahu perihal gadis itu. Namun, itu semua berakhir tidak lama dulu. Kini, dia semakin ingin mengetahui segala perihal berkaitan tunangannya itu. Kalau boleh, setiap detik pergerakan Charina ingin dia ketahui.
Dia tidak sedar bila perasaannya mula berubah, tetapi dia mengingati ini semua berlaku setelah mereka mula memasuki semester ini. Apa yang berlaku sebenarnya? Apakah ini bermakna dia sudah mula menerima Charina? Mengingatkan begitu, dia berasa serba-salah. Macam mana dengan Suraya? Persoalan ini memerlukan tindakan yang teliti dan baik dari dirinya sendiri. Itu yang perlu dia lakukan! Keputusan yang bijak! Umpama menarik rambut dalam tepung, rambut keluar tetapi tepung tidak terusik. Dia perlu bijak menyelesaikannya. I have to! I have to!! Bicaranya sendiri.
Apakah dia menghadapi masalah? Soalnya dalam diam mengingatkan peristiwa yang terpampang di matanya tadi. Kenapa mereka mengekori kereta polis itu tadi? Apa masalahnya? Dia benar-benar ingin tahu.
Shahrul menghulurkan plastik makanan yang berada di tangannya kepada Suraya.
"Eh, Yang… you dengar tak siren kereta polis tadi?" Soal Suraya tiba-tiba sambil tangannya ligat membuka penutup tin Pepsi yang sejuk itu. Dia duduk kembali di atas pasir pantai yang putih bersih itu dan meneguk air itu. "Kes apa hah?" Soalnya lagi. Dia kini membuka plastik jajan pula dan mengunyahnya rakus. Shahrul senyap berfikir.
"Eh, you ni kenapa berdiri je ni. Duduklah…." Suara Suraya rancak lalu membuka penutup tin yang satu lagi lalu menghulurkannya kepada Shahrul. Shahrul menyambut dan meneguknya perlahan sambil kepalanya ligat mengingati wajah gadis di dalam kereta tadi. Sah! Memang Charina….. Memang dia….. Diam-diam sambil meneguk lagi air itu sehingga habis. Hatinya telah tawar untuk mandi di pantai itu.
"Awak, kita balik…..," putus Shahrul akhirnya. Pandangannya tidak dipalingkan ke arah Suraya di sebelah tetapi di halakan ke arah pantai yang saujana mata memandang di hadapan sana. Burung-burung berterbangan membelah awan. Pengunjung-pengunjung pantai sedang enak berenang ke sana ke mari berlumba sesama sendiri.
"Awak ni kenapa? Tiba-tiba aje nak balik…. Kita baru aje sampai, awak nak balik pulak….," Jawab Suraya membantah, belum puas menghirup udara pantai yang permai itu.
"Tadi elok-elok je, alih-alih nak balik pulak….," rungut Suraya lagi, perlahan! Wajahnya yang bermekap cantik itu memuncung.
Shahrul serba-salah. Dia berpaling memandang wajah Suraya yang memuncung tajam. Wajah yang tadinya ceria berubah kelat. Plastik berisi jajan dan seafood tadi diletakkan di atas pasir di sisinya, di antara mereka berdua. Tiba-tiba Shahrul tersenyum manis mempamerkan giginya yang putih tersusun rapi. Dia tahu, dia yang bersalah kerana ajakannya sebentar tadi. Dia perlu memujuk. Malas dia bertengkar lagi. Sejak akhir-akhir ini mereka asyik bertengkar sahaja, yang adakalanya melarat-larat sehingga beberapa hari. Adakalanya seminggu juga.
"Sorry la Baby…. I letih tadi. Okaylah, kita duduk sekejap lagi dalam beberapa jam, pas tu kita balik ya…" Ujarnya ke arah Suraya yang membatu.
Suraya senyap.
"Okay, Bie?" Pujuk Shahrul lagi lembut. Tangannya mencapai jejari Suraya dan mengelusnya lembut. Kepalanya dihulurkan bertentangan dengan wajah Suraya dan membuat memek muka lucu di hadapannya. Muncung Suraya mulai hilang.
"You ni teruklah….. Benci I….," ujar Suraya tiba-tiba sambil tangannya mencubit tangan Shahrul manja.
"Aduh!" Shahrul mengaduh kesakitan. "Matilah I….." balas Shahrul bergurau sambil merebahkan diri di pangkuan Suraya.
Suraya ketawa mengekek.
"Padan muka…. Tulah…. Mengada-ngada sangat nak balik…" ujar Suraya lagi disulami ketawa halus. Dia mengusap-usap rambut Shahrul lembut.
Shahrul sengih.
Fuh! Lega…. Berjaya taktik aku…..!! teriaknya di dalam hati.
Shahrul bangun dari pangkuan Suraya.
"Jom jalan-jalan." Suaranya lagi sambil menghulurkan tangan untuk menarik Suraya dari duduknya.
"Boring lah dok mengadap sini aje…." Sambungnya lagi.
Suraya menyambut tangan Shahrul.
"Jom…"
Mereka berjalan berpimpinan tangan sambil bergurau senda tanpa mempedulikan pandangan orang lain. Pada pengunjung di situ, fenomena itu adalah biasa. Setiap hujung minggu pasti penuh anak-anak muda yang bercanda berduaan. Bagi mereka, asalkan aksi mereka itu tidak menjolok mata dan mengatasi batas susila, sudah.
Petang mulai melabuhkan layarnya. Sinar-sinar senja mulai berbunga di kaki kirmizi. Para pengunjung mulai beredar dari situ. Shahrul dan Suraya turut berangkat pulang. Mereka berjalan mesra sambil memeluk pinggang ke arah kereta Honda CRV merah bata milik Suraya. Kereta hadiah Papanya sempena ulang tahun kelahiran ke 22 tahun lalu itu tidak dibawa ke kampus kerana mereka lebih selesa berbonceng ke kelas. Senang parking! Alasan yang paling munasabah digunakan. Kereta itu hanya digunakan apabila mereka ingin dating diluar dari kawasan kampus mereka. Setelah mentari terbenam diufuk barat, mereka sampai di rumah sewa Suraya. Setelah itu, Shahrul memandu pulang ke kolejnya. Malam nanti mereka akan berjumpa lagi untuk makan malam.



                   "Erin, phone….." sentuhan di bahunya menyedarkan Charina dari lena. Rupanya Yati mengejutkannya dari tidur. Dia bangun terpisat-pisat lalu menyambut panggilan dari telefon bimbitnya.
                 "Hello… Assalamualaikum…." Ucapnya lembut.
                "Waalaikum salam…" Suara lelaki di sebelah sana menjawab.
Shahrul? Dalam kantuknya dia masih mengecam suara tunangnya itu. Dia memandang jam di atas meja tulisnya. Pukul 11.05 malam. Sebenarnya dia terperanjat. Ini merupakan kali pertama Shahrul menghubunginya melalui talian telefon bimbitnya ini.
"Shahrul?" Soalnya inginkan kepastian.
"Ya…" jawab Shahrul ringkas.
"Erin…,"panggil suara sebelah sana selepas pertanyaan Charina tadi.
"Saya…" dia menunggu bicara Shahrul.
"Erin……" senyap lagi.
"Err…. saya nak ajak awak keluar sekejap, boleh?" Lancar suara Shahrul menyoalnya.
Charina menutup mulut menahan kuap.
"Kenapa? Ada hal penting ke?" Sekali lagi dia menutup mulut menahan kuapan.
"Boleh tahan…"
"Tak boleh tunggu esok ke….?" Soal Charina pula berkira-kira sebentar. Dia merasa keletihan yang teramat sangat setelah tenaganya terbuang dihabiskan untuk meronta melawan aksi Farid dan Budin siang tadi. Seboleh mungkin dia mahu melontarkan peristiwa tadi dari kamus kenangannya. Kemudian dia teringat perjanjiannya dengan Faizul. Charina tahu, Faizul tidak akan mengingkari janji mereka.
"Kenapa? Penat ke?" Soal Shahrul mesra. "Sekarang tak boleh ya?" Sambungnya lagi.
Charina tiada masa untuk berfikir perubahan sikap Shahrul yang selama ini dingin terhadapnya tiba-tiba menelefonnya dengan suara mesra ingin berkawan itu. Dia lebih sibuk melayan kuapannya itu.
"Sebenarnya saya tengah tidur tadi…." Terangnya ikhlas.
"Oh…. Kalau begitu saya telefon nantilah…. Kita bertemu kemudian…." Ujarnya senang.
"Okay, malam esoklah… pukul 9.30 malam…" Putus Charina pula.
"Beyeh!" Balas Shahrul senang.
"Okay… jumpa besok…. Bye…"
"Bye…"
Setelah itu Charina kembali memanjat tangga ke tingkat atas lalu menyambung tidurnya yang terganggu. Tadinya dia terpaksa turun kerana bateri handsetnya sedang dicaj.
Yati yang tadinya mengangkat telefon menghilang entah ke mana. Ke bilik Ita mungkin, ataupun jugak ke bilik rakan ROTUnya yang lain. Kak Linz dan Syikin dari tadi lagi ke bilik tv untuk merelease tension. Daripada kami berempat, hanya Yati yang menganggotai Pegawai Kadet Latihan Simpanan atau lebih dikenali sebagai ROTU itu, Reserve Officer Training Unit. Sebenarnya KOSASS ini merupakan kolej untuk penempatan khas bagi pelajar-pelajar yang menyertai kegiatan ROTU ini. Namun, terdapat juga pelajar yang bukan ROTU tinggal di kolej ini seperti aku dan dua lagi rakan sebilikku yang lain dan ramai lagi pelajar lain. Oleh sebab itulah pelajar bukan ROTU adalah terhad berbanding pelajar yang menyertai ROTU.
Setelah meletakkan kepala ke bantal, aku terus terlena. Aku tidak sedar bila mereka bertiga masuk ke bilik. Apa yang aku sedar, pagi keesokannya jam yang ku kunci dari handsetku menjerit lantang mengejutkanku dari lena untuk menunaikan solat Subuh. Selepas turun dari katil, aku mengejutkan Syikin, Kak Linz dan Yati. Setelah itu aku mencapai berus dan ubat gigi lalu menuju ke tandas.

Tuesday, August 6, 2013

Salam Idul Fitri 1434H


Salam Lebaran buat semua rakan2, rakan2 bloggers
dan sanak taulan

HIDUP NI HANYA SEMENTARA
SEBENTAR senang
SEBENTAR sedih
SEBENTAR sesak
SEBENTAR berduit
SEBENTAR ketawa
SEBENTAR lagi… (err.. lusa, In Shaa Allah)

"LEBARAN Idul Fitri"

Mohon Maaf Zahir Batin

Hati2 pada yang memandu pulang ke kampung nanti
Juga pada yang sedang dalam perjalanan..
Tak lupa juga yang dah sampai kat kampung tu...


• ˚ •˛•˚ * 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
• ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •
•。★Hari Raya ★ 。* • ˚。
° 。 ° ˛˚˛ * _Π_____*。*˚
˚ ˛ •˛•˚ */______/~\。˚ ˚ ˛
˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITR
SELAMAT HARI RAYA AIDILFIT
SELAMAT HARI RAYA AIDILFI
SELAMAT HARI RAYA AIDILF
SELAMAT HARI RAYA AIDIL
SELAMAT HARI RAYA AIDI
SELAMAT HARI RAYA AID
SELAMAT HARI RAYA AI
SELAMAT HARI RAYA A
SELAMAT HARI RAYA
SELAMAT HARI RAY
SELAMAT HARI RA
SELAMAT HARI R
SELAMAT HARI
SELAMAT HAR
SELAMAT HA
SELAMAT H
SELAMAT
SELAMA
SELAM
SELA
SEL
SE
S
SE
SEL
SELA
SELAM
SELAMA
SELAMAT
SELAMAT H
SELAMAT HA
SELAMAT HAR
SELAMAT HARI
SELAMAT HARI R
SELAMAT HARI RA
SELAMAT HARI RAY
SELAMAT HARI RAYA
SELAMAT HARI RAYA A
SELAMAT HARI RAYA AI
SELAMAT HARI RAYA AID
SELAMAT HARI RAYA AIDI
SELAMAT HARI RAYA AIDIL
SELAMAT HARI RAYA AIDILF
SELAMAT HARI RAYA AIDILFI
SELAMAT HARI RAYA AIDILFIT
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITR
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Saturday, August 3, 2013

Selingan : Al Kisahhhh

Di hujung sebuah kampung tinggallah sepasang suami sietri, Pak Abu & Mak Lijah. Pak Abu seorang yang jujur dan ikhlas yang bekerja sebagai penebang pokok.

Pada suatu pagi keluarlah dia menebang pokok yang berdekatan dengan sungai. Setelah beberapa kali menetak batang pokok itu, kapaknya telah terjatuh ke dalam sungai. Semasa beliau berfikir untuk turun menyelam, tiba-tiba keluar seekor pari2 dari dalam sungai tersebut bersama-sama sebilah kapak emas lalu bertanya samada kapak itu kepunyaan Pak Abu? Lalu dijawab oleh Pak Abu bahawa kapak emas itu bukan miliknya.

Pari2 tadi menyelam lagi dan muncul pula dengan sebilah kapak perak, Pak Abu juga menjawab kapak perak itu juga bukan miliknya. Sekali lagi pari2 itu menyelam dan timbul dengan kapak Pak Abu. Pak Abu berasa amat gembira dan berkata, itulah kapak milik beliau. Lalu pari2 itu berkata "Tuan hamba seorang yang jujur, jadi hamba berikan kapak emas & perak itu kepada tuan hamba sebagai hadiah."  Pak Abu amat gembira, lalu pulang dan menceritakan kejadian tersebut kepada isterinya.


Keesokan harinya Mak Lijah ingin juga pergi melihat tempat kejadian semalam. Semasa Pak Abu sedang menebang pokok tersebut, tiba-tiba Mak Lijah tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai dan tenggelam. Pak Abu amat terkejut lalu menangis memikirkan bagaimana dia boleh menyelamatkan isterinya yang tercinta.



Tiba-tiba pari2 yang menolong Pak Abu semalam muncul dari dalam sungai & membawa bersama-sama seorang gadis secantik Neelofa naik ke tebing sungai seraya bertanya Pak Abu adakah ini isteri beliau? Pak terus mengiyakan bahawa gadis itu adalah isteri beliau.



Mendengar jawapan Pak Abu itu, Pari2 tersebut menjadi amat marah lalu berkata "Aku mengenali kamu sebagai seorang yang jujur tetapi mengapa kali ini kamu menipu?"



Pak Abu menjawab "Aku ini jujur dan tidak berniat menipu kamu wahai pari2.. Sekiranya aku menjawab gadis ini bukan isteriku, nescaya kau akan menyelam semula lalu membawa gadis secantik Izara Aishah, kemudian Lisa Surihani pula. Bila aku menjawab bukan maka barulah kamu akan membawa isteriku yang sebenarnya & akhirnya kamu memberikan kesemua mereka kepada aku. Bahagiakah hidup aku apabila Mak Lijah akan setiap hari cemburukan madu2 dia?"