Posts

Showing posts from March, 2014

Mari Dengar Satu Cerita : Jenazah Mufti Tersemadi Di Perkuburan Kristian

Image
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته ~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang..~ Kisah ini terjadi di India. Pada suatu hari, seorang mufti meninggal dunia dan beliau pun disemadikan di tanah perkuburan Islam. Pada hari yang sama juga, seorang remaja perempuan Kristian telah meninggal dunia dan disimpan di tanah perkuburan Kristian. Disebabkan oleh suatu kes jenayah yang tidak dapat diselesaikan, pihak polis terpaksa menggali semula kubur remaja perempuan Kristian tersebut. Alangkah terkejutnya mereka tatkala mendapati mayat perempuan tersebut tidak ada di situ bahkan di kubur itu tersemadinya jenazah seorang mufti! Mereka semua bingung dan hairan bagaimana jenazah boleh bertukar dengan orang lain. Hasil perbincangan bersama-sama penduduk Muslim, pihak polis kemudiannya menggali semula kubur mufti tersebut yang asalnya berada di tanah perkuburan Islam. Sekali lagi mengejutkan. Di kubur tersebut, mereka telah menjumpai jenazah remaja perempuan Krist

Edisi Semasa : Pray for MH370

Image
~Lihatlah sekitar alam Dunia luas terbentang..~ As-salam, Berita menyedihkan dan menggemparkan bagi satu dunia amnya, dan satu Malaysia khususnya hari ini. Bila mana pesawat Boeing 777-200 atau dengan nama lainnya MH370, dalam laluan dari KLIA ke Beijing dilaporkan hilang dari radar pada jam 2.40 pagi ini. Ketika itu pesawat dilaporkan melintasi sempadan Vietnam di Lautan China Selatan. Para berita luar sudah melaporkan sebagai aircrash atau pesawat terhempas, namun sehingga detik ini, kerajaan Malaysia masih melaporkan sebagai masih dalam penyiasatan dan pencarian. Mungkin sehingga betul-betul pasti dengan adanya penemuan bangkai-bangkai (mungkin) atau eviden yang lebih sahih. Pelbagai spekulasi dan rumours sudah beredar di dalam talian sedari awal pagi, whatsapp, wechat, facebook, twitter dan jaringan internet yang lain. Namun kesahihannya masih tergantung sehingga kini. Selaku insan biasa, aku turut sedih, sebak dan bersimpati atas semua ini. Seh