Posts

Showing posts from 2014

Novel : Kemelut Kasih - Part 24

Image
Bab 24 A ku telah dilahirkan sebagai anak bongsu seorang yang agak ternama dalam dunia perniagaan. Dan sebagai anak yang paling kecil, aku agak manja dan mudah tersentuh. Jua agak degil dan suka mengikut kata hati. Namun, aku mudah menden gar kata sebenarnya. Terutama lagi bila pengasuhku merangkap pembantu rumahku yang bersuara. Tak tau kenapa, aku amat senang dengannya. Dan dia sudahku anggap umpama ibuku sendiri. Sebenarnya ibu yang kedua. Mungkin juga aku membesar dalam limpahan kasih sayangnya. Berbanding ibuku sendiri yang terlalu aktif berpersatuan dan sering sibuk dengan  aktiviti dan rakan-rakannya.             Aku memulakan persekolahan di sebuah tadika antarabangsa yang terkemuka di ibu negara, seterusnya memasuki sekolah rendah juga yang elit dan seterusnya sebuah sekolah berasrama penuh yang elit di ibu negara. Kemudian, aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara, namun aku memilih untuk meneruskan pengajian di sebuah universiti tem

Novel : Kemelut Kasih - Part 23

Image
Bab 23                 Shahrul memandu tenang sambil menikmati lagu-lagu kompilasi pujaan awal tahun 90-an dahulu. Sewaktu dirinya dan juga Charina masih  di alam persekolahan renda h. Sesekali dia menggenggam erat tangan isterinya di sebelah, dan sesekali dia menggigit jari jemarinya mesra. Charina hanya tersenyum tetapi sesekali terjerit kegelian. Terpancar cahaya penuh kebahagiaan air muka mereka.             “Sayang mengantuk ke, kalau mengantuk tidurlah…,” suara Shahrul begitu romantis dan lembut. Renungan penuh kasih sayang ditumpahkannya kepada isteri yang berada di tepi. Tangannya mengelus-elus perlahan peha Charina. Terasa perasaan sayang yang teramat kepada isterinya yang suatu dulu tidak pernah dia jangkakan. Kini baru dia sedari, betapa indahnya perasaan bila ikatan sudah dimerterai secara sah. Dia memandang jam. Pukul 10.00 pagi. Cahaya mentari sudah pun menunjukkan sinarnya.. Mereka bertolak selepas Subuh tadi dari rumah mereka di Bandar Sunway. “Sayang…

Tips Perkahwinan : 15 PETUA KEKALKAN KASIH SAYANG SUAMI

Image
Hakikatnya, tugas isteri zaman sekarang bukanlah mudah kerana kebanyakan mereka bekerja. Di samping tugas di pejabat, wanita juga mempunyai tanggungjawab kepada keluarga iaitu anak dan suami. Tanggungjawab mungkin boleh diserahkan kepada pembantu rumah jika anda terlalu sibuk, tetapi bagaimana pula dengan suami? Bukan sedikit cerita suami mengadakan hubungan sulit dengan pembantu rumah gara-gara kelalaian isteri tidak melayan suami dengan baik. Justeru, bagi mewujudkan keharmonian dalam rumah tangga, di sini diberi 15 panduan lagi bagaimana isteri boleh memikat hati suami. 1. Jika marah, tunggu sehingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahulah suami apa yang menganggu fikiran secara sopan. Jangan salahkan suami. 2. Apabila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh, hentikan apa sahaja tugas yang sedang dilakukan. 3. Bila memesan barang kepada suami ke kedai, senaraikan di atas kertas. Jangan biarkan suami ke kedai dua kali. 4. Tanya su

Novel : Kemelut Kasih - Part 22

Image
Bab 22 "E ncik Shahrul, ini fail yang Encik minta tadi…..” Shahrul yang sedang asyik meneliti data dalam fail biru yang baru diterimanya semalam mengangkat wajahnya sebentar memandang wajah Izati, kerani akaun yang manis itu. Dia mengangguk.             “Terima kasih… Letakkan di situ. Saya akan lihat sekejap lagi.” Ringkas dia bersuara. Setelah itu, Izati berlalu. Selepas menghirup sedikit air kopi yang baru sahaja diletakkan oleh tea lady sebentar tadi, Shahrul kembali membelek helaian yang seterusnya. Padanya, cadangan dari Syarikat Pembinaan Megah Padu  Bhd itu amat menarik, namun ada sesuatu yang tidak kena di sini.             Cadangan projek pembinaan perumahan, sekaligus penubuhan Bandar baru di kawasan Kampung Perantau itu memang baik. Dengan konsep yang ala country , tenang dan  mewah. Bayangkan, seratus lapan puluh tiga blok perumahan yang dicadangkan merangkumi kawasan perumahan mewah sehinggalah perumahan kos rendah  di susun atur beg

Siri : Nadja - Satu

Image
SATU                        Deringan  telefon di atas mejanya kedengaran nyaring.  Nadja berlari-lari anak sebelum talian tiba-tiba sunyi. Dia yang tadinya sedang membuat salinan di mesin fotokopi  berpatah balik untuk menyambung kerjanya yang terhenti seketika akibat deringan telefon itu. Baru tiga langkah, sekali lagi deringan telefon di mejanya kedengaran. Terus dia menyambung lari menuju ke meja kerjanya sepantas mungkin. Sebelum itu dia sempat melihat Encik Lokman, seorang Eksekutif Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran di pejabatnya sedang menghala ke mesin salinan pendua yang digunakannya sebentar tadi. Dua fail manila yang agak tebal berada di tangan Encik Lokman Pastinya dia juga ingin menggunakan mesin itu. Sebelum mengangkat gagang, Nadja sempat  mengisyaratkan dokumen yang ada di sisi mesin itu adalah miliknya dan menyuruh Encik Lukman menggunakan dahulu serta mengenepikan dokumen yang masih berada di  muka cermin mesin fotostat tersebut.             “H