Posts

Showing posts from October, 2014

Novel : Kemelut Kasih - Part 24

Image
Bab 24 A ku telah dilahirkan sebagai anak bongsu seorang yang agak ternama dalam dunia perniagaan. Dan sebagai anak yang paling kecil, aku agak manja dan mudah tersentuh. Jua agak degil dan suka mengikut kata hati. Namun, aku mudah menden gar kata sebenarnya. Terutama lagi bila pengasuhku merangkap pembantu rumahku yang bersuara. Tak tau kenapa, aku amat senang dengannya. Dan dia sudahku anggap umpama ibuku sendiri. Sebenarnya ibu yang kedua. Mungkin juga aku membesar dalam limpahan kasih sayangnya. Berbanding ibuku sendiri yang terlalu aktif berpersatuan dan sering sibuk dengan  aktiviti dan rakan-rakannya.             Aku memulakan persekolahan di sebuah tadika antarabangsa yang terkemuka di ibu negara, seterusnya memasuki sekolah rendah juga yang elit dan seterusnya sebuah sekolah berasrama penuh yang elit di ibu negara. Kemudian, aku mendapat peluang melanjutkan pelajaran di luar negara, namun aku memilih untuk meneruskan pengajian di sebuah universiti tem

Novel : Kemelut Kasih - Part 23

Image
Bab 23                 Shahrul memandu tenang sambil menikmati lagu-lagu kompilasi pujaan awal tahun 90-an dahulu. Sewaktu dirinya dan juga Charina masih  di alam persekolahan renda h. Sesekali dia menggenggam erat tangan isterinya di sebelah, dan sesekali dia menggigit jari jemarinya mesra. Charina hanya tersenyum tetapi sesekali terjerit kegelian. Terpancar cahaya penuh kebahagiaan air muka mereka.             “Sayang mengantuk ke, kalau mengantuk tidurlah…,” suara Shahrul begitu romantis dan lembut. Renungan penuh kasih sayang ditumpahkannya kepada isteri yang berada di tepi. Tangannya mengelus-elus perlahan peha Charina. Terasa perasaan sayang yang teramat kepada isterinya yang suatu dulu tidak pernah dia jangkakan. Kini baru dia sedari, betapa indahnya perasaan bila ikatan sudah dimerterai secara sah. Dia memandang jam. Pukul 10.00 pagi. Cahaya mentari sudah pun menunjukkan sinarnya.. Mereka bertolak selepas Subuh tadi dari rumah mereka di Bandar Sunway. “Sayang…