Novel : Kemelut Kasih - Part 18


~Eighteen~



Bab 18



    Peperiksaan akhir semester 3 telahpun tamat sekejap tadi. Charina duduk releks di luar Dewan Besar, tempat berlangsungnya kertas terakhirnya pada semester ini, Marketing sambil menanti Anita yang masih belum habis menjawab. Sesekali dia membelek kertas soalan yang dibenarkan dibawa balik oleh pensyarah mereka. Apabila ditegur oleh rakan sekursus, dia menjawab mesra sambil berbual rancak.

       "Amacam soalan tadi Erin, ok tak?" Soal Zamri sambil tersengih. Di sebelahnya, Saiful Iddin melemparkan senyuman kepadanya. Charina membalas.

         "Okay la…." Jawab Charina. "Banyak gak soalan yang dapat dari senior last-last sem naik kan?" Soalnya balik kepada Zamri. Sebenarnya, hampir sepertiga daripada pelajar ini telah pun mendapat soalan daripada senior yang beberapa tahun lepas dan mereka telah berpakat mencari jawapan terlebih dahulu.

        Biasanya, apabila seseorang pelajar mendapat sesuatu kertas soalan dari senior, mereka akan berpakat dan yang lainnya akan membuat salinan fotostat, dan akhirnya hampir kesemua pelajar mempunyai set soalan dari pelbagai semester terdahulu itu. Ini memudahkan lagi proses pembelajaran mereka. Ia juga boleh dianggap soalan spot mereka dan ini menyenangkan mereka untuk score dalam final exam ini bagi menaikkan gred mereka nanti .



       "Okaylah, aku balik dulu ya…," ujarku pada mereka berdua setelah melihat Anita keluar dari dewan. Anita menyapa kedua pemuda itu sambil menguntum senyum. Dia berjalan ke arahku. Aku sudah bangun dari kerusi dan menunggu sehingga dia sampai.

       "Camana, okay tak soalan tu?" Aku menyoal pantas melihat wajah Anita yang ceria itu.

         "Okay la. Lagipun banyak gak soalan spot kita yang keluar." Dia menjawab lancar.

           "Habis tu kenapa keluar lambat?" Soalku pula ingin tahu.

      "Kadang-kadang tu sesetengah soalan tu confuse gak aku mengingatkan jawapannya balik…." Balas Anita lagi sambil mengangkat tangan menegur Laili yang berjalan berhadapan kami. Aku menganggukkan kepala sambil melemparkan senyuman.

       Kami berjalan pantas menuju ke arah Swiftku. Kami menunggu sebentar memberi laluan kepada motosikal yang berasak ingin keluar dari kawasan Dewan Besar ini. Setelah keadaan agak reda aku memandu selesa ke kolej.




Aku memerhati kereta yang beratur panjang di hadapan. Plaza Tol Sungai Besi penuh sesak dengan kenderaan orang yang baru pulang dari pejabat. Shahrul memandu tenang di sisi. Selepas temujanji kami secara berdua tempohari, ini merupakan temujanji kami yang keempat. Beberapa kali sebelum ini kami pernah keluar bersama di sekitar kampus sebelum semester berakhir. Nampaknya hubungan kami mulai berbunga. Ada juga beberapa kali kami terserempak di fakulti namun kami hanya berbalas senyum sahaja. Tidak mahu sebarang prasangka wujud di kalangan sahabat masing-masing. Apatah lagi jika diketahui Suraya. Pasti mengamuk sakanlah jawabnya. Aku tidak mahu timbulnya pertengkaran atau sebarang peristiwa yang tidak diingini kelak.

        Lagu nyanyian Suhaimi Meor Hassan, Epilog Cinta dari Bromley yang ada melagukan …. Aduhai Kathy…. yang aku tukarkan kepada Aduhai Erin… memenuhi ruang keretaku yang sempit ini. Aku menghayati senikata lagu dan lirik lagu ini. Sungguh puitis sekali. Alangkah indahnya hati ini jika dicintai sepenuh hati oleh jejaka idaman hati. Aku termenung sendiri. Shahrul memberhentikan kereta di pondok membayar tol dan menghulurkan wang. Setelah selesai dia memandu cermat melewati kawasan itu. Sekilas dia menjeling ke arah Charina yang sedang asyik.

       "Amboi… asyiknya dia," tegur Shahrul memecah kesunyian.

Aku berpaling. Senyum.

       "Kita suka lagu ni…," jawabku yang kebetulan lagu itu berakhir.

        "Wah… klasiknya…!" ujar Shahrul bergurau. Senyum.

        "Sukaaaa…" balasku pula.

      "So, kita nak ke mana ni?" Soal Shahrul lembut sambil memandang ke arahku. Sinar matanya redup.

Aku diam seketika.

       "Terpulang you, la…," aku berserah. 

      Dua hari lalu dia menelefonku mengajak keluar bersama. Aku mengikut memandangkan kertas terakhirku telahpun selesai. Sengaja aku berlambat-lambat untuk pulang kerana menunggu Abang Azlan yang akan datang mengambil kereta dua hari lagi. Kami akan bergilir-gilir memandu apabila pulang nanti melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak-Gua Musang. Untuk meminta tolong Shahrul aku masih belum punyai keberanian kerana hubungan kami baru bermula. Lagipun dia masih punyai banyak urusan untuk diselesaikan memandangkan ini merupakan semester akhirnya di kampus hijau ini.

             "Kita gi Desa Pandan, ok tak?" Soal Shahrul lagi.

         "Mesti nak makan masakan Minang ni eh….…" dugaku sambil menghadiahkan sebuah sengihan. Dia mengagak Shahrul mahu ke Restoran Sari Ratu yang menghidangkan dengan ala minang.

            "Camane taww neh…." Balas Shahrul sambil tersengih, sekilas dia memandang aku di sisi. Kemudian kembali fokus dengan pemanduan.

           "Intuisi…" aku membalas. Juga sengih. "Well, the car is in your hand now, so it's up to you where we are heading now…" Aku menyambung memberi kata putus kepadanya.
Sekali lagi Shahrul memandang kearahku dan menyengih.
           "Betul nie..?" Soalnya pula.
Aku angguk. "Ya!"
          Shahrul senyum segaris.
        "Okay.." dengan nada rendah dia mengeluarkan suara romantisnya. Sekilas lirikan mata dilemparkan ke arahku, sebentar, kemudian kembali dia fokus ke depan. "Firstly, we heading to Palace of Golden Horses then we book a room," dia berjeda sebentar, mungkin menunggu reaksi balasku. "After that…."
       "Ha iyalah tu, pas tu kita kena tangkap khalwat. So tak payahlah awak keluar belanjakan?" Aku menjawab bagi pihaknya. Kurang senang dengan gurauannya. 
         Dia menyengih. 
           "Hundred percent right!" Balasnya lagi sambil tergelak.
"Pandai pun tunang Abang…"
Aku mencebek.
            "Lelaki memang miang…." Cemuhku.
         "Kalau tak miang, tak normal namanya lelaki tu…" balas Shahrul lagi sambil tergelak-gelak kecil, tidak mahu mengalah. Masih mahu bertengkar pendapat.
           "You shouldn't be miang to be a man pun… But, yah, at the end, it's up to you.. The choice is your's anyway..." aku sengaja bernada sinis dan masih belum mahu mengalah, namun membiarkan sahaja. Malas mahu memanjangkan topik sebegini. Makin dilayan makin menjadi. Lagipun bukannya dapat hadiah pun…

         Shahrul memberi isyarat ke kanan dan kemudian memandu laju memotong kereta pacuan empat roda di hadapan. Setelah tiba di satu persimpangan menuju ke tempat di tuju, dia membelok cekap dan memandu memasuki kawasan parking kereta dan mencari ruang kosong. Setelah menjumpai dia memandu cermat dan cekap meletakkan si biruku yang kecil molek di antara Kia Sorento dan Toyota Vios model terbaru. Setelah itu kami mengatur langkah ke tempat di tuju.
        Sedang kami menikmati hidangan, tiba-tiba aku terasa seseorang berdiri hampir denganku menyebabkan perbualan kami terhenti. Aku dan Shahrul sama-sama mendongak.

Suraya!

        Mata bundar gadis seksi itu yang dimekap rapi semakin membesar. Aku memandang ke arahnya dan kemudian ke arah Shahrul. Leherku menelan liur. Terpaku dan tidak tahu untuk bercakap sepatah kata. Sebenarnya aku tahu risiko yang aku harus hadapi apabila kami mulai keluar bersama. Kami harus menghadapi Suraya yang masih belum mengetahui akan hubungan kami.
       Aku tahu Shahrul belum menerangkan kepadanya lagi akan hubungan kami. Namun aku tidak mahu memaksa. Itu bukan caraku. Entah mengapa, walaupun Shahrul merupakan tunanganku, namun aku pula yang merasa bersalah. Mungkin seperti yang pernah aku fikirkan dulu, di mana aku seolah-olah merampas kekasihnya meskipun talian pertunangan itu adalah kehendak keluarga Shahrul juga. Dan tentunya pertunangan ini atas kerelaannya jua kerana sama ada secara rela atau terpaksa, tanpa persetujuan dia, pertunangan kami tidak akan berlangsung. Apa pun, aku pasrah. Elok juga dia melihat kami sekarang, tidak perlu aku menunggu lebih lama untuk Shahrul berterus terang akan hubungan kami terhadap kekasih pujaan hatinya ini.
           Diam-diam timbul perasaan sakit hatiku terhadap Shahrul. Huh! Lelaki juga yang untung. Dua-dua dia nak sapu! Tapi di dalam keadaan seperti ini aku menyerah kepada kebijaksanaan Shahrul menyelesaikannya.
         Shahrul bingkas bangun dan mula bersuara untuk menjelaskan perkara sebenarnya tetapi Suraya yang memakai skirt A line paras paha itu bersama baju ketat dan bermekap rapi itu pantas melayangkan tangan ke pipiku. Aku terdorong dua langkah ke belakang. Semuanya berlaku begitu pantas tanpa dapat aku elakkan. Setelah itu dia cuba melayangkan ke arah Shahrul pula, namun sempat di tahan oleh tangan sasa Shahrul. Aku bungkam seketika. Terkejut dengan serangan dan tamparan yang tiba-tiba. Namun akhirnya terasa ada cecair jernih di sudut mata!
           Aku menangis? Sempat otakku berfikir memikirkan bagaimana air mataku itu muncul. Tidak! Aku tidak menangis, tapi ia keluar disebabkan kuatnya tamparan dari tangan Suraya tadi menyebabkan kelenjar air mataku mengeluarkan air dengan sendirinya. Hampir kesemua pengunjung di restoran makanan segera itu memandang sandiwara semasa lakonan kami.
      "Sue…!!" Suara Shahrul keras.
    "Kenapa awak tampar Erin..!" Marah Shahrul dan memegang tangan Suraya kemas. Suraya meronta.
    "Ooo… Erin namanya…!! Dulu saya tanya awak cakap tak tahu…. Sekarang bermesra berduaan di sini…!!" Lantang dia bersuara umpama petir. Mungkin seluruh pengunjung restoran ini dapat mendengarnya.
       "Perempuan sundal ini yang merampas kekasih I, takkan I nak peluk cium dia kot…," suara Suraya lagi lantang penuh kegeraman. Matanya memancarkan sinar kebencian yang teramat. Merah dan meradang, namun masih cantik di pandangan mataku.



Shahrul memandang Suraya ke atas ke bawah.
        "Ni apa baju awak pakai ni… dedah sana dedah sini…" sempat pula Shahrul membebel. Dia menarik Suraya duduk tetapi Suraya tetap berdegil. Tangannya sekali lagi mahu mencapai rambut Charina dan mahu ditarik-tariknya rambut perempuan yang merampas kekasihnya itu. Namun segera tangannya ditahan oleh Shahrul yang dapat membaca hasrat hatinya.
      Suraya kegeraman. "Lepaskan saya… saya nak kena-kenakan perempuan tak tahu malu ni…," suaranya lantang menjerit.
       Charina di selubungi perasaan yang malu teramat. Dia bangun dan terus mencapai kunci kereta yang Shahrul tinggalkan di atas meja tadi lalu berjalan pantas ke arah keretanya. Alarm dipetik lalu dia memboloskan badan langsingnya ke tempat pemandu. Suara Shahrul yang memanggil-manggilnya tidak diendahkan. Dia mengesat air mata seketika sebelum menghidupkan enjin keretanya. Setelah itu dia memandu pulang ke Serdang berseorangan diri meninggalkan Shahrul yang sibuk melayan aksi Suraya. Dalam diam dia menangis mengenangkan peristiwa sebentar tadi dan nasib dirinya.
      Apa salah aku? Kenapa aku yang harus mengalami perkara sebegini? Apa dosa aku? Rintih hatinya sendiri. Belum sempat peristiwa memalukan bersama Farid dulu hapus dari kamus ingatannya, kini timbul pula kisah Suraya. Dia menarik esak dan sibuk mengesat air mata yang mengalir rancak.
     Dah….! Cukup…! Berhenti…!! Berhenti menangis…., suara hatinya memberi semangat di dalam dirinya. Kau tidak bersalah… cuma menjadi mangsa keadaan…., akalnya memberi alasan. Jangan jadi budak cengeng….! Charina menarik nafas dalam-dalam.
      Lampu isyarat merah tertera di hadapan. Dia memberhentikan kereta di belakang sebuah Honda CRV. Di sebelah kanannya pula kereta Toyota Prius yang dipandu oleh seorang pemuda. Charina tahu pemuda itu memandang ke arahnya. Mungkin terperasankan dirinya yang menangis. Namun dia tidak mengendahkannya. Lampu bertukar warna hijau. Dia sempat mengesat sisa air matanya sebelum memasukkan gear dan menekan pedal minyak dan melepaskan cluth. Esakannya kian reda. Setelah itu dia meneruskan perjalanannya ke UPM.


        Sementara di restoran di Desa Pandan, Shahrul masih sibuk melayan karenah Suraya. "Awak keluar dengan budak perempuan tu awak kata tak salah! Awak tak mengaku yang awak tu berbuat salah!!" Suara Suraya masih meninggi meskipun tidak sekuat tadi. Hatinya merasa amat sakit melihatkan aksi Shahrul dan budak perempuan yang dipanggil Erin oleh Shahrul tadi. Niat hatinya yang ingin berjumpa dengan rakan sekolahnya dahulu, Shima terpaksa dibatalkan. Kebetulan sehingga kini Shima belum menampakkan wajahnya.
        Shahrul menarik nafas menahan panas yang membara di hati.
      "Jom, mari kita balik. Nanti saya ceritakan hal sebenarnya…," suara Shahrul pula sambil menarik tangan Suraya. Suraya berdegil tidak mahu berganjak.
     "Awak tak malu ke bertempik melaung kat sini macam gajah mengamuk…. Tengok, semua orang pandang kita… Awak tak malu ke….," ujar Shahrul dengan nada perlahan, malah seolah berbisik.
      "Jom, mari kita balik…" sambungnya lagi. Suraya memuncung.
     "Ooo.. tau malu.. tapi keluar dengan perempuan lain tak malu…," luahnya masih tidak puas hati.
     "Dah, dah.. jom kita balik…" dia mencapai tangan Suraya. Mahu tidak mahu terpaksa dia mengikut. Mereka berjalan bersama menuju ke arah honda City Suraya. Mulutnya masih memuncung. Tumpuan pengunjung-pengunjung kembali kepada makanan masing-masing setelah babak drama mulai tamat. 
       Setelah tiba Shahrul menghulurkan tangan meminta kunci kereta. Suraya menghulurkan tanpa bersuara. Setelah alarm dipetik, masing-masing menembusi ruang duduk di hadapan kereta. Setelah itu Shahrul memandu kereta ke arah destinasi yang ditujui. Masing-masing masih tidak bersuara. Saling memendam perasaan yang bersemarak di hati.
       "Awak tak patut tampar Erin tadi. Dia tak bersalah apa pun terhadap awak…," akhirnya Shahrul bersuara memecah kesunyian.
Suraya pantas berpaling. Hatinya yang panas makin bersemarak mendengarkan kata-kata Shahrul yang membela budak perempuan tadi. Dia berpaling kasar melemparkan pandangan ke arah Shahrul. Mata bundarnya membutang.
    "Apa? Awak cakap saya tak patut tampar betina gatal tadi tu…. What do you expect me to do..?? Treat her like a princess..??! Damn…! Shit…!”
     "Siapa dia tu pada awak sampai awak bela dia macam tu..? Gundik awak..?" Kasar Suraya bersuara. Masih belum puas meluahkan rasa hatinya.
      "Dia yang tak sedar diri merampas kekasih kita…. Macam tak ada lelaki lain dalam dunia ni…. Kekasih kita jugak yang nak dikebasnya… Yang si lelaki ini pula satu, semua pompuan dia layan. Dasar gatal….!!" cemuh Suraya panjang lebar. "Macam takde perempuan lain…," sambungnya lagi. Dadanya berombak kencang. Mukanya merah umpama udang dipanggang. Marah benar nampaknya dia.
      "I dah agak dari dulu lagi, You memang ada hubungan dengan budak gatal jahanam tu……" belum puas dia bersuara mencemuh Charina. Segala bad words keluar dari bibirnya.
      Berdesing telinga nipis Shahrul mendengarkan cemuhan Suraya terhadap Charina. Shahrul tidak sanggup mendengar Charina dicemuh sebegitu kerana dia tidak bersalah apa-apa pun ke atas mereka. Dia terlibat kerana hubungan pertunangan mereka, sedangkan Shahrul masih belum memutuskan hubungan kasihnya dengan Suraya anak manja Dato' Zahari tu. Lagipun telah lama mereka bersama, terasa sayang pula untuk memutuskan hubungan begitu sahaja. Bermadu? Pernah ungkapan itu berlegar di kepalanya sikit masa dulu. Tapi mahukah mereka….. dan…. Mampukah aku…??!
        Untuk membuang Charina pula dia tidak sanggup. Terasa seolah ia mengingkari hasrat kedua orang tuanya pula. Tambahan lagi semenjak akhir-akhir ini dia seolah-olah sudah terjatuh kasih kepada gadis itu di atas kesabaran dan tidak banyak karenah anak gadis sahabat karib ayahnya itu. Belum pernah sekali pun Charina mengganggu hubungan mereka, malah tiada seorang pun yang tahu hubungan pertunangan mereka sehingga kini. Jika tidak pasti orang akan mencemuhnya kerana sudah bertunang tetapi masih menjalin hubungan cinta dengan perempuan lain!
          Shahrul membelokkan kereta Honda City itu ke arah sebuah pokok rendang di tepi jalan. Kereta yang lalu lalang pada waktu ini tidaklah terlalu sesak. Suraya yang kehairanan menoleh memandang tepat wajahnya. Mungkin tertanya-tanya kenapa mereka berhenti di situ.
       Shahrul menghempaskan tangannya ke stereng kereta. Tangannya tertekan pada hon melahirkan satu bunyi yang nyaring. Suraya yang tadinya panas tertanya-tanya akan gelagat aneh Shahrul itu. Sudahlah memberhentikan kereta secara tiba-tiba, sekarang ini dia menggenggam rambutnya pula sambil meletakkan kepalanya ke stereng kereta. Suraya hanya memerhatikan segalanya tanpa bersuara. Biarlah Shahrul dulu yang membuka mulut menerangkan segalanya. Marahnya yang bersemarak kian mereda melihatkan aksi kekasih hatinya itu. Mungkin dia mempunyai masalah! Telah hatinya pula.
        Namun Shahrul tetap tidak bersuara. Malah dia membuka pintu kereta dan keluar menuju ke arah sebuah bangku simen berbentuk batang pokok yang berada di taman mini di tepi jalan yang mereka berhenti itu. Suraya kehairanan namun akhirnya dia turut turun dan berjalan ke arah kekasihnya itu. Dia memilih untuk duduk di kerusi yang berhadapan dengan Shahrul.
      "Kenapa ni, Shah? You ada problem ke..?" Soalnya mengambil berat. Marahnya tadi hilang serta-merta. Kini perasaan keliru muncul melihatkan wajah Shahrul yang kusut merenung kanak-kanak berkejaran di taman itu. Suraya sendiri tidak pasti bagaimana mereka sampai ke situ. Mungkin dia tadi sibuk melayan marahnya sehingga tidak sedar Shahrul membawanya ke taman perumahan yang tidak dikenalinya ini.
       “Hmmh…”, Shahrul mengeluh. Mukanya muram. Namun dia tetap tidak bersuara. Suraya turut membatu.
        "Kenapa ni..?" sekali lagi dia menyoal.
Shahrul berpaling lambat-lambat ke arahnya. Matanya yang biasa tajam memikat itu nampak kusam. Sekali lagi dia mengeluh berat. Namun akhirnya dia bersuara lemah.
        "I minta maaf, Sue. I harap you dapat memahami keadaan diri I…," dia memulakan kata bicara. Suraya menunggu kata-kata seterusnya.
        “I minta maaf sebab tak berterus terang dari awal-awal lagi pasal hal ni. Biarlah I berterus-terang.” Suasana sepi seketika. “Dah lama I nak cakap benda ni pada you, tapi seriously, I tak tahu macam mana nak mula... dan I tak sanggup…”
         Suraya diam memberi jalan untuk Shahrul membuka cerita.
     "…sebenarnya, gadis yang bersama I tadi adalah….. ," dia berhenti seketika menelan liur.
        "Sebenarnya apa?"
       "Sebenarnya Erin tu adalah tunangan I…..," perlahan dia bersuara. Kepalanya ditundukkan lama memerhati rumput yang menghijau. Namun akhirnya kepalanya diangkat untuk melihat reaksi Suraya.
        Tunang..!? Shahrul sudah bertunang….?? 
    Suraya terpempan. Perkataan itu umpama petir menerjah ke hatinya.

      Shahrul sudah bertunang…..??

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27