Saturday, August 3, 2013

Selingan : Al Kisahhhh

Di hujung sebuah kampung tinggallah sepasang suami sietri, Pak Abu & Mak Lijah. Pak Abu seorang yang jujur dan ikhlas yang bekerja sebagai penebang pokok.

Pada suatu pagi keluarlah dia menebang pokok yang berdekatan dengan sungai. Setelah beberapa kali menetak batang pokok itu, kapaknya telah terjatuh ke dalam sungai. Semasa beliau berfikir untuk turun menyelam, tiba-tiba keluar seekor pari2 dari dalam sungai tersebut bersama-sama sebilah kapak emas lalu bertanya samada kapak itu kepunyaan Pak Abu? Lalu dijawab oleh Pak Abu bahawa kapak emas itu bukan miliknya.

Pari2 tadi menyelam lagi dan muncul pula dengan sebilah kapak perak, Pak Abu juga menjawab kapak perak itu juga bukan miliknya. Sekali lagi pari2 itu menyelam dan timbul dengan kapak Pak Abu. Pak Abu berasa amat gembira dan berkata, itulah kapak milik beliau. Lalu pari2 itu berkata "Tuan hamba seorang yang jujur, jadi hamba berikan kapak emas & perak itu kepada tuan hamba sebagai hadiah."  Pak Abu amat gembira, lalu pulang dan menceritakan kejadian tersebut kepada isterinya.


Keesokan harinya Mak Lijah ingin juga pergi melihat tempat kejadian semalam. Semasa Pak Abu sedang menebang pokok tersebut, tiba-tiba Mak Lijah tergelincir lalu jatuh ke dalam sungai dan tenggelam. Pak Abu amat terkejut lalu menangis memikirkan bagaimana dia boleh menyelamatkan isterinya yang tercinta.



Tiba-tiba pari2 yang menolong Pak Abu semalam muncul dari dalam sungai & membawa bersama-sama seorang gadis secantik Neelofa naik ke tebing sungai seraya bertanya Pak Abu adakah ini isteri beliau? Pak terus mengiyakan bahawa gadis itu adalah isteri beliau.



Mendengar jawapan Pak Abu itu, Pari2 tersebut menjadi amat marah lalu berkata "Aku mengenali kamu sebagai seorang yang jujur tetapi mengapa kali ini kamu menipu?"



Pak Abu menjawab "Aku ini jujur dan tidak berniat menipu kamu wahai pari2.. Sekiranya aku menjawab gadis ini bukan isteriku, nescaya kau akan menyelam semula lalu membawa gadis secantik Izara Aishah, kemudian Lisa Surihani pula. Bila aku menjawab bukan maka barulah kamu akan membawa isteriku yang sebenarnya & akhirnya kamu memberikan kesemua mereka kepada aku. Bahagiakah hidup aku apabila Mak Lijah akan setiap hari cemburukan madu2 dia?"






No comments: