Thursday, November 14, 2013

Novel : Kemelut Kasih - Part 17



~SeveNTeeN~


Bab 17


Malam itu, Faizul datang secara tiba-tiba. Berseorangan. Dia memang sering ke mari. Kadang-kala dia datang bersama teman rumah bujangnya, Rahmat dan kadang kalanya Shamsul. Hubungan antaranya dengan kami satu bilik sudah mesra. Kerapkali kami keluar bersama-sama satu bilik, kadangkalanya pula hanya aku, Kak Linz dan Faizul. Biasanya kami hanya keluar makan di kawasan berdekatan. Paling tidak pun kami berborak-borak di bawah.



Aku melangkah menuruni tangga, juga berseorangan. Kak Linz ke rumah abangnya yang berada di Desa Serdang. Yati pula masih sibuk dengan aktiviti ROTUnya, sedangkan Syikin pula dari awal lagi dah lesap. Berdating dengan Abang Hakimi agaknya.



Ini merupakan kali pertama Faizul ke mari selepas peristiwa yang menimpaku hari itu. Aku merasakan kedatangannya sekali ini pun pastinya sedikit sebanyak berkaitan dengan hal ku itu.

Perasaan segan menguasai diriku di kala ini apabila mengingatkan peristiwa yang memalukan itu. Mujurlah sehingga kini tiada siapa lagi yang mengetahui akan hal itu. Aku amat-amat berharap agar Faizul dan rakannya Azmi menyimpan rahsia ini. Padaku, Farid dan Budin mungkin tidak akan menghebohkannya kerana ia juga akan menjatuhkan maruah mereka, apatah lagi dengan Farid yang baru sahaja dijatuhkan hukuman digantung tiga semester. Pastinya Budin juga tidak akan menempah maut untuk digantung semester sekiranya menghebahkan hal di Port Dickson hari itu.





Dari jauh aku perhatikan Faizul sedang enak bersandar menantiku di sebuah kerusi batu yang berada di Persada Kosass. Dia duduk membelakangiku. Agak ramai juga pelajar yang sedang santai berborak. Tidak kurang juga ada yang tidak segan silu berdating di tengah-tengah orang ramai ini. Masing-masing riuh bercerita dengan hal tersendiri. Sesekali kedengaran gelak keras dari kumpulan mereka jika ada cerita yang mencuit hati.



“Haipp….!!” Aku menepuk bahu kerusi yang Faizul duduki. Tujuanku untuk mengejutkannya berjaya apabila melihat raut wajahnya yang terperanjat sambil tangannya mengurut-urut perlahan dadanya. Aku ketawa mengekek perlahan. Beberapa pelajar berdekatan yang perasankan gelagatku tadi turut tersenyum kecil.

“Sorry, sengajaa….,” aku menyambung gelakku. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Aku memilih untuk duduk di kerusi yang bertentangan dengannya.

“Nasib baik saya takde penyakit lemah jantung tau ..… kalau tak dah lama Erin kena tangkap atas dakwaan membunuh…. !” balasnya penuh perasaan, namun dalam nada bergurau.

“Kalau begitu, nah…! garilah saya, tangkaplah saya dan bawalah saya ke muka pengadilan…. Saya tak rela bebas di sini sedangkan hati saya tidak tenang dengan perbuatan saya itu…. sob! sob! …,” aku turut membalas gurauannya dan pura-pura menangis. Kedua-dua tanganku aku suakan ke arahnya.

Dia berpura-pura mencari gari di kedua poket seluar jeansnya.

“Alamak, gari tertinggal kat rumahlah…,” balasnya lagi. Aku tergelak dan akhirnya dia turut sama tergelak.

“Hiiii… mentang-mentanglah dia tu pelakon, ngan kita pun dia nak berlakon. Jangan awak berlakon ngan Abang awak besok, udah…” ucapnya lagi tidak mahu mengalah.

“Eh, dengan Abang sayang saya takkan saya nak berlakon… Kita ni baik tau…. Jujur, Setia.. Siddiq, Amanah, Tabligh, Fatanah…,” aku tidak mahu mengalah.

“…and excuse me… kita ni bukannya pelakon…. Kita berlakon hari tu pun hanya suka-suka saja tau…. ,” tambahku lagi. Dia tersenyum menambahkan kekacakan di wajahnya.

“Kak Linz dan yang lain-lain tu takde kat bilik. Kak Linz balik umah Abang dia. Yati ada ROTU dan Syikin lak ada hal….,” aku menerangkan biarpun dia tak bertanya.

Dia angguk.

“Tu lah… sapa yang suruh awak datang mengejut camni….”

“Takpe… saya datang ni bukannya nak jumpa depa tu… kita nak jumpa awak…,” dia membalas tenang.

I come here to see you… and only you that cause me to come here…..” sambungnya lagi dalam nada perlahan, seolah bercakap dengan diri dia sendiri. Berderau seketika darah aku. Mujurlah di waktu itu, Faizul memandang tegak ke depan.

“everytimes…” dia menambah. Raut mukanya serius.


Terasa dadaku bergetar mendengar kata-katanya yang dilafazkan dalam nada perlahan itu. Namun aku tergelak kecil. Pastinya dia bergurau.

“Buat lawak pulak…”

“Saya serius ni…” raut mukanya selamba. “Jom keluar sekejap.” Ajaknya.

“Nak gi mana?”

“Mmm… kita gi makan sate Kajang, nak…?”

“Kita berdua jer ker…” Soalku lagi.

Angguk.

“Ee… tak nak lah… segan …” Sebelum ini kami belum pernah keluar berduaan. Biasanya kami satu bilik, atau paling tidak pun , kami bertiga bersama Kak Linz.

“Ala jom la, takkan awak tak biasa ngan saya… Jangan bimbanglah, saya ni bukannya jahat…. Saya tak akan buat benda tak senonohnya kat awak…,” Balasnya pantas. Namun kemudian kata-katanya tersekat. Mungkin teringatkan peristiwa di PD tempohari. Aku turut terdiam dan muka ku disimbah rona merah. Terasa malu yang teramat kembali di saat itu. Telingaku turut merah seketika. Namun aku cuba mengatasinya.

“Sorry, I don’t mean to remind you on that day...” dia cuba menjelaskan setelah menyedari riak wajahku yang berubah sebentar tadi.

“It’s okay…,” aku pantas memotong.

“It’s okay, saya faham.. sekali lagi aku mengulanginya perlahan seolah-olah memberi semangat terhadap diriku sendiri.

“So…. Shall we….?” aku cuba menghilangkan rasa bersalahnya, sekaligus cuba mewarnai kembali corak perbualan kami. Aku bingkas dari kerusi batu yang berbentuk batang pokok yang di potong itu. Dia turut bingkas.

“Jom…. Kita serang Kedai Haji Samuri….,” Ujarnya berlucu sambil berjalan menghala ke arah Honda Civicnya yang berwarna putih itu.

“Jommm….,” aku menyambut sambil tergelak kecil, cuba menutup perasaan malu yang masih bersarang di hati.

Lebih kurang 30 minit kemudian, kami tiba di Medan Selera Sate Kajang itu. Setelah alarm tutup ditekan, kami berjalan mencari tempat yang strategik. Beberapa minggu yang lalu aku juga pernah ke mari bersama Shahrul. Kini aku kembali lagi ke sini. Namun dengan jejaka yang berlainan.

Teringat kembali semua kenangan bersama encik tunanganku pada malam itu. Malam itu merupakan malam pertama dia mengajakku keluar sepanjang kami bergelar tunangan dan berada di Kampus Hijau ini. Malam itu juga yang mula mewarnai corak hubungan kami, dan malam itu juga dia membahasakan dirinya ‘Abang’ sehingga kini. Ironinya, malam itu merupakan salah satu kenangan manis di antara aku dan dia, setelah hubungan dingin selama ini.

“Kat sini lah kita yer….,” Suara Faizul mematikan lamunanku. Aku menoleh ke arahnya sebentar yang tiba-tiba berhenti di meja bersebelahan yang pernah aku dan Shahrul duduki dulu.


Aku mengangguk dan kakiku pantas mengekori langkahnya. Suasana sekitar masih belum berubah. Tetap sama seperti dulu, cuma di pentas persembahan sana terdapat satu pertandingan karaoke anjuran Unit Kebudayaan Majlis Daerah Hulu Langat. Selepas seorang pelayan berlalu bersama pesanannya, aku leka memerhati gaya seorang gadis dan jejaka yang sedang melantunkan lagu One Sweet Day dendangan Mariah Carey dan Boys Two Men itu. Boleh tahan suara mereka.

Faizul berdehem mematikan perhatianku terhadap aksi pasangan duet itu. Aku berpaling ke arahnya.

“Asyik nampak…,” suara Faizul.

Aku senyum. 

“Best jugak suara diorang tu, kan…” aku memberi komentar.

Dia mengangguk. 

"Tapi suara you lagi best.." sambil senyum dia membalas komentarku tadi.

Aku turut sama senyum, kemudian menyengih.
“Memuji pulaakkk….,” tambahku membalas dengan nada bergurau.

“Kalau orang cakap camtu, cakaplah terima kasih ni …,” dia membalas.

“Okaylah… okaylah…. Terima kasih, awak….” cepat aku membalas cakapnya. Tidak berapa lama kemudian, pesanan kami sampai, dan kami makan dengan penuh selera. Sehingga kami habis makan, Faizul belum menyuarakan hasratnya datang berjumpaku. Biarlah…. Mungkin dia menunggu masa yang sesuai. Apa yang nak dibicarakan belum dapat aku teka. Apa pun, hatiku tetap berdebar menanti luahan katanya.


           Mataku masih segar biarpun jam sudah menunjuk ke angka 3.30 pagi. Puas sudah aku menukar arah badanku, namun kantuk belum menjelma. Sesekali terdengar dengkuran Syikin di katil bawah. Sementara Yati di atas katil di sebelah sana pula sudah berapa kali berpaling arah, namun tetap lena. Kak Linz pula tidur di rumah Abangnya di Desa Serdang malam ini.

Cemburu aku melihat Syikin dan Yati yang ‘Lena di Ulit Intan’ sedari tadi. Aku seorang yang masih terkebil-kebil melayan perasaan. Suasana blok sunyi sepi. Cuma sesekali terdengar derapan selipar menuju ke arah tandas. Mungkin masih ada yang belum tidur mengulangkaji pelajaran memandangkan peperiksaan akhir yang makin mendekat.

Masih terngiang-ngiang di telingaku kata-kata romantis dari Faizul tadi. Dia ingin menjadikan aku sebagai teman wanitanya! Sekaligus, dia ingin melamarku sebagai bakal isterinya dan ingin membawa aku bertemu kedua ibu bapanya. Masih terasa hangat tangannya yang menggenggam erat tanganku. Ish, habis, macam mana ni…. Masalah, masalah… Macam mana nie…?? Aku dah bertunang…. 

Sejujurnya, aku senang dengan sikap mengambil beratnya terhadap kami satu bilik. Dia juga sering memanjakan aku dan pandai mengambil hati. Selain dari perwatakan menarik, dia juga kelakar, namun berhemah. Kadang-kala aku perasan akan sikapnya yang seolah-olah sukakan aku, tetapi pandai mengawal perasaannya. Apapun, aku amat meminati ciri-ciri dalam dirinya yang bertanggungjawab, juga sabar dan mempunyai harga diri yang tinggi. Juga tidak gelojoh dalam menyatakan perasaan.

Aku kira, aku juga meminatinya di dalam diam. Tambahan pula dia hadir di saat hubungan aku dan Shahrul yang masih terumbang-ambing. Lagipun, Shahrul menyintai Suraya. Apa salahnya aku menyintai orang lain. Itu hak aku. Lagipun, layanan Shahrul yang dingin seolah menguatkan lagi perasaanku terhadap Faizul. Namun, aku tidak mahu perasan sendiri. Aku tidak mahu melayan perasaan. Aku cuba hindarkan perasaanku terhadapnya. Aku tidak mahu mengingkari keinginan orang tua kami yang mahu menyatukan kami. Entahlah…. Kini, di saat kasih antara aku dan Shahrul mulai berbunga, dia pula datang mencurah kasih dan merayu cinta. 

Aduh! Pening makcik pening….

Wednesday, November 13, 2013

Perihal Lelaki : 10 Fakta tentang LELAKI



1. Lelaki biasanya tidak terpikat terhadap wanita disebabkan mereka cantik, tetapi mereka lebih mudah terpikat terhadap personaliti dan ketrampilan seseorang itu.

2. Lelaki amat bencikan lelaki lain yang cuba untuk menggoda kekasih mereka.

3. Apa yang sedang awak lakukan? atau Awak dah makan ke belum? adalah merupakan soalan paling kerap akan ditanya ketika mereka menelefon seorang wanita.

4. Lelaki akan sibuk dengan pekerjaan mereka sepanjang hari, tetapi sebelum tidur, pasti mereka akan memikirkan mengenai wanita yang mereka benar-benar sayang.

5. Apabila lelaki benar-benar sayang terhadap seorang wanita, mereka akan cuba mengabaikan semua karakter negatif yang ada pada wanita tersebut.

6. Lelaki akan membuat seribu satu kesimpulan sekiranya seorang wanita senyum kepada mereka.

7. Lelaki sanggup melakukan apa saja untuk mendapatkan perhatian daripada seorang wanita.

8. Lelaki amat benci apabila wanita menceritakan mengenai kisah bekas teman lelaki mereka.

9. Seorang lelaki mampu menyukai wanita untuk seminit, kemudian mampu untuk terus melupakan mereka.

10. Apabila seorang lelaki bersedia untuk berjumpa ibubapa kekasih mereka, ini menunjukkan mereka benar-benar serius.

Thursday, November 7, 2013

Edisi Jalan Jalan : Bukit Tinggi, Pahang



Hiii kenkawan... 

Alang-alang dah update, jom kita update lagi belog ini yer.. hiiiiii~~

Sementelah kebanyakan family The Sidek's ada kat KL ni kan, so keesokan hari selepas final Piala Malaysia tu, kami sepakat berjalan-jalan ke Bukit Tinggi, Berjaya Hills Resort, yang berada di negeri Tok Gajah yang menang Piala Malaysia ttuu... hehe..

Dalam sakit kepala berdenyut-denyut tu (sedari petang kat stadium tu lagi), sempat lagi ai entertain my adiks beradiks dan mak ke sana okeh. Alah, lagipun dekat jer kat sini kan... Sejam jer kot nak ke sana dari KL ni.. Aku penah pergi dulu tapi tak jalan sangat la.. Maklum situasi dan orang tidak mengizinkan... So now, selepas 8 tahun kot, aku ke sana lagi... with my family..

Seronok di sana, sambil ber kemho (camwhore) la, apalagik.. kihkihkihhhhhh

Situasi di Bukit Tinggi, Pahang ni memang seswai untuk jalan-jalan santai2 bersama family to ease ourselves... lari dari hiruk pikuk kota  ^___^   Tempat2 menarik kat sana lebih kepada bangunan ala-French yang menarik la kan.. Lebih di kenali dengan nama Colmar Tropicale. Selain tu, Japanese Village juga salah satu lagi tempat yang sangat serene dan menenangkan.. Canteekk sangat... Rabbit Farm jugak seswai untuk hiburan anak2 kecil.. Tapi kami tak berkesempatan ke Rabbit Farm tu sebab kejar masa Abang ku nak terus balik ke Kelantan, kang lambat pulak pergerakan, lambat pulak sampai di KB. 

Bayaran untuk masuk dan bersiar-siar di sana adalah RM 12 untuk dewasa dan RM 8 untuk kanak-kanak.

Lebih kurang pukul 3 petang, kami beransur.

Jom layan beberapa pic kemho kami aritu... kihsskihsskihsss..























NotakakiHD : Nice place... Nice sceneries.. Will go there again, surely :)

Cerita Pasal Bola : Piala Malaysia milik Tok Gajah! Tahniah!



Hi, Assalam..


Dah beberapa hari berlalu, baru berkesempatan nak hapdet pasal-kisah-bola ni kan... Piala Malaysia yang merupakan kemuncak dan penamat di Liga Malaysia ni setiap tahun. Sekali lagi, tahun ini my state team, TRW berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam (SSA) Ahad, 3 Nov'13 lepas. Ini merupakan tahun kelima Kelantan berjaya melayakkan diri ke perlawanan akhir.

Sedari awal lagi, sudah kecoh dengan isu berkaitan tiket yang begitu sukar diperolehi. Berebut2.. Ada juga yang beratur sedari awal pagi, namun hampa. Dengan kapasiti SSA yang mampu menampung 75,000 - 80,000 orang, tiket pula di bahagi samarata di antara kedua-dua pasukan Tok Gajah dan Sang Kijang. Rata-rata, penyokong TRW mampu memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang berkapasiti 100,000 orang.. Maka bayangkanlah jika kemampuan tiket yang diperuntukkan di antara kedua pasukan hanya 35 - 40 ribu sahaja setiap pasukan.

Kita lupakan soal isu tiket (dan kaitannya dengan ulat tiket) yang tak berkesudahan ini. Oh ya, aku sendiri membeli tiket dengan harga RM60 satu. Kami berempat, setelah TRW berjaya menewaskan skuad ATM pada peringkat separuh akhir, terus tergedik2 (lol) decide nak ke stadium. Rakanku, Ema aka Rahi, berasal dari Johor okeh, tapi, memang minat TRW sedari 2009 lagi. Manakala JM aka Shahi adalah orang Bagan Datoh yang membesar di Selangor. Makanya dia adalah orang Red Giants okeh. Sorang orang JDT,, sorang orang Red Giants.. Tapi kami mampu ke SSA bersama-sama untuk menyokong TRW. What an amazing moments  ^_^  Shahi mungkin juga sebab anak menakannya, Syamil yang berusia 7 tahun itu adalah peminat tegar TRW- sebab kakak iparnya, aka Mak Syamil oghe Klate wehhhh, ekekekeke.... So ini kali-lah dia sokong TRW kowt... ngeeeeee...

Ok, bukan senang jugak nak ke final ni, oleh kerana kekangan tiket- sekejap ada-sekejap takde. Aku dah decide nak gi tgk big screen kat Karangkraf kot... Alih2 abang aku call dari KB cakap tiket ada pulak, dengan harga RM60.. Sebelum itu katanya harga dalam RM45-50 satu. Kami on sajork... So kami berempat, bersama adik aku, Rizwan dan Abangku dan anak sedarakuh Aliff yang ke stadium Ahad lalu.

Kami bergerak keluar dari pukul 12 tengahari lagi. Rahi datang ke rumahku walau dalam keadaan demamnya yang tetiba, namun demi semangat TRW ke final, orang johor ni tetap bersemangat dan gigih nak ke stadium... Kagum aku ngan kawan aku nan sorang neh *Senyum-Sengih* Kat FB dia pun siap berbalas komen ngan adik beradik sepupu sepapat lagi.. kehkehkeh.. Maklum orang JDT sokong TRW okeh...Hiiiiiiii~~... So, dari SK kami ke Kg. Medan pick up Shahi, then ke Kelana Jaya untuk pick up Abang Rizal ku dan Rizwan dan Aliff yang stay di rumah adik iparnya. Kemudian, selepas Zohor kami bergerak ke SSA, melalui jalan dalam- Gutherie- sebab nak elak tol Batu 3 yang pastinya lumpuh dengan penyokong TRW & Tok Gajah. 

Kami tiba di SSA dalam  pukul 2 petang. Senang jer dapat parkingnya. Kemudian kami mula mencari tshirt TRW untuk Shahi dan aku pulak carik mafla baru.. he he he... Sesaja nak tambah koleksi... Tepat jam 3 petang, kami beratur di pintu C untuk memasuki stadium. Ketika itu hujan sudah turun renyai-renyai membasahi bumi Shah Alam ini. Kami dapat tempat duduk di sisi gawang gol pasukan Kelantan di first half. Agak clear.

Penyokong Kelantan sudah memenuhi ruang sedari awal lagi berbanding pasukan Pahang, namun penyokong skuad Tok Gajah sedari awal lagi sudah memulakan sokongan dan chants dengan formasi yang menarik. Suka jugak aku lihat sokongan mereka yang sekata, berbanding TRW yang agak lambat, dan kurang sekata. Dari pemerhatian aku, Ultra's Kelantan hadir agak lambat. Ultra's Pahang sudah habis mendendangkan be-be-be-berapa lagu & sorakan, Ultra's Kelantan separuh masih tiada. Namun tidak mengapa.. Kenapa harus dibeza-bezakan, kan? Ultra's Kelantan dan sebilangan penyokong Kelantan amat kukuh dan tidak berganjak dari tempat duduk walaupun hujan turun dengan lebat, dan seat mereka tidak berbumbung pun. Sokongan tetap lantang dilaung dan dinyanyikan untuk meningkatkan semangat para pemain, berbanding Ultra's & penyokong Pahang, yang aku perhatikan hampir separuh melarikan diri ketika hujan. Tapi itu hak masing2 kan.. Mementanglah aku dapat seat berbumbung *tapi-tapi-tapiii, bumbung bocor taw.... huhu* air menitik sana sini... Tapi, takpe... demi sokongan untuk TRW terchenta khennn.... Ngeeeee...

Apapun, tahniah buat skuad Tok Gajah dan penyokongnya yang happening! Really.. Secara keseluruhan, prestasi dan corak permainan TRW malam itu amat amat mengecewakan. Tidak tahu kenapa dan di mana puncanya, game TRW malam itu antara yang terburuk dipamerkan. Kekalahan dengan mata 0-1 di tangan Tok Gajah tidak kami persoalkan, tetapi game yang sangat lah tidak menghiburkan. Kalau kalah tetapi game yang best.. passing best dan lawan habis-habisan, tidaklah ralat sangat rasanya. Tapi.. apapun dah berlalu kan... Sokongan terhadap TRW tetap kami sumbangkan, kerana sokongan ini bukan hanya masa menang, namun juga semasa menjunam. *Smile*  Kami tetap percaya dan berbangga dengan pasukan kami, TRW.

Mudahan tahun depan, 2014 akan membawa cahaya yang lebih gemilang.. Walaupun sekarang pelbagai isu dan rumours pasal perpindahan pemain...

Apapun, Gomo Klate Gomo.

Selamat berjuang lagi Pahlawan Merah.

See u next season.

Jom layan beberapa kemho, selfie dan beberapa keping gambo la.. Ngeeee




















NotakakiHD : sakit kepala berdenyut-denyut namun demi TRW, its sokayyyy..... o____o  #GKG!!