Siri : Nadja - Satu






SATU


                       Deringan telefon di atas mejanya kedengaran
nyaring. Nadja berlari-lari anak sebelum talian tiba-tiba sunyi. Dia yang tadinya sedang membuat salinan di mesin fotokopi  berpatah balik untuk menyambung kerjanya yang terhenti seketika akibat deringan telefon itu. Baru tiga langkah, sekali lagi deringan telefon di mejanya kedengaran. Terus dia menyambung lari menuju ke meja kerjanya sepantas mungkin.
Sebelum itu dia sempat melihat Encik Lokman, seorang Eksekutif Kanan Sumber Manusia dan Pentadbiran di pejabatnya sedang menghala ke mesin salinan pendua yang digunakannya sebentar tadi. Dua fail manila yang agak tebal berada di tangan Encik Lokman
Pastinya dia juga ingin menggunakan mesin itu. Sebelum mengangkat gagang, Nadja sempat  mengisyaratkan dokumen yang ada di sisi mesin itu adalah miliknya dan menyuruh Encik Lukman menggunakan dahulu serta mengenepikan dokumen yang masih berada di  muka cermin mesin fotostat tersebut.
            “Hello..” suaranya yang lunak sempat menjawab panggilan itu. Suasana sunyi seketika. “Hello…?” sekali lagi dia mengulangi perkataan yang biasa diguna pakai apabila seseorang menjawab atau membuat panggilan.
            “Hai Honey..” riang lagi mesra kedengaran suara di talian sebelah sana. Nadja yang sudah mengenali suara si pemanggil terus tersenyum lebar.
            “Kenapa call guna ofis..? Napa tak call guna handset je?” balas Nadja pula  manja. Namun sengihannya masih bersisa. Dia yang tadinya berdiri terus duduk sebentar di kerusinya.
Wahidah yang berada di meja kerja sebelah kirinya, namun  dipisahkan dengan partition biru-kelabu itu hanya memandang rakan sekerjanya sepintas lalu. Gelagat biasa dilihat di waktu pagi, sebelum kembali memandang skrin komputer. Sudah menjadi rutinnya setiap pagi untuk memeriksa emel dari Lotus Notesnya. Selain memeriksa emel-emel yang dihantar dari rakan-rakan, seringkali juga pihak  atasan di syarikat itu akan memberi sebarang tugasan hanya melalui Lotus Notes sahaja. Tidak perlu dipanggil mengadap di pejabat.
“Tadi I dah call you trough your handphone, tapi tak berangkat pun… That why I call nombor ofis you…” si pemanggil menjelaskan seringkas mungkin.
Nadja terus membuka locker almarinya dan mencapai tas tangan. Segera dia memerhati telefon tangan jenis Sony Ericson K750inya. Ternyata ada 3 missed call di situ. Dia menekan lagi butang di telefon tangannya. Terpapar nama buah hatinya di situ yang hanya disimpan dengan nama Captain Gaban. Dia meneliti waktu panggilan, 9.15 minit pagi. Hanya waktu panggilan paling akhir yang direkodkan. Ooohh.. hampir  sepuluh minit yang lalu, sewaktu dia sedang membuat salinan dokumen sebentar tadi.
 “I tengah fotostat la tadi, wak…” dia menjelaskan.
Busy ke..?” ayat biasa yang disoal jika menelefon di waktu pejabat ini.
“Biasa je…” juga ringkas dia membalas. Buat masa ini tiada kerja yang perlu disiapkan segera.
Suasana sunyi seketika.
“You rindu I tak?” suara garau di sebelah tanya bertanya
“Taakk..” pantas Nadja menjawab dalam gurauan. Kemudian dia ketawa nakal. Ketawa kecil turut meletus dari dalam gagang telefon.
“Oklah, I nak sambung buat keje ni.. Kita sms je la ek..” Nadja mahu mematikan talian secepat mungkin setelah melihat Encik Lokman sudah beredar  menuju ke biliknya. Tidak mahu kerjanya yang tergendala sebentar tadi tertangguh lagi.
Ok, I miss you… I love you.. Muah” tanpa silu ucapan itu diluahkan. Nadja hanya ketawa polos. Sengaja tidak mahu menjawab, malu sekiranya didengari rakan-rakan sepejabatnya.
“Ok, babai” Klik. Gagang diletakkan  kembali ke tempat asalnya. Dia tersenyum sebentar sebelum kembali ke mesin fotostat menyambung kerja yang tergendala tadi. Tangannya meneruskan kerja, namun fikirannya melayan jauh mengenangkan peristiwa 4 tahun lalu bagaimana yang merapatkan dia dan Captain Gaban tadi.




                        "Aja… ada my friend nak kenal dengan you la.. Dia mintak nombor phone you.. boleh tak I bagi nombor you kat dia ni..?” soal Kak Faridah tiba-tiba. Sewaktu itu mereka berada di Restoran Cerana, Cheras sempena meraikan seorang rakan mereka, Kak Raja, khabarnya kerabat negeri Perak sempena mendapat kerja baru. Hari ini merupakan hari terakhir dia bekerja bersama-sama mereka di sebuah syarikat logistik yang terletak di pinggir bandar Kuala Lumpur itu.  .Nadja yang sedang menyenduk masak lemak ikan keli terhenti seketika. Mukanya agak kehairanan. Dahinya berkerut.
“Kawan..? Siapa kak..?” Dia memandang wajah Kak Faridah sebentar sebelum kembali menyenduk Kailan Ikan Masin ke pinggannya. Rakannya di sebelah, Wan Marini pula mengambil giliran menyenduk Kailan Ikan Masin yang disenduknya tadi.
“Haah, siapa Kak..?” Wan Marini turut menyoal Kak Faridah ingin tahu. Kini kedua-dua anak gadis yang baru tamat pengajian di sebuah universiti tempatan di pinggir ibu kota sudah memandang wajah cantik perempuan berusia lewat 30-an itu. Biarpun usianya bakal menjangkau usia 40-an dua tahun lagi, dan dua anaknya sudah menghampiri usia remaja, namun badan Akak Faridah ini masih ramping umpama anak dara. Dia yang selalu bergaya moden itu juga seorang yang bersemangat waja. Sudah beberapa tahun dia menjanda dan kedua-dua anaknya tinggal bersamanya.
“Ya la, siapa kawan you tu yang berminat dengan cik adik manis kita ni, Eda?” soal Kak Raja pula. Dia memandang wajah manis  Nadja yang ayu bertudung, jua wajah Wan Marini  yang duduk di sebelahnya. Kedua-dua wajah yang mempamerkan perasaan ingin tahu itu di pandang bergilir-gilir.
 Kak Raja yang sudah menghampiri usia 50-an ini juga merupakan seorang janda beranak seorang. Lelaki. Kedua-dua mereka turut membawa anak-anak masing-masing pada malam itu.
Ini merupakan kali pertama Wan Marini dan Nadja bersua muka dengan anak teruna Kak Raja, yang beberapa tahun lebih muda dari mereka. Khabarnya masih meneruskan pelajaran di kolej swasta di ibu kota dalam bidang Teknologi Maklumat. Manakala kedua-dua anak Kak Faridah yang masih di sekolah menengah dan rendah itu pula  sudah beberapa kali mereka bersua muka.
Ala.. kawan I.. tadi kan kita pegi MINDEF untuk you handover kerja-kerja you yang masih sangkut kat Nadja ni… dia ada nampak kita bertiga kat sana tadi..” jawab Kak Faridah menjawab soalan Kak Raja dan mula membuka cerita.
“So lepas tu dia call I few times dari siang tadi lagi… nak kenal you..” terangnya lagi sambil memandang wajahku. “I cakap I kena tanya you dulu la kan..” sambungnya lagi. Dia mengunyah nasi, sambil sesekali menyenduk Lala Goreng Pedas ke pinggannya.
Aku yang sedang menyuapkan nasi ke mulut tidak tahu mahu bereaksi macam mana. Segan sebenarnya mendengar ucapan yang keluar dari mulut Kak Faridah itu.  Mungkin tata susila sebagai gadis melayu dan sekaligus beragama Islam ini masih kuat di jiwaku. Namun ku pandang sahaja wajah Kak Faridah dan kemudiannya Marini, rakan sekelasku dan juga rakan serumahku sewaktu belajar dahulu yang duduk di sisi, melihat reaksinya. .
 Setelah bekerja, kebetulan Marini terlebih dahulu mendapat kerja di syarikat ini. Sementara aku pula baru habis kontrak kerja sementara di sebuah syarikat yang memerlukan khidmat tenaga sementara di waktu itu. Kebetulan ada kekosongan jawatan di syarikat Marini, jadi aku turut memohon. Sudah rezekiku, aku diterima. Dan dari saat itulah aku berkenalan dengan kedua-dua rakan sekerja yang sudah berpangkat kakak kepada kami ini. Meskipun beza usia yang agak banyak, namun mungkin kerana dengan status mereka  membuatkan hati mereka sentiasa muda.
Marini yang sudah bertunang itu memandang sebentar ke wajahku sebelum menyoal Kak Faridah lebih lanjut.
“Berapa umur dia Kak..?”
Aku hanya diam memerhati. Anak-anak Kak Faridah dan Kak Raja asyik dengan santapan masing-masing. Hanya mulut kami sahaja yang rancak bersuara. Desiran air pancutan dan kolam menerbitkan suasana yang sungguh damai.
“Lebih kurang sebaya Akak je..” ringkas Kak Faridah menjawab.
Ku lihat wajah Marini berubah sedikit. Aku turut terkejut sama sebenarnya, namun tidak ku pamerkan reaksiku itu.
“Dah kahwin ke belum ni kak..?” soal Marini pantas menambahkan lagi rasa segan yang sudah sedia hinggap di hatiku.
“Sudah.. ” balasnya ringkas. “Alah.. kawan je la.. bukan suruh kahwin pun..” masih ku ingat lagi kata-kata Kak Faridah sewaktu itu.
Sewaktu itu aku mahu mengatakan, ‘takpe lah kak..’ alasan biasa untukku mengelak dari membuat sebarang hubungan, ataupun menerima huluran salam perkenalan. Malahan, sebelum ini, pernah jua ku terima pelbagai lamaran perkenalan, malahan ada juga nombor telefon yang ditinggalkan di cermin keretaku Namun entah mengapa, aku tidak pernah membalasnya. Mungkin masih belum terdetik dalam hatiku untuk membalasnya dan hatiku belum terbuka untuk  semua itu.
Walau apapun, sesekali ada jua aku kuar berkawan, tetapi setelah mereka menampakkan minatnya untuk melanjutkan persahabatan yang lebih intim, pelbagai perangai dan helah yang aku buat untuk membuatkan mereka berputus asa,
Yang sebetulnya, aku jua tidak faham dan mengerti kenapa aku harus bersikap sedemikian. Padahal aku tidak pernah mengalami kekecewaan, mahupun sebarang trauma.. Malah yang pastinya, aku sendiri yang sering mengecewakan hasrat beberapa rakan lelaki semenjak dari zaman belajar dahulu lagi. Hmm.. Entahlah… Mungkin juga aku belum bersedia untuk berkomitment. Mungkin..
Tapi sampai bila aku harus bersikap sebegini..? Umur sudah hampir menjangkau suku abad.
Ala, kawan je.. apa salahnya, kan Kak?” tiba-tiba Marini pula bersuara sambil memandang ke arahku. Aku memandang kosong.
“So macam mana ni Aja.. nak bagi ke tidak ni?” soal Kak Faridah lagi mahukan jawapan.
“Alah, you ni, bagi je..” tambah Kak Raja pula menyokong.
“Ok, I bagi eks…” sahut Kak Faridah lagi lalu mencapai telefon bimbitnya. Dia menekan sebentar punat untuk membuat panggilan. Tidak berapa lama kemudian, talian disambungkan dan dia  bercakap sebentar dengan rakannya itu. Pastinya pasal aku turut dibicarakan.  Sebentar kemudian Kak Faridah memberi nombor talian bimbitku kepada rakannya itu. “Nak cakap tak..?” soalnya sambil memandangku. Aku menggeleng-gelengkan kepala tidak mahu. Mereka bercakap lagi lebih kurang lima minit sebelum memutuskan talian.
“Dah.. dia cakap nanti dia call you..” jelas Kak Faridah lagi. “Dia ni baik.. you don’t worry la… Actually, dia ni suka bagi syarahan  agama kat I… kadang-kadang naik rimas I dibuatnya” sambung Kak Faridah lagi. “Nanti you jumpa dia you kenal-kenal la dengan dia… Kawan je.. bukannya I suruh you kahwin pun…” panjang lebar pula dia menerangkan.
Aku hanya diam namun hanya mengangguk.
Kemudian kami saling bertukar cerita dan bergurau senda. Hampir pukul 10.30 kami bersurai. Aku dan Marini menaiki satu kereta. Marini yang kini tinggal bersama abangnya di Kota Kemuning Shah Alam terlebih dahulu datang ke rumahku dan kami bersama-sama datang ke sini.
Aku tiba di rumah hampir pukul 11.15 minit malam. Setelah menyalin baju dan menunaikan solat, aku bersiap untuk beradu. Lagi pula besok hari bekerja. Baru sahaja meletakkan kepala ke bantal, telefon bimbitku yang aku letakkan di sisi berdering lantang.
Di skrin terpampang satu nombor yang agak asing, dari kod kawasan, aku cuba   meneka-neka  panggilan ini mungkin dari area pusat bandaraya . Pada  deringan kelima aku menekan butang hijau.
“Hello..? Assalamualaikum…” aku memulakan bicara.
Kedengaran ucapan salam dijawab di sebelah sana. Agak asing di pendengaranku. Aku hanya mengagak, mungkinkah si dia ini rakan Kak Faridah tadi..?

Comments

Popular posts from this blog

Edisi Jalan-Jalan : Ber-CH- lagik...

Novel : Kemelut Kasih - Part 33

Novel : Kemelut Kasih - Part 27