Edisi Semasa : Pray for MH370

~Lihatlah sekitar alam
Dunia luas terbentang..~






As-salam,

Berita menyedihkan dan menggemparkan bagi satu dunia amnya, dan satu Malaysia khususnya hari ini. Bila mana pesawat Boeing 777-200 atau dengan nama lainnya MH370, dalam laluan dari KLIA ke Beijing dilaporkan hilang dari radar pada jam 2.40 pagi ini. Ketika itu pesawat dilaporkan melintasi sempadan Vietnam di Lautan China Selatan.

Para berita luar sudah melaporkan sebagai aircrash atau pesawat terhempas, namun sehingga detik ini, kerajaan Malaysia masih melaporkan sebagai masih dalam penyiasatan dan pencarian. Mungkin sehingga betul-betul pasti dengan adanya penemuan bangkai-bangkai (mungkin) atau eviden yang lebih sahih.

Pelbagai spekulasi dan rumours sudah beredar di dalam talian sedari awal pagi, whatsapp, wechat, facebook, twitter dan jaringan internet yang lain. Namun kesahihannya masih tergantung sehingga kini.

Selaku insan biasa, aku turut sedih, sebak dan bersimpati atas semua ini. Seharian mengikuti perkembangan melalui liputan semasa ke semasa di Astro Awani. Sehingga kini masih tiada positif impak dan perkembangan terbaru. Semoga yang terbaik, dan semua dalam lindunganNya.

Salam takziah pada all the crews, passengers & seluruh kaum keluarga mereka.

Innalillahiwainnailaihiraji'un..






NotakakiHD : Sesungguhnya ini semua adalah antara tanda tanda kekuasaan Allah. Hope to hear some positive news. Amin.

Comments

MyCherita said…
Jangan berhenti berharap dan teruskan berdoa agar pesawat Malaysia Airlines MH370 berjaya ditemui.
HaNi.Dew said…
Tima kasih MyCherita

Insya Allah, bersama-samalah kita berdoa dan mengharapkan mudahan adanya keajaiban berlaku..

Dengan keizinan Allah, segalanya berkemungkinan.
Semoga Tuhan selalu memberi yang terbaik untuk kita semua, Amin.

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27