Thursday, April 24, 2014

DIY : Bagaimana nak activatekan kembali HP bila di block



Hi kenkawan, 
Assalam & selamat malam Jumaat.. :D

Haa, ni nak tanya.. pernah tak suatu hari tiba-tiba simcard korang disekat, lepas tu diminta masukkan kod PUK? Mesti ada antara kalangan korang yang pernah kena kan.. Lepas tu pada yang tak tahu, bawak pergi hanpdhone service centre.. kena la membayor dalam RM 40 - RM60.. banyak ttuuu...

So sesi DIY kali ini adalah,  mengenal pasti cara dan kaedah untuk mendapatkan kembali Kod PUK handphone kita jika sekiranya terjadi kejadian ini di masa hadapan.. dan juga demi menjimatkan pengeluaran wang kepada hal-hal yang berkaitan..

Apa tu kod PUK? 

PUK adalah singkatan bagi Pin Unblocking Code.Kita perlu memasukkan kod PUK apabila salah memasukkan kod pin lebih dari 3 kali. Sekiranya kod PUK yang salah dimasukkan, kad sim akan disekat (blocked). Jadi macam mana nak buat kalau perkara ni berlaku pada diri kita atau ahli keluarga atau jugak  kawan-kawan kita yang lain..

Jom lihat di bawah sini

Ada beberapa kaedah untuk mendapatkan kod PUK tersebut:

#1: 
Dapatkan bingkai kad sim (itupun kalau korang ada simpan lagi). Biasanya kod PUK akan dicetak pada bingkai kad sim kita itu. 
#2: 
Pinjam handphone kawan-kawan yang sama telco dengan kita, call Customer Service Hotline.
Maxis : 123
Hotlink: 1300820120
Celcom:1111
#3:
Pinjam handphone kawan-kawan yang sama telco dengan kita, pergi ke Easy Menu 
Maxis/Hotlink *100#
Celcom *128# 
Biasanya  kod PUK ada pada menu My Account/Maklumat Akaun

Ada lagi beberapa kaedah seperti dapatkan di laman web telco masing-masing. Macam Hotlink ada satu service dipanggil My Hotlink di mana kita boleh mendapatkan kod PUK sekiranya kaedah-kaedah di atas tidak boleh dilaksanakan. 

NotakakiHD:  Selamat mencuba & selamatkan kewangan anda selagi boleh diselamatkan ^____^

1 comment:

dekna ipoh said...

Assalamualaikum..nk tnya sim sye bwu kna block mcm mne ye buat nyetpong ajar blh x...sye xx ingt paswd nyw adoi