Kisah Pasal Bola : Mat Yo oh Mat Yo! WAGS la sangatttt!!




Ok, posting ini sebenarnya bukan berkisar pasal bola, 
tetapi berkisarkan kisah pemain bola dan binik dia yang hammmmm jklmnnnn%%%$#%$% 
*word kena sensored* itu!

Ini bukan pasal Mat Yo sahaja, tapi ini lebih daripada itu.
Pasal bini dia pulak!!

Belum pun orang lupakan perangai sang laki yang membuang medal naib juara yang dimenangi semasa piala FA bulan Mei lalu, di sini Sekarang up pulak pasai bini dia pulak aihhh....

Semalam, di media sosial, dengan pantas klip video bini si Mat Yo dok maki hamun seorang  pak guard yang menjalankan tugas di lapangan terbang Subang Skypark. Penuh timeline di wall FB semalam dok share pasal klip bini Mat Yo, atau nama sebenarnya, Nor Shahrul Idlan Talaha, former player of Kelantan FA, now playing for JDT (former known as Johor FC) ni la. Sang bini tu pulak guna pakai nama Shahrul Aisya di FB. Katanya nama penuh Siti Aisya bin Adam.

Masih terbayang dan belum luput jugak lagi adegan dan aksi si Aisya Shahrul ni dok bergaduh dengan Fans Kelantan  di FB jugak selepas isu perpindahan kontroversi Mat Yo dari skuad TRW ke skuad JDT, timbul pulak isu ni.

Mula-mula tengok, mengucap panjang aku.. Pastu timbul perasaan geram, gerammm, gerraammmm... Longkang sungguh mulutnya.. Sapa tak geram kan, yang ko dok maki hamun tu orang dah berusia.. menjalankan tugas lagi.. Perasan nko ni hebat sangat la ker.. Kerabat? ada sticker kerabat dari selatan  dah mengaku kerabat la yer.. Tau la laki awak tu boss dia favor.. Eii, geramm tau... Kot kalo aku ada kat tempat tu aku pun lepuk-lepuk-lepuk dia jugak aihhh... Perkataan 'Saya tak Bodoh' yang berulang-ulangan.. Tapi maksud yang disampaikan adalah sebaliknya.. Pastu cakap pakcik tu dayus...? Senangnya mulutttt.... Laki awak yg dok tengok jer tu tak tergolong dalam golongan tu ke? Macam patung cedana takde perasaaan jer..  Huhuhu.. (Astaghfirullahal'azimm.... aku pulak yang emo)

Tau la suami awak tu kan kayaaa... Gaji RM80k a month... Habis dah gaji mahal sangat, awat tak masuk jer valet parking tuh? Setakat soploh doploh hengget apaaa la sangat khann.... Tapi perlu saudari ingat, ini masa zaman kegemilangan yang sekejap jer Allah pinjamkan buat suami mu. Kaya & Glamor (la sangat).. Tunggu masa zaman kejatuhan, kita tengok camane... (Tak baik kita doakan yang tak baik kan.. Tapi, emosi masih terpengaruh dengan klip yang sang bini upload dan sebar sendiri di laman sesawang tuh) Ini nama dia ibarat klip makan tuannya sendiri.

Eii, eii eiiii... 

*masih dalam mood geram, dan terbayang2 aksi sang bini ni*

Nasib ko la Mat Yo, dapat bini yang bisa menjatuhkan aib dan maruah ko pulak..
Dulu2, biasa aku tengok Si Mat Yo ni cool jer orangnya.. macam takde perasaan gitu..
Marah ke sedih ke, geram ke.. Gitu jer reaksi mukanya..
Macam kayu gitu... Sekarang ni dah lebih dari kayu..
Dah macam dal alif ya wau sin..


Nak tengok klip dia?





ini pulak video interview dengan pakcik guard tu




dan ini pulak laporan polis yang Pakcik Guard ni buat


ini pulak headline yang cover pasal depa arini.. *mata atas, tangan di dada*


kisah dan saksi di tempat kejadian


ini pulak ada bunyik-bunyiknyaa peguam nak sapot Pakcik Gad , if anything happen in future


biasa la, kalau dah kes-kes glamer macam ni.. pasti akan dijadikan bahan jenaka..
parodi dan jugak yg lain



antara beberapa siri pencerahan2 yang lain




NotakakiHD: Ingat2 lah, dunia ini bulat. Sekejap kita di atas, sekejap di bawah. Jangan pandang rendah pada insan yang lebih rendah darjatnya. Anytime soon ia boleh bertukar. Mana tau suatu hari nanti pada dia kita meminta tolong.. Jangan lah memandang ke langit sehingga lupa rumput di bumi. Nota ini adalah ingatan untuk diri ku sendiri jugak..




Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27