Monday, October 13, 2014

Novel : Kemelut Kasih - Part 24



Bab 24

A
ku telah dilahirkan sebagai anak bongsu seorang yang agak ternama dalam dunia perniagaan. Dan sebagai anak yang paling kecil, aku agak manja dan mudah tersentuh. Jua agak degil dan suka mengikut kata hati. Namun, aku mudah mendengar kata sebenarnya. Terutama lagi bila pengasuhku merangkap pembantu rumahku yang bersuara. Tak tau kenapa, aku amat senang dengannya. Dan dia sudahku anggap umpama ibuku sendiri. Sebenarnya ibu yang kedua. Mungkin juga aku membesar dalam limpahan kasih sayangnya. Berbanding ibuku sendiri yang terlalu aktif berpersatuan dan sering sibuk dengan  aktiviti dan rakan-rakannya.
            Aku memulakan persekolahan di sebuah tadika antarabangsa yang terkemuka di ibu negara, seterusnya memasuki sekolah rendah juga yang elit dan seterusnya sebuah sekolah berasrama penuh yang elit di ibu negara. Kemudian, aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara, namun aku memilih untuk meneruskan pengajian di sebuah universiti tempatan. Selama belajar semenjak matriks lagi, aku sudah punyai pacaranku, namun setelah hampir menamatkan pembelajaran, kami terpaksa menamatkan hubungan kami atas sebab-sebab tanpa kerelaanku sendiri. Sakit, pedih, semuanya ada. Maklum la.. mungkin juga kerana ia adalah cinta pertamaku, kalau dikira secara seriusnya. Dan bertahan agak lama juga. Lima tahun…
            Kalau dikira tempoh berkahwin, mungkin kami sudah punya 3 orang, atau mungkin juga 4 orang anak. Itu pun kalau aku melahirkan anak setiap tahun. Senyum. Tapi apakan daya, jodoh tiada. Kalau aku menangis airmata darah sekalipun, kalau sudah termaktub dia bukan milikku, aku tidak mampu menghalang. Namun jika sekiranya masih ada sisa kasihnya untukku. Aku masih mahu meraih kasihnya. Walau dengan apa cara sekalipun…. Aku pasrah.
           

            “Kak Erin…. Abang Man di talian..,” suara Dania yang bertugas selaku penyambut tetamu dan reception bergema di telinganya. Sejurus kemudian terdengar rakan setugasnya.
            “Yes, Man..??” soalnya kepada Shariman, klik yang turut bertanggungjawab mengendalikan akaun Syarikat Megah Trading Sdn. Bhd. Lusa mereka akan bersama-sama dengan bos mereka, En. Jamil Hidayat menghadiri Annual Dinner kumpulan syarikat itu. Selama 5 bulan kebelakangan ini, mereka agak sibuk memerhati dan mengendalikan akaun syarikat yang sudah hampir lumpuh itu, tetapi masih sempat mahu menganjurkan Jamuan Makan Tahunan itu. Mungkin sebagai proses mengelabui mata rakan dan musuh perniagaan untuk menunjukkan organisasi mereka masih kukuh.
            “Nothing, just nak remind…. Bos nko la soh aku remind neh…. Lusa jangan lupa dinner kita ngan Megah. Mungkin that time kita ada peluang bincang ngan lanjut pasal cadangan penjenamaan semula syarikat atau mungkin jugak restructuring back syarikat diorang” lancar Shariman bertutur.
            “Laaa.. engkau neh.. ingatkan apa la yang penting sangat tadi tu… sampai call aku, tak menyempat sampai ke opis… Kau kat mana ni Man…?”  Soal Charina.
            “Ngan bos kesayangan kau la… Dia ajak aku pi jumpa another company yang dengarnya berminat nak join capital ngan kita. Mungkin IT Equipts…. Hardware maybe…”
            “Habis kau call aku ni, En. Jamilnya mana ? Takkan sebelah kau kot.. hehehe…… ’’  Charina tergelak kecil. 
“Aku tengah tunggu dia la ni… dia pi men….. Encik Bashir dari Xin-Tech tu pun tak sampai-sampainya lagi… Tadi kami berborak macam-macam.. pastu dia suruh aku remind kau pasal dinner kat Megah tu…. So that's why aku call kau.. Cik Charina oii….. Eh, lupa.. dah kahwin.. Puan Charina..”
Charina tergelak. Siot jer, sempat lagi mengenakan aku dalam baik.
“Apasal… dia takut aku skip ke… hehehe….” Charina tertawa kecil. Mulanya dia memang ada niat pun, namun  dia menukar rancangannya untuk turut sama pergi pagi tadi. “Okay lah, ada apa lagi tak.. nak kuar brunch la, lapar…. Tau la orang tu lunch kat  Hilton ari neh… hehe…”
“Okay, aku pun.. got to go….,” sahut Shariman di sebelah sana. Dia sudah nampak susuk tubuh bosnya dan dua orang lelaki yang tidak dikenali sambil berjalan beriringan ke arahnya. Salah seorangnya adalah En. Bashir Tajudin, MD of Xin-Tech Bhd, salah sebuah syarikat pengeluar hardware IT terkemuka negara.
             

           “Sayang….,” panggil Shahrul lalu disertai pelukan seperti biasanya. Dia menghadiahi ciuman pantas di pipi. Tangannya memeluk erat pinggang ramping Charina yang asyik  memberus rambutnya sambil memandang cermin di meja solek.
            “Saya, bang…” dia membalas renungan dari dalam cermin memerhati Shahrul di belakangnya yang asyik memeluk pinggangnya dan seolah tidak mahu melepaskannya. Sekejap dia berpaling seketika dan membalas ciuman lembut di bibir Shahrul.
            “Cantik la Sayang malam ni… Jelous Abang tau….. jangan mengurat sesiapa kat majlis tu nanti tau…..” rengek Shahrul tiba-tiba.  Dia memandang tajam wajah Charina.
Setelah perkahwinan mereka selama setengah tahun ini, baru Charina menyedari dan dapat melihat the true colour of Shahrul. Dia memang seorang yang penyayang, romantis, juga manja. Dalam masa yang sama, dia tegas dan tidak mengabaikan tanggungjawabnya sama ada di tempat kerja mahupun di rumah. Sesekali dia masih keluar melepak bersama rakan-rakan dan kliknya sewaktu belajar dahulu. Kadang-kadang lewat malam baru dia pulang. Namun, Charina tidak kisah, kerana dia memahami dan cuba menjadi seorang isteri yang sporting, dan tidak terlalu mengawal suami, dalam erti kata lain, Queen Control.
Dahulu, pada awalnya, tidak terfikir yang mereka akan bersatu jua. Apatah lagi dengan situasi dan layanan Shahrul yang agak dingin kepadanya. Dulu dia pernah terfikir, jika sekiranya mereka jadi kahwin atas kehendak kedua orang tua mereka, mungkin perkahwinan mereka umpama boneka sahaja. Di sebaliknya penuh lakonan semata. Tapi, sungguh dia tidak menyangka, mereka bahagia. Dengan kasih sayang yang melimpah ruah. Namun dia tidak dapat mengagak, sampai bila hubungan mesra mereka ini akan bertahan. Ntahlah… bukannya dia ragu… Cuma sekarang masih dalam situasi honeymoon orang kata, semuanya nampak indah… Mungkin dalam jangka masa dua tahun lagi situasi turut berubah mengikut persekitaran.
“Abang jangan risau la, bang…. Takkan Erin nak carik lain pulak… Abang sorang pun dah tak larat Erin nak layan tau….”  dia bergurau dan tergelak halus. Dia bangun dan menyudahkan siapan mekapnya yang terakhir. Lalu berpaling dan memeluk bidang dada Shahrul yang tidak berbaju. Sebetulnya dia baru sahaja lepas mandi, dan sekejap lagi Shahrul turut akan keluar untuk makan malam bersama client besar syarikatnya.
“Abang tak kira.. Erin kena pejam mata je sepanjang majlis tu… takpun sepanjang majlis Erin kena buat mata juling…..” Shahrul buat muka serius. “Orang cakap isteri abang buta ke… juling pun tak mengapalah… Orang cakap kesian, cantik-cantik tapi buta pun, takpe la...” Dia menyambung lagi. Namun, sebentar kemudian dia tergelak. Mungkin membayangkan wajah isterinya seperti yang dikatakannya.
“Abang ni teruk tau…. Nyampah !” Charina mencubit manja lengan Shahrul. “Ada patut nak soh orang buat camtu…. Orang tak curang la.. Don’t  worry…” Charina bersuara. “Tapi main-main mata sikit takpe kot… Alaa, menikmati keindahan ciptaan tuhan….” Sempat dia bersuara, bergurau dan kemudian mengekek halus. Dia melihat mata Shahrul yang sedang mengenakan pakaian batik di badannya membesar.
Sayang… ! Shahrul  membeliakkan matanya. Namun akhirnya dia turut sama ketawa menyedari gurauan isterinya.
“Okay, sweetheart… I’ve to go.. I don’t wanna late…” suara Charina, mencapai tas tangan dan berjalan mencium pipi Shahrul dan menyalam dan mencium tangan Shahrul.  Shahrul membalas ciuman dan memeluk badan langsing isterinya seketika. Setelah itu, dia sendiri menyikat rambutnya, mengenakan haruman dan keluar beriringan menaiki kereta masing-masing. Masing-masing tidak mahu terikat dengan waktu sekiranya menaiki satu kereta sahaja. Mungkin majlis berakhir lewat, atau mungkin juga Charina mahu balik awal sebelum majlis berakhir  dan meeting Shahrul entah pukul berapa akan berakhir. Atau mungkin juga selepas meeting mereka masih mahu berborak-borak kosong sambil minum kopi.

M
ajlis Makan Malam Tahunan Syarikat Megah Trading Sdn. Bhd yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya itu memang meriah. Hadiah-hadiah bagi cabutan bertuah mereka juga amat lumayan, khabarnya. Pelbagai barangan elektronik berjenama disediakan berserta tiket pelancongan ke luar negara.
            Charina melangkah cermat memasuki ruang legar sambil matanya cuba memerhati mencari Shariman. Selain bosnya En. Jamil Hidayat, mereka berdua sahaja yang dijemput bagi mewakili Kumpulan Kayangan Berhad.
            Charina menghulurkan kad undangan kepada penyambut tetamu yang melayaninya dan kemudian dia di bawa ke meja bernombor 5 yang kebetulan berada di kedudukan yang agak strategik dan di tengah- tengah majlis.
“Hai Puan Charina… baru sampai..??” Tiba-tiba dia disapa seseorang. “ Oh, hai Mira.. ya, baru sahaja sampai nie… Segan juga, maklum la tak kenal sesiapa… nasib juga kita semeja…" dia tersenyum. Seterusnya dia rancak berbicara dan mengenali para tetamu yang hadir ke majlis tersebut. 








Tuesday, October 7, 2014

Novel : Kemelut Kasih - Part 23





Bab 23


                Shahrul memandu tenang sambil menikmati lagu-lagu kompilasi pujaan awal tahun 90-an dahulu. Sewaktu dirinya dan juga Charina masih  di alam persekolahan rendah. Sesekali dia menggenggam erat tangan isterinya di sebelah, dan sesekali dia menggigit jari jemarinya mesra. Charina hanya tersenyum tetapi sesekali terjerit kegelian. Terpancar cahaya penuh kebahagiaan air muka mereka.
            “Sayang mengantuk ke, kalau mengantuk tidurlah…,” suara Shahrul begitu romantis dan lembut. Renungan penuh kasih sayang ditumpahkannya kepada isteri yang berada di tepi. Tangannya mengelus-elus perlahan peha Charina. Terasa perasaan sayang yang teramat kepada isterinya yang suatu dulu tidak pernah dia jangkakan. Kini baru dia sedari, betapa indahnya perasaan bila ikatan sudah dimerterai secara sah. Dia memandang jam. Pukul 10.00 pagi. Cahaya mentari sudah pun menunjukkan sinarnya.. Mereka bertolak selepas Subuh tadi dari rumah mereka di Bandar Sunway.
“Sayang…” panggil Shahrul.
“Hmm…??” Manja Charina menyahut. “Apa bang..??” suara Charina kemudian.  Ditolehkan pandangannya mengadap sang suami di sisi.
Kacak!
Setiap kali dipandang, semakin sayang!
“Sayang sayangkan Abang tak..??” sambil melontarkan renungan romantis.
Charina tersenyum. “Sayang…,” ucapnya sepatah. “Mestilah sayang…” kemudian dia mengekek sekejap. “Napa tiba-tiba abang tanya camni..??” soal Charina kemudian.
“Nothing.. just nak pastikan perasaan Sayang terhadap Abang aje….”
Masing-masing saling menyimpul senyum.
Teringat kembali kenangan beberapa tahun dahulu. Bagaimana konflik cinta  dan kemelut kasih antara mereka. Hampir mereka memutuskan pertunangannya kerana Charina tidak sanggup meruntuhkan kisah kasih antara Shahrul dan Suraya, wanita yang hadir terdahulu di hati Shahrul sebelum dirinya.
Fikirannya menerawang mengingatkan kembali sewaktu dia menyuarakan keputusan dan suara hatinya kepada Umi dan Abahnya agar memutuskan ikatan pertunangan mereka.


“Abah tak setuju…!”


Charina mengangkat muka memandang bapanya. Tidak percaya dengan ketegasan bapanya. Biasanya bapanya amat lembut dan sangat bertolak ansur. Kali ini, kata bererti kota! Maka tiga bulan selepas itu berlangsunglah majlis perkahwinan yang serba sederhana tetapi amat meriah., seperti yang dirancangkan. Seminggu sebelum ulang tahunnya yang ke 22. Walau dalam separuh hati, namun dia tetap redha.
Hari itu telah tiba. Di penghujung bulan April, semua persiapan berjalan lancar. Hampir genap setahun dia dan Shahrul ditunangkan, maka majlis perkahwinan akad nikah telah disempurnakan malam tadi. Sementara hari ini pula, pagi tadi sudah berlangsung Majlis Khatam Quran, sementara sekarang, dia sedang mempersiapkan diri sementara menunggu Mak Andam datang untuk menghiasnya.. Selepas Zohor nanti rombongan dari pihak lelaki akan sampai.
Charina berjalan melihat 9 buah dulang hantaran yang sudah disiapkan oleh Kak Linda, anak Mak Ngah Azimah yang telah menyiapkan hantaran sewaktu majlis pertunangannya tahun lalu. Cantik! Semuanya dihias indah dalam warna hijau epal lembut. Sepadan dengan set bilik tidur dan juga pelaminnya. Terkilan juga rasa di hati kerana tiada kesempatan untuk dia menghias sendiri. Ikutkan angan-angannya sewaktu dulu, dia mahu membuat dan menghias sendiri semua barangan hantarannya. Tetapi tidak sempat kerana sewaktu itu dia tengah bertarung dengan final exam untuk tahun terakhirnya.
Kini, cukup sebulan dia menamatkan pengajian, dia sudah bergelar isteri orang. Sungguh tidak disangka secepat itu dia akan berkahwin. Mengikut perkiraanya, dia mahu menamatkan alam bujang setelah dua tiga tahun menempuh alam pekerjaan. Namun apa mahu dikata, sudah jodoh, maka dia pasrah!
Erin, Mak Andam dah sampai….,” kedengaran suara Uminya dari balik kain langsir yang menutupi pintu bilik. Kemudian, Mak Andam yang telah ditempah muncul di muka pintu bersama Umi dan adiknya Charini.
“Lambat ke..??” Soal Kak Ayu Nadia, yang sebenarnya merupakan seorang lelaki lembut. “Mintak maaf banyak-banyak yea Erin, Akak terlambat… tadi datang separuh jalan kereta meragam pulak.. terpaksa berpatah balik tukar kereta, you…. Nasib baik takde lah jauh sangat.” Sambungnya lagi.
“Takpe kak, masih banyak masa lagi.. Dia orang datang lepas Zohor, sekarang baru nak pukul 11 pagi…” balas Charina sambil tersenyum.
“Iya lah tu kak… padahal dia dah risau dah Kak Ayu tak sampai-sampai lagi tadi…,” selamba derk si Charini menyampuk, sengaja dia mahu menyempil melihat kakaknya dirias.
“Akak ni professional.. jangan risau ye dik…. Kalau kasi masa setengah jam pun Akak sempat siapkan kau dengan jelitanya… Tengok, alaaa lawanya pengantin kita hari ni… Jangan masam-masam dik.. Mari sini Akak mekapkan kau…”
“ Mari duduk sini…,” ujar Kak Ayu Nadia sambil membuka beg make upnya. “Ok, kau duduk diam-diam,” pesannya umpama menyuruh kanak-kanak yang nakal. Dia memulakan tugas dengan menyapu penyegar dan kemudian baru meletakkan pelembap. Seterusnya alas bedak.. Charini memerhati satu persatu dengan penuh minat.
“Akak Ayu boleh tolong mekapkan saya sekali tak..??” mulut becok Charini mula menjalankan tugasnya. Kemudian dia tersengih.
Sambil menjalankan tugasnya Ayu Nadia menjawab, “Hmm, boleh.. kau bayar aku RM 350 aku mekapkan kau.. sanggup..?” selamba dia bersuara. “Jangan kenyit mata kau sangat Erin..” suaranya lagi. “Susah Akak nak ratakan ni..”
“ Haa.. sanggup ke kau..?” selamba sekali lagi Ayu Nadia menyoal.
“Huh.. tak nak la.. mahal giler….!” Sahut Charini dengan muka yang kelat.
No pitih, No lawa…,’ sambung Ayu Nadia lagi. Boleh tahan lasernya. Tangannya laju meratakan lipstick di bibir Charina. Kemudian dia ketawa kuat.  “Sekejap lagi, kalau sempat nanti Kak Ayu riaskan kau sama.. Aku  tau kau pun nak lawa macam Kak Erin kau jugak kan…” dia mengusik Charini. Suara lembutnya dileretkan panjang.
“Betul ni Kak Ayu….?” Pantas Charini menyoal meminta kepastian.
“Ye lah.. aku mekap nipis je kat kau.. mana boleh nak lawan pengantin…”
“Yahoooo…” sorak Charini dan melompat-lompat kecil. Charina tersenyum melihat gelagat adiknya. Umur dah 17 tahun, perangai masih kebudakan. Mungkin kerana statusnya selaku anak bongsu.
“Jangan senyum…”  tegur  Kak Ayu.
“Elok sikit Rini.. kena barang tu nanti habis  ranap..,” tiba-tiba terjengul Makcik Zabedah, jiran sebelah di muka pintu. Charini terdiam dan mengetap bibir. “Mak Bedah saja masuk nengok kau dimekap..” suara Makcik Bedah kemudian. “Nak tengok jugak barang hantaran kamu ni sekali.. cantik ya..” suaranya lagi sambil meninjau dan membelek barangan hantaran yang disusun elok di tepi katil itu. Kemudian masuk pula Mak Teh Limah. Kemudian kedua-duanya berborak sesama mereka. Sekejap kemudian mereka keluar.
“Kita kunci pintu ni kejap ye Erin..,” suara Kak Ayu. “Rini, awak  tolong tutup pintu tu.., rimas aku tengok orang keluar masuk ni….,” pinta Kak Ayu Nadia. Charini bingkas menutup pintu. Belum pun beberapa minit ada orang yang mengetuk.
Hampir sejam lebih kemudian, segalanya siap dan Kak Ayu mengenakan mekap ringkas di muka Charini. Setelah itu, Charina mengenakan kebaya songket pula sebagai baju pertama. Dan tidak lama kemudian, rakan-rakannya dari sekolah tiba dan dia sempat melayan mereka sebelum rombongan pengantin dari pihak lelaki tiba jam 1.45 minit petang. Majlis petang itu berjalan lancar. Kemudian Majlis Menghantar Menantu berlangsung seminggu kemudian di rumah keluarga Shahrul. Seminggu kemudian mereka mula kembali ke Kuala Lumpur dan menetap di Subang Jaya, kerana Shahrul bekerja di Bandar Sunway, bandar yang berhampiran.



"Dah bangun Sayang..?” terdengar sapaan mesra dari sisi. Terasa tangan diletak di atas pehanya.
Charina membuka matanya. Terasa silau menikam mata. Dia menggosok matanya perlahan.
“Sedapnya tidur…” dia menggeliat manja. Tangan didepakan. Agak lenguh setelah hampir beberapa jam di dalam kereta. “Kat mana dah ni, bang..??” dia memandang sekeliling. Pokok-pokok sawit di kiri kanan menguasai pemandangan.
“Merapoh.. Dah nak masuk sempadan Gua Musang pun…” jawab Shahrul. “Lama Sayang tidur yea.. Abang sunyi tau…,” Charina berpaling melihat Shahrul yang sedang tersenyum.
“Alaa.. sayang abang….” Charina memaut manja lengan kiri Shahrul dan menyandarkan kepalanya perlahan. Dia kemudian mencapai sun glassesnya dan memakainya. “Abang nak Sayang takeover pulak tak..??” pelawa Charina.
“Takpa.. Abang masih larat…” tolak Shahrul. Sesekali dia menyanyi mengikut rentak lagu di radio kaset. Kemudian mereka berborak dan saling bertukar topik. Anggaran lebih kurang empat jam lagi mereka akan sampai ke Kota Bharu.
“Kita solat Zohor di R&R Gua Musang ni dulu la yea lepas kita isi minyak ni..” suara Shahrul kemudian.
“Okay.. bisa aje, deh…” balas Charina pula.
Setengah jam kemudian, setelah selesai segalanya, mereka kembali menyambung perjalanan dan hampir pukul empat, mereka selamat tiba di detinasi. Mereka singgah di rumah keluarga Shahrul terlebih dahulu dan kemudian besok pagi baru mereka merancang kembali ke rumah keluarga Charina.

Mereka balik bercuti sempena meraikan perkahwinan Chairul Azlan, abang Charina yang mana bertemu jodoh dengan seorang doktor di Hospital Pakar Perdana, sebuah hospital swasta di Kota Bharu ini.