Posts

Showing posts from 2017

Novel : Kemelut Kasih - Part 31

Image
Bab 31 “A ku nak kau buat salinan gambar tu sebanyak sepuluh keping… Semua gambar yang ada ni sepuluh keping semuanya, setiap satu gambar kau scan, atau kau guna fotostat warna… kau buat sepuluh keping salinan setiap satu.. Ingat tu…..” berulang kali dia memesan, tegas.             Kedengaran suara menyahut di talian sebelah sana.             “Aku tak kira….. aku nak gambar tu 3 hari lagi... kau touch up kasi cantik sikittt….. ” ulangnya lagi sambil membayangkan perjalanan rancangannya agar berjalan dengan lancar.             Dia tersenyum puas… dan kemudiannya menghamburkan ketawa berdekah-dekah… “ Cik Rin…. En. Faizul di talian…” suara telefonis sementara yang menggantikan Dania yang sedang dalam pantang, melahirkan puteri kedua. “Ok…” ringkas Charina menjawab. Sebentar  kemudian talian disambungkan. “Yes…?? May I help you..??” suara Charina, kedengaran formal. Suasana pagi dan masih dalam mood kerja pastinya. “Pihak Meg

Novel : Kemelut Kasih - Part 30

Image
Bab 30 S hahrul membimbit beg-beg plastik di sebelah tangan kanannya sambil sebelah tangannya lagi memegang erat tangan Charina. Mereka melintas jalan di depan Jalan Tuanku Abdul Rahman menghala ke Sogo. Hampir dua jam dia menemani isterinya membeli belah di hujung minggu ini. Kebetulan pula mereka ke sana pada hari Sabtu, yang mana setiap Sabtu pasar malam  di kawasan Masjid India yang lebih dikenali dengan nama Jalan TAR itu akan membuatkan keadaan menjadi  bertambah sibuk. Pelbagai jenis orang, bangsa, kecil mahupun besar mengambil kesempatan untuk membeli belah, mencari makan dan melepak memerhati suasana. Tidak kurang pula yang mengambil peluang untuk mencuri sekiranya ada yang terlalai dan teralpa sebentar. Dalam keriuhan suasana itu, sepasang mata yang tajam asyik memerhati Shahrul dan Charina berjalan bergandingan mesra. Tiap inci pergerakan pasangan itu dipandang sehingga hilang dari pandangan.  Hatinya penuh dengan dendam kesumat .

Novel : Kemelut Kasih - Part 29

Image
Bab 29 “H ey Kasut… Long time no see haaa…” Lelaki yang berkemeja lengan panjang berjalur halus biru, bertali leher biru tua, dan berves corak kekotak kecil itu menyapa. Shahrul melangkah ke hadapan penuh yakin. Dia tersenyum setelah mengenali rakan yang menyapanya tadi. Panggilan Kasut hanya  khusus di kalangan rakan sekolejnya sahaja. “Lorr, engkau Farid…!!!! Hidup lagi engkau rupanya… Apa khabar..?” Mereka berjabat tangan. Kemudian dia menepuk bahu bekas rakan sekolej juga sebloknya dahulu. Namun setelah Farid dijatuhkan hukuman gantung semester kerana masalah peribadi dahulu, langsung mereka tidak pernah bertemu. “Baik… aku baik…. Kau buat apa kat sini..?” Soal Farid lagi. Dia memandang Shahrul seimbas lalu. Kot warna pasir yang dikenakan bersama kemeja krim berjalur hitam. Seluar hitam melengkapkan gaya tokoh korporat muda. “Kerja la, apa lagi…. Ada appointment la kat sini…” terang Shahrul lagi. “Kau buat apa sekarang, Farid..?” soal Shahrul pul

Mari Dengar Satu Cerita : Kisah Sebiji Kurma

Image
~Lihatlah sekitar alam.. Dunia luas terbentang....~ Assalam kawan2.. lama saya tak mampir di blog sendiri ni kan 😃 Sebagai langkah nak menghapus sesawang, moh la saya berkongsi satu cerita  seperti di bawah... Semoga mendapat manfaat bersama 😊 *SEBUTIR KURMA PENGHALANG DOA* Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekalan di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua berhampiran mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak hampir di timbangan. Menyangka kurma itu bahagian dari yang beliau beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan di bawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa dengan penuh khusyuk. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua malaikat tentang dirinya. “Itu, Ibrahim bin Adham, ahli iba

Yehhaaaa..... I'm backkk!

"Lihatlah sekitar alam... Dunia luas terbentang..." Hi.. Assalam,,, Lama nau nau tak tinggal jejak kat sini... Teruk betul tuan dia ni kan... tskk tskkkk tsssk.... So stop by tinggal jejak la jap 😏 😃 banyak nak citer... banyak nak story... Edisi jenjalan ke Korea/ Japan/ Ho Chi Minh.. KK eh banyak lah lagi... ntah bila ada masa (alasan) atau mood (tu yg sebenarnya) one fine dayy... hope so.... heeeeeeeeee stop for now... harap mood menulis akan ada nanti... bye for now