Posts

Showing posts from August, 2015

Novel : Kemelut Kasih - Part 28

Image
Bab 28            S hahrul berjalan laju menuju ke lobi Hotel Istana di Jalan Raja Chulan itu. Dia memandang jam sekilas, 3.42 minit petang. Lebih setengah jam dia terlewat.  Rakan setugasnya yang sudah tiba terlebih dahulu sudah beberapa kali menelefonnya, kerana client dan juga bakal rakan usahasama yang akan mereka temui sudah tiba terlebih dahulu. Sebetulnya dia begitu kesal kerana terpaksa  lewat menghadiri temujanji ini. Sudahlah projek yang bakal mereka tandatangani nanti amat besar nilainya. Namun apakan dayanya. Dia terpaksa mengharungi perangkap kesesakan di jalan raya dari Shah Alam tadi setelah selesai menghadiri satu lagi temujanji yang diadakan terlebih awal. Sewaktu melalui Lebuhraya Persekutuan tadi, sebaik sahaja selepas flyover di persimpangan Motorola dan Bandar Sunway, terdapat lima buah kereta yang berlanggaran sesama sendiri. Itulah yang menyebabkan kesesakan yang agak teruk. Di tambah lagi dengan menjelangnya waktu makan tengah hari. Sekali lagi