Posts

Showing posts from 2015

Novel : Kemelut Kasih - Part 28

Image
Bab 28            S hahrul berjalan laju menuju ke lobi Hotel Istana di Jalan Raja Chulan itu. Dia memandang jam sekilas, 3.42 minit petang. Lebih setengah jam dia terlewat.  Rakan setugasnya yang sudah tiba terlebih dahulu sudah beberapa kali menelefonnya, kerana client dan juga bakal rakan usahasama yang akan mereka temui sudah tiba terlebih dahulu. Sebetulnya dia begitu kesal kerana terpaksa  lewat menghadiri temujanji ini. Sudahlah projek yang bakal mereka tandatangani nanti amat besar nilainya. Namun apakan dayanya. Dia terpaksa mengharungi perangkap kesesakan di jalan raya dari Shah Alam tadi setelah selesai menghadiri satu lagi temujanji yang diadakan terlebih awal. Sewaktu melalui Lebuhraya Persekutuan tadi, sebaik sahaja selepas flyover di persimpangan Motorola dan Bandar Sunway, terdapat lima buah kereta yang berlanggaran sesama sendiri. Itulah yang menyebabkan kesesakan yang agak teruk. Di tambah lagi dengan menjelangnya waktu makan tengah hari. Sekali lagi

Novel : Kemelut Kasih - Part 27

Image
Bab 27 L if ditekan ke tingkat 17. Setelah melepasi satu tingkat ke satu tingkat sebelum lif sampai ke destinasinya. Suraya menunggu penuh konsentrasi. Tiba-tiba deringan handphone nya berbunyi nyaring. Dia memandang sepintas lalu sebelum menekan butang reject . Tidak selesa kerana masih terdapat 4 orang yang masih bersama-sama di dalam ruangan lif yang sempit itu. Setelah lif sampai di tingkat 17, dia melangkah keluar penuh gaya. Anggun! Sambil membimbit briefcasenya di sebelah kiri tangannya, dia kembali mendail nombor talian yang dimatikan sebentar tadi. Di muka pintu Zach’s Construction Corporation Sdn Bhd,  dia berhenti seketika sebelum pintunya dibuka oleh penyambut tetamu merangkap telefonis dari dalam. “Selamat Pagi, Cik Suraya..!” sopan Adilla menegur. Suraya angguk, namun masih tegas. Gaya wanita aristokrat terpancar di wajahnya. Dia amat beruntung, dalam usia masih muda sudah bergelar pengurus. Namun dia tidak mahu dia bergelar pengurus di si

Novel : Kemelut Kasih - Part 26

Image
Bab 26        H ujan turun dengan lebatnya. Suasana di pagi Ahad itu amat hening dan dingin. Setelah selesai bersolat Subuh tadi, Shahrul kembali meneruskan tidurnya. Charina yang bangun  untuk menyiapkan sarapan pagi juga turut ditarik untuk tidur bersamanya.  Charina terjerit kecil.             “Sayang neh tak sporting la…. Temankan la abang sambung tidur…” Dia memeluk erat pinggang Charina dan menarik badan Charina merapati badannya. Aura hangat dari tubuh kedua-duanya  bersatu.             “ Abang, saya nak siapkan sarapan ni…” terang Charina pula.             “Takpe… Sayang sarapanlah dengan Abang dulu..” mukanya dipalingkan ke arah Charina sambil menghadiahkan senyuman menggoda.             “Gatal Abang tau…” mencubit manja lengan Shahrul.             “Wau.. sedapnya kena cubit…. Nah, cubitlah lagi…..!” Shahrul makin mengada. “Nah, nah… cubit tang perut neh…” Shahrul cuba menyelak gebar… “Ish, Abang neh tak senonoh…..!” Shahrul ketawa  kuat

Jom Layan Lagu : Seruan Jiwa - Salma

Image

Novel : Kemelut Kasih - Part 25

Image
Bab 25 “ E ncik Zul… kenalkan…. Our greatest Company Advisor, Charina.. " Lelaki yang dipanggil Encik Zul yang sedang rancak berborak bersama beberapa temannya tadi kemudian berpaling….. Faizul! Charina! Mereka saling terperanjat. Kemudian masing-masing menghamburkan ketawa kecil. Tidak menyangka akan berjumpa kembali setelah hampir 3 tahun  tidak bersua. “You apa khabar…Tetap anggun macam dulu juga..” Puji Faizul ikhlas. Dia merenung raut wajah Charina yang pernah di pujany a dalam diam suatu ketika dulu. Malah hingga sekarang pun dia pasti kasihnya masih bersisa. “Wah wah… dah kenal rupanya sebelum ni..,” usik En. Jamil Hidayat. “Kami kenal sewaktu belajar dulu, En. Jamil… kawan lama…” suara Charina pula menerangkan keadaan. “Atau kekasih lama…??” Shariman pula menyampuk memeriahkan suasana.. “ Sipi …..!” sepatah kata Faizul menghamburkan ketawa bukan kepalang dari lelaki-lelaki tiga orang yang berdiri di kiri dan kanan Charina. “Amb